Monday, July 30, 2012

SERASI ATAU TIDAK???

JOOM intai.. adakah anda serasi dengan pasangan anda...?? Kemudian lihat pula pengertian pada nombor tersebut bagi mengetahui sejauh mana keserasian anda dan si dia. sila la cuba..
Contoh : Virgo + Taurus = 1 = Sehati Sejiwa


NOMBOR 1 - SEHATI SEJIWA
nampaknya anda dan si dia memang sehati sejiwa… Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, anda memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. anda berdua bersependapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada anda berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan anda berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan anda tension dan bergolakkan. Namun kematangan anda berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat anda tangkis dengan mudah.

NOMBOR 2 – SALING MEMAHAMI
Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun anda mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk anda mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai diri anda. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang anda lakukan tidak melukakan hati si dia.


NO 3 - SALING MEMBANTU
Baguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya anda sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan anda hingga boleh menjejaskan diri anda sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta anda menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan anda tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri anda mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka anda saja. Jadi, tak salah kalau anda meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.


NOMBOR 4 ? TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.
Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap anda berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, anda masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan anda, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan anda. Susah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, anda perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk anda boleh memberi kesan pada diri anda sendiri.


NOMBOR 5 - SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO
Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan anda berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan anda berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin anda boleh menipu orang lain yang anda tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan anda yang terlalu kuat mengatakan yang anda sayangkannya.

Ermm… jika anda benar-benar sayangkannya tak salah kalau anda tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana anda sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan anda sendiri dan terimalah hakikat yang anda berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.


NOMBOR 6 ? KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.
Walaupun anda masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan ?perang mulut? kerap terjadi kerana anda berdua saling tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi anda kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan anda berjalan lancar kenalah anda bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa… anda tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun anda sentiasa bersikap ?panas hati? bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar.

NOMBOR 7 ? TIDAK SERASI LANGSUNG
Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila anda berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Ishh… sekurang-kurangnya anda masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh anda kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan! Jika anda benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta anda itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu. Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiran anda. Mungkin anda berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup anda. Bukankah anda mahu si dia menemani anda sepanjang hayat anda?

kredit pada : http://www.zilhan.com/tips-melihat-keserasian-anda-dan-pasangan/#ixzz224jOA0fy


new accessory for my luvly bag

yeee haaa.. actually dapat jugak authentic LV adjustable strap nih frm MUDAH.. the price quite expensive tp try gak nego dgn owner.. ikotkan brand new dalam rm9++.. so after nego the price lit bit turun la.. :) and worth it rasanyer..



after da sangkot pada delightful PM nih.. camnih la rupernyer.. sungguh ranggi..!! suka sgt..




pe2 pon, mumi suka sgt pakai yg ader sling bag.. sebab senang n xbahaya.. :)

COACH handbag for SALE

mmmm... handbag nih baru jer terima frm my frend yg dok kat US.. tis bag tengah ade summer sale.. so ingatkan nak let go kepada sesape yg berminat.. sbb tis year dah ade byk bag.. tp en.dedi kata XPAYAH la jual.. PAKAI jer..!! :p

tp kalu ade yg berminat ker so mumi nak jual gak.. hehhe.. meh layan or cuci2 mata jab.. kalu berkenan.. meh la comment kat tis post ya.. tqvm






COACH TOTE BAG (bag only)
promo price: RM650 r.p: RM1499 coach boutique
includes postage :)

SOLD OUT.. tq to sara.. :) with special RAYA discount!!



persiapan RAYA..

alhamdulillah..

habis je exam sabtu lepas.. en.dedi ajak g shoping beli baju utk raya.. nasib baik g berdua jer sbb my kids dah di hantar ke umah mother in law sbb mumi ade exam las week.. so senang la skit nak berjalan berdua..
heemm3x.. macam baru berkawin rasanyer.. hahaha.. (mode:poyo)

so haluan terus ke THE MALL, kl.. g parkson jer.. so byk la memborong baju utk en.dedi+mumi+my kids..
byk gak brand yg berkenan di hati.. suda semestinyer pilihan en.dedi 'POLO n RENOMA'.. mumi nyer flexibel jer.. asalkan chantek mata memandang... utk both kids.. suka beli POLO kids so dorg bole pakai baju yg sama.. ambik.. punyer ambik.. depan cashier.. maak aii.. smpai empat angka $$$$ gak la.. addooi... tp xper, en.dedi nyer duit so mumi diam jer la... kikiki... :) TQ YER DEDI..



after membeli.. terus menuju ke secret resepy.. ape lagi order makan la.. :) dapat xtra 1 kek if bayar dengan RHB debit card ..


sampai umah da hampir kol 12am.. mak aii penat giles.. kaki cam da kebas2 nih.. tp perot lak xsedap.. sampai muntah2..  saket kpala dibuatnyer.. so mumi xbole nk study!! gamaknyer kna tangguh la exam.. huhuhu..

Monday, July 23, 2012

PANDORA again... !!!

OMG!!.. pandora lagi.. da tergile2kan benda nih lak.. so saje nak update my new collection from PANDORA.. so layan yer..


update new collection:
1- silver+gold charm, flower bouquet, 14ct
2- silver charm, baby stroller
3- add 2 clips
4- safety chain

ader lagi nak tambah.. tapi tunggu la dulu.. nak collect charms gold plak.. :D


Happy 5th Anniversarry

Ya Allah.. sekejab je masa berlalu.. da 5 tahun usia perkahwinan kami.. dalam masa 5 tahun ini terlalu banyak dugaan yang menimpa.. ader yang manis dan ada yang pahit.. yang manis boleh dikenangkan.. yang pahit harap2 dapat dibuang sejauh-jauhnya.. insyallah.. Maka, di bulan Ramadhan ini kami hanya menyambut kesyukuran kerana masih bersama.. solat jemaah bersama2.. xde nak celebrate memana cuma ada sum gift (GUESS : SET COUPLE)  frm en.suami.. THANKS DEAR..




Nice sgt jam nih.. dan amat hargai dan really LIKE IT ... sekurang2nyer En.Suami tahu my taste..
hehhe.. :)




My humble Collections..

weee weeet... masa yang ditunggu2kan telah tiba... barang-barang yang dikirim melalui temanku telah selamat sampai ke tanganku sendiri.. :) wooow, teruja jab sbb very wonderfull handbag..  jooom cuti2 mata jab k...





                                        (atas = LV Delightfull PM.. simple n nice.. suka sgt!!)


Wednesday, July 18, 2012

What's in my GUCCI bag

hehhe.. saje nak updated apa yang ada dalam handbag kita.. ce tengok.. kikiki


authentic GUCCI bag

cover bag: blue color
sgt berguna.. senang.. tidak menyelerakkan brg2ku

Thursday, July 12, 2012

17 Sebab2 lelaki tidak layak jadik SUAMI...

1. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

2. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

3. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri “benih” sahaja.

4. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

5. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.


Jika Itu Ketentuan Allah swt

...... Jika itu yang telah ditentukan oleh Allahswt kepada umatnya, maka dengan hati yang tenang ku terima seadanya.. jika itu yang telah ditakdirkan oleh Allahswt.. ku pasrah atas kehendak-Nya....

apa yang telah terjadi tetap terjadi dan mungkin akan berulang kembali.. tidak dapat dipastikan akan kewujudannya tetapi ianya sentiasa di hati...

Wednesday, July 11, 2012

pompuan zaman sekarang suka dengan SUAMI org!!!

Ya Allah,

yang ini la yang paling aku wisaukan.. kadang2 si suami xmelayan tetapi yang menjadi puncanya adalah wanita...?? kenapa org2 sebegini suka sangat nak menghancurkan rumahtangga orang lain? kononya laki yang sudah berkawin lebih memahami la.. lebih sporting la.. lebih penyayang la.. lebih caring la.. ceeet!! tuuuihh!!.. muaak aku dengar dengan kata2 camtuh.. bila da terkantoi kononnya xnak hancurkan hubungan si polan dan polan.. tapi dalam diam2 masih berhubung mesra dengan suami kita tadi.. kalu bercerita bab begini aku mmg tak setuju kalu ade orang yang merampas kebahagian orang lain.. walaupon kawan baik aku sendiri sure aku tentang.. mmg Islam membenarkan suami berkawin 4  atau berpoligami.. tapi  ce tanya si laki tuh.. "adakah dia mampu untuk menanggung kedua-dua isterinya??"

jika YA.. okay la... dari sudut apa si laki tadi boleh tanggung.. adakah dia telah memberikan nafkah zahir kepada isterinya setiap bulan? adakah dia mampu untuk memberikan tempat perlindungan kepada isteri dan anak2nya?... dan ketiga.. adakah dia mampu untuk memberi makan, minum dan pakai untuk isteri dan anak2nya??

kalu ketiga2 ini diberikan kepada isterinya.. mungkin la kaum2 isteri yang lain boleh mempertimbangkan.. tapi yang menjadi masalah sekrang.. dah la xbagi nafkah, makan / pakai si isteri yang tanggung.. pastu ada hati nak carik orang len... issssh.. minta simpang la... wat akau saket hati jer nak bercerita panjang..

%&**.. (mood saket hati jab) kikiki...

Masalah Suami Isteri... Siapa yang harus dipersalahkan??

Aku saje je nak bukak topik pasal "masalah SUAMI ISTERI siapa yang harus dipersalahkan..??" bukannya apa.. banyak yang aku dengar macam2 hal yang berkaitan dengan hubungan sesama suami/isteri.. sbb aku pon pernah melalui saat yang sukar untuk mendirikan keharmonian rumah tangga kami.. macam2 perkara terungkit.. dari kecil sampai la ke besar.. mmm... adakah korang berfikir.. masalah seumpama begini berpunca daripada siapa?? aku nak berkongsi cite nih disebabkan atas pengalaman sendiri serta terlibat dgn pengalaman kawan2..

bile masalah timbul, kita kene kaji or selidik dari mana datangnya punca sebegini.. adakah ianya berpunca dari si suami atau dari si isteri atau dari org disekeliling kita.. memang sukar untuk meneliti setiap sudut perkara ini tapi kita sebagai isteri mesti tahu masalah itu berpunca dari siapa. so baru lah kita boleh kaji de next step.

apabila punca masalah sudah diketahui (jika berpunca daripada suami), kita cuba untuk berbincang dengan pasangan kita. jika perbincangan pertama tidak dilayan.. maka, sebagai seorang isteri kita kene bersabar.. kita perlu dapatkan bukti-bukti yang sah yang boleh menunjukkan kesalahannya. bukan niat untuk mengaibkan dirinya tetapi bukti-bukti yang ada itu dapat menyelamatkan kita di kemudian hari.

bila bukti-bukti tersedia.. so perbincangan yang kedua kene gak lakukan.. so biar si suami terkejut apa yang kita perolehi.. biar si suami terkejut apabila kita dapat hadapi tekanan ini dengan tenang.. so kita sebagai isteri perlu tenang.. bertutur secara perlahan.. lemah lembut supaya kita bersedia untuk hadapi tentangan daripadanya..


Louis Vuitton

mmm... xsabar nak tgu kepulangan my frenz dari UK... bukannya apa xsaba nak menunggu my fav luxury handbag.. wah3x... kemain lagi yek.. almaklum la bukannya selalu nak dapat beli bag nih.. sekali dalam seumur idop kot.. hahahha... xpon carik others luxury brand.. fuuuhh.. menitik air mata org yang tengok.. kikiki... (saje gurau...) actually da lama menyimpan hasrat nak beli bag nih.. cuma keadaan ekonomi yang xstabil so berangan dalam mimpi je la... rite now, alhamdullilah dengan adanyer rezeki dapat la memiliki apa yang diimpikan. En.Hubby pon dah bagi GREEN lite.. sometimes kita kene rewards diri sendiri bak kata en.hubby dan yang penting xkaco $$ dia.. (ammmboooi)  alhamdulillah... nih example bag yg dinanti2kan... LV DELIGHTFUL MONOGRAM PM:



Almost LV bag ader 3 type: PM (small)/ MM (medium) / GM (large).. so kita rasa delightfull sesuai di pakai size PM jer.. sbb kalu MM or GM da terlalu besar.. so just nice la.. meh lawat website louis vuitton ni..

Monday, July 9, 2012

ketenangan jiwa

Ustazah Norbahiyah ada berkongsi tentang 5 tabiat wanita berjaya ataupun 5 cara untuk kita mengubah hari ini. maka "Jadikan esok lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari semalam" seperti berikut:

1. Sentiasa Positive.
2. Pilih kawan yang betul.
3. Mulakan tabiat membaca buku.
4. Hadiri majlis2 ilmu.
5. Melawat tempat2 yang hebat.

15 tips untuk menjadi wanita penyejuk jiwa seperti yang di kongsikan oleh Ustazah Siti Norbahiyah pula seperti di bawah:

Kursus Bina Laman WEb

Morning,

Arinih mengikuti kursus laman web - blogspot & joomla! anjuran Bahagian BPTM pada 9 Julai 2012 till 12 Julai 2012 (4 hari tu babe).. so bagi mencukupi kredit 7hari berkursus telah terlaksana!! yeaaah.. alhamdulillah, lepas nih xyah nak pening2 carik kursus len or g ceramah ... huhuhuh :D ... hahahha, memberku sebelah yg baru nak create blognyer.. meh la terjah http://anakmailmuda.blogspot.com


Sambil2 mendengar penceramah nih memberi penerangan... bole la mengupdate blog nih.. meh layan cite nih.. CLICK.. ratu rock ELLA suda berkawin.. tahniah!! or layan video nih pon okay gak..

Waaa.. terharunyer bile ELLA mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Azhar Hussaini Ghazali... Moga hubungan mereka berkekalan hendak-Nya.. Amin