Monday, August 24, 2009

Selamat menyambut Bulan Ramadhan

selamat menyambut bulan Ramadhan.. Moga di rahmati dan diredhai oleh Allah s.w.t..
Jalani ibadat berpuasa sebaik mungkin.. insyallh dilimpahi 1001 kenikmatan, ketakwaan
sepanjang bulan ini... -amin

Thursday, August 13, 2009

:-)

yeeeahhh... happy jab..
hubby dah balik dari outstion..
lama gak tuh hubby g outstion.. 4hri 3mlm..!!
so tinggal berdua je la dgn baby sofea..
cian kat aku ni..
nasib baik on monday ziera yg temankan
we all berdua.. so xder la boring sgt..
leh ziera tgk2kan sofea.. ;-P


ermm.. ;-) yg syoknyer
hubby bwak ole-ole untuk aku & sofea..
LOVE IN PARIS-NINA RICCI 80ml..

pastu


bermacam coklat... ader bounty,snickers, Daim, hershey's
------------------------------------------------------------------

ala.. notebook kat umah plak ader problem nih..
so segala aktiviti nak update status terpaksa
ditunda sehingga notebook okay.. uwwwaahh!!!
so yg boleh view kat ofis ni hanyalah gmail & blogger..
boring sehh..

Tuesday, August 11, 2009

pemakanan berpantang selepas bersalin

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu.



Info- Bayi tumbuh gigi

Simptom tumbuh gigi adalah berbeza antara bayi-bayi. Ada yang suka menggigit, mengalami susah tidur. Kebiasaannya bayi akan meragam dan menyukarkan kehidupan keluarga dalam sebulan dua.Namun ada juga yang tiada masalah. Biasanya bayi mula menunjukkan tanda-tanda ini pada usia 3 bulan ke 4 bulan apabila kelenjar liur menjadi aktif. Dahulu apabila bayi demam, cirit-birit atau batuk sering dikaitkan dengan tumbuh gigi. Sebenarnya ini adalah disebabkan kuman, jadi jika bayi demam jangan anggap ia disebabkan oleh tumbuh gigi dan anda biarkan sahaja. Bawa bayi anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Apabila gigi tumbuh, ini akan memberi tekanan kepada bayi, terutama apabila tumbuh 4 gigi awal iaitu di antara 12 ke 18 bulan. Jadi apa yang boleh anda lakukan?
Biarkan bayi anda menggigit. Sediakan objek yang lembut dan selamat untuk bayi jika ia masuk ke dalam mulutnya. Sebaiknya
cari jenis gelung menggigit getah dan elakkan mainan plastik yang kecil untuk elak tercekik. Pastikan bayi anda tidak mengunyah warna pada perabot atau objek lain, dikhuatiri warna itu mengandungi plumbum (lead. Pastikan perabot bayi tidak mengandungi warna ini.Ada bayi yang suka menghisap kain. Anda boleh ikatkan dengan ais atau sekeping buah dalam kain. Atau mungkin boleh letak buah yang disejukkan.
Bayi biasanya suka gusinya digosok tapi pastikan apa dibuat tidak berbahaya. Dan jangan biarkan kuman merebak pada kain atau gelung menggigit. Cuci apabila jatuh ke lantai atau kotor. Ada ubatan di luar yang dijual untuk masalah tumbuh gigi ini, namun anda perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Pasangan Suami Isteri

Jadikan pasangan sebagai rakan karib yang boleh berkongsi suka duka yang berlaku pada diri masing-masing. PERKAHWINAN adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga.

Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga"Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan.''Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan."Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen semasa memberi ceramah mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga.Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan.Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.''Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal.
Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak. "Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan," katanya.Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah. ''Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.

Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga.Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.Katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang psikologi klinikal, dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain.Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri.Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara. ''Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.''Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.''Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu,'' katanya.Malah akuinya lagi, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan.
Tambah Wei Jen, prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri.
Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan
timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain. ''Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan,'' ujarnya."Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri.
"Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan. ''Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati. "Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia,'' tambahnya.
Jelasnya, hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.
''Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini.''Pastinya ada komen
dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut,'' akhiri ceramahnya pada hari itu.


oleh zuhayati yazid-utusan online

Wednesday, August 5, 2009

Kenangan & kehidupan

Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....

Nape yek??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup ini tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadir cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir dlm hidup kita kerana ianya amat sakit untuk dikenang.
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia ini sudah berakhir, malah
masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya...Tapi ia amat menyakitkan andai kita lupa tentangnya... moga ianya akan kembali ceria dengan kehidupannya nanti...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, August 4, 2009

Try Tis 4 Those yg perot Buncit..

Petua

(Limau Purut/Limau nipis + Kapur sirih)
*sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
* Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
* Amalkan setiap malam sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…
biarkan ia kering sehingga pagi.

(Limau Nipis + Teh O)
*Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (NO SUGAR PLS!)
* minum air tersebut setiap hari.
(Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.)