Wednesday, August 3, 2016

9th weeding anniversary

Ucapkan alhamdulillah....

Alhamdulillah kerana Allahswt masih sayang akan perhubungan ini.. Terima kasih dan bersyukur kpdMu Ya Allah yang Maha Esa.. Maha Pemberi.. Maha Mengasihani.. Maha Melindungi... kerana diberi kesempatan untuk saling menyayangi antara mumi & en.dedi... Alhamdulillah juga sepanjang 9 tahun ini dikurniakan 3 orang anak dan coming soon baby dalam perot mumi nih.. :) ahaaaks... Insyallah tahun 2016 ini bertambah seorang lagi insan yang comey... amin.. 

21 July 2007 till 2016 <> after 5 years perkahwinan, kami berdua masing2 dah matang kena berfikiran positif & terbuka untuk menerima kekurangan dan kelebihan.. suka & duka.. susah & senang alhamdulillah dapat ditempuh bersama walaupon perit untuk melaluinya namun kami berdua BERJAYA mengharunginya dengan redha dan tabah serta menganggap ini adalah dugaan kami berdua dalam gerbang perkahwinan.. SABAR adalah kunci segala-galanya... BERTOLAK ANSUR akan mendatangkan muafakat.. MEMAHAMI akan membuatkan kita saling mempercayai.. Ye.. keutuhan rumahtangga datangnya daripada dalam rumah.. jika rumah tidak diurus dengan baik atau isteri/suami tidak redha dengan tindakan suami/isteri.. mmg berlaku bermacam2 masalah.. Oleh itu, untuk mendapatkan keredhaan pasangan suami isteri.. KEPERCAYAAN dan KOMUNIKASI yang paling penting... Cuba la... insyallah hubungan tersebut akan bertambah baik..

Dulu mumi mmg akui, komunikasi antara kami teramat kurang kerana kesibukan kerjaya masing2.. so ada yang terpendam.. ada yang tersimpan.. ada yang terluka... tapi pengalaman itu menjadi pengajaran kpd kami berdua... semakin hari.. kami akan betulkan mana yang silap.. bersihkan hati ... bersihkan jiwa.. keutamaan sekarang adalah keluarga kecil ini.. itu yang paling penting kerana faktor2 sekeliling itu tidak mendatangkan keuntungan yang berganda tapi kadang-kala mendatangkan kesusahan kepada kita.. Alhamdulillah kehidupan ini semakin baik.. luhur dengan hati & jiwa yang bersih... masing2 mempelajari syariat, tarikat, hakikat & makrifat itu yang lebih baik...

To En.dedi,

My Love, My Life, My heart... They all belong to you... Happy Anniversary Abang..


alooo... pix dalam Instagram.... :)