Thursday, July 12, 2018

perancangan Renovation rumah


Seperti yang kita ketahui, pengubahsuaian rumah memerlukan perancangan yang teliti dan peruntukan kewangan yang mencukupi. Jika kita mempunyai bajet yang terhad jangan la diidamkan bermacam2 plak.. focus utama adalah yakin apa yang kita hendak lakukan ke atas rumah kita sendiri. so perbincangan di antara suami/isteri perlu dilakukan supaya end up tidak ada pihak yang tidak berpuas hati. Maka, perancangan untuk pengubahsuaian rumah ini perlu ada sefahaman dan perbincangan yang terperinci apa yang hendak kita lakukan mengikut bajet yang diperuntukkan.

Firstly, kene tengok berapa bajet yang kita ada untuk menampung kos yang diperlukan. Jika bajet kita hanya RM10k dan kita demand macam2 mmg tidak dapat la... so uols, kene tahu berapa kos yang akan diperlukan untuk buat renovation rumah tersebut..

Apa yang sekarang mumi lakukan dengan faktor kewangan yang sedia ada ialah:

1. Bincang samada rumah tersebut akan diduduki sekarang atau akan datang
~mumi akan duduki rumah tersebut dalam tempoh 5 tahun lagi.. so dalam tempoh 5 tahun tersebut planning untuk buat renovation sikit2 mengikut kewangan yang ada.

~btw, kene cuci rumah tersebut terlebih dahulu


2. Plan samada keadaan rumah tersebut dibiarkan kosong atau sebaliknya
~mumi plan untuk memasang lampu, kipas di tingkat atas beserta railling langsir. So incase mumi ke sana so boleh la kami singgah rumah tersebut. kiranya rumah tu dijadikan sebagai rumah persinggahan kami.

~menukar pintu dapur kepada safety door itu yang penting bagi mumi.. rumah mumi mempunyai 3 sliding door dan 1 pintu dapur.. sliding door tersebut akan dilock dan dipasang safety lock drp dalam dan hanya mengunakan pintu dapur untuk memasuki rumah. 

~bila air & elektrik dah ada.. lampu n kipas dah dipasang... rasanya bila mumi ke sana bolehlah bawa tilam/toto/bantal untuk kami berehat... tapi TV xder!!! arrghhh!!!


3. Fully renovation atau berdikit-dikit
~apa yang mumi katakan, akan buat renovation secara beransur-ansur mengikut kewangan kami berdua. setakat ini planning nak buat plaster ceiling design yang simple dan tidak memerlukan kos yang banyak. (kiranya beli barang2 sendiri dan upah pembuat sahaja) di tingkat atas dan bawah.

~nak  ubah suai tangga dan wainscoting sepenuhnya

~nak buat kitchen cabinet

~nak buat custom wardrobe dalam master bedroom

~nak buat penambahan di dapur dijadikan laundry room (lambat lg)

~nak buat mini pool di tepi rumah (lambat lagi)

warghh.. ikotkan banyak benda teringin nak buat.. tapi kena tunggu kewangan yang mencukupi baru leh nak fikir panjang. pe2 pon setakat ini hanya planning nak buat wiying lampu dan kipas then pasang railing langsir... its done!!




Rumah Pertamaku

alhamdulillah,

baru kesempatan nak update pasal permohonan rumah pertamaku..

Urusan S&P dan pinjaman LPPSA telah dibuat oleh panel peguam yang dilantik. syukur kerana segala urusan dipermudahkan oleh panel peguam yang dilantik tersebut. kerjasama yg diberikan juga amat dihargai daripada pihak kami. Pada Februari 2018, penyerahan kunci rumah tersebut telah diberikan kepada kami dan kami sekali lagi turun ke kediaman tersebut untuk melihat defect jika ada. ikutkan rumah tersebut masih dibawah pengurusan maintenance yang dilantik so segala kerja baikpulih telah dilakukan oleh pihak maintenance. thanks pada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. rumah tersebut telah berjaya dimiliki oleh mumi... yeaah... alhamdulillah!!

after urusan rumah dah selesai, boleh la apply pemasangan air di SAMB dan TNB. kedua-duanya mumi lantik agen bagi pemasangan air n TNB.. senang, cepat dan pantas.. urusan pon dipermudahkan. lega.. bila air dan elektrik dah berjaya dipasang!!.. macam nak joget2 sbb satu kepuasan kan..

So rite now, planning mumi:

1. cari kontraktor untuk buat plaster ceiling di hall atas dan hall bawah
2. pasang wiring lampu/kipas
3. Beli kipas dan lcd lampu - done
4. cuci rumah
5. pemasangan rumput di laman rumah
6. carik safety door di pintu dapur
7. beli railing langsir untuk tingkat atas sahaja
8. kumpul duit untuk beli perabut or decoration
9. teringin nak wat wainscoating tapi tunggu duit jatuh ke riba... warghhh!!


so next progress... akan difikirkan lagi..

Tuesday, October 10, 2017

surat kelulusan LPPSA

alhamdulillah..
surat kelulusan LPPSA telah dikeluarkan pada 02/10/2017, so dalam tempoh 30 hari pemohon perlu mengemukakan surat setuju terima. erti kata lain jika melebihi 30hari pemohon tidak mengemukakan surat setuju terima kepada pihak LPPSA permohonan pinjaman perumahan akan terbatal. so urusan tersebut mumi telah selesaikan dan pihak peguam memaklumkan supaya menandatangani perjanjian pinjaman untuk proses bayaran dan cagaran. banyak pages yang perlu di sign both pemilik. so mumi harap urusan pinjaman perumahan rumah pertama ini dapat diselesaikan dengan seberapa segera oleh pihak LPPSA.   

Rite now, i've thinking what should i do with this house... nak renovate ke or biar basic house untuk disewakan kepada tenant?? ikotkan dalam hati mumi nak renovate that house and tinggal di sana.. tp currently kos untuk renovate belom nampak cahayanyer.. hahhaha... ada extra duit, kita buat rumah tu sikit2 biar kasi cantekkan... baru puas hati nak tinggal di situ.. pe2 pon mumi berserah kepada ketentuan Allahswt, yang mana baik mumi turutkan.. yang mana tidak elok minta dijauhkan.. kita boleh merancang hanya Allahswt yang menentukan. 

Moga perancangan ini tercapai dan memenuhi kehendak hidup kami sekeluarga. apa yang diamanahkan kepada kami akan dijaga dengan sebaik mungkin harta di dunia ini. 

aamiin..

Tuesday, August 8, 2017

*perancangan & pencarian RUMAH pertamaku*

#rumahpertamaku

Mesti semua akan mengidam untuk memiliki rumah sendiri terutamanya yang telah mempunyai pekerjaan tetap. Masa mumi muda2 dulu tak teringin untuk membeli rumah.. asyik nak upgade kereta aje tapi bila dah meningkat usia nih baru terfikir tempat perlindungan untuk kami sekeluarga masih belum lagi.. arrghh!! agak stress juga sebab harga pasaran hartanah di Malaysia ini naik melambung terutamanya untuk kawasan yang membangun khususnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Selangor... 

Dengan harga RM300k ke bawah di kawasan WPKL & Selangor hanya mampu memiliki sebuah rumah apartment/pangsapuri yang berkos rendah... wooow tersangat la mahal.. mumi try survey2 kawasan situ termasuk Selangor tetapi masih tidak memuaskan hati. Rata2 harga hartanah bagi kediaman yang masih dalam pembinaan pula starting RM400k itu pon hanya boleh memiliki rumah teres 1 tingkat dengan keluasan 18x65 / 20x60... kalu kondo/apartmen dengan harga sebegitu mmg tak worth it... mumi mahu landed property!!! So pencarian rumah pertamuku telah bermula, apa yang mumi buat seperti berikut:

(i) cari advertisement di dalam mana2 website mengenai hartanah di Malaysia. Contohnya mudah.my / propertyguru.com.my / homes. trovit.my etc.... kalu click search kawasan yang berkenan akan auto kuar semua maklumat yang dikehendaki.

(ii) buat penelitian dengan mengira area yang hendak duduki / value market/ keluasan rumah/ design rumah / fasiliti  etc

(iii) buat perbandingan dengan beberapa buah rumah yang kita pick up daripada iklan tersebut.

(iv) try communicate dengan agent or owner rumah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rumah yang kita berkenan [ kalu mumi, thru whatsap je utk dapatkan beberapa maklumat sebelum kita reject or pertimbangkan]

(v) jika ada rumah yang kita dah berkenan, so try la berbincang dengan en.suami hajat kita untuk memiliki rumah sendiri. Jika en.suami tu wat xreti je.. try pendekatan lain dengan memberikan beberapa maklumat yang en.suami ini rasa mmg patut kene beli rumah tersebut. yang penting jangan putus asa. Bila dah berbincang pasti akan diajukan soalan yang bertubi2 [kene fire kalu xcukup maklumat].. so make sure kita kene standby  dengan semua maklumat yang ada okay. jangan tahi2 ayam je.. niat & nekad tu perlu ada.. hahahahha... [ lama juga mumi nak dapatkan green light drp en.dedi berkenaan dgn rumah yang diidamkan.. ]

(vi) ajak en.suami g view beberapa buah rumah (bagi rumah dah siap sepenuhnya)/ gallery house yang kita dah decide untuk pertimbangan. Masa ini lah dia akan tgk semua angle yang kadang2 kita pon xperasan.. ada je dimata dia ada benda yang xkene... adoooi laa...

so mumi akan jot down beberapa rumah yang masing2 berasa berbaloi utk miliki. so mumi akan contact balik agent/ owner rumah untuk  price nego. time ni kita akan nego dgn harga yang paling rendah. jika deal dgn rege tersebut.. baru kita akan prepare document yang dikehendaki untuk S&P dan buat pinjaman. so keadaan skrg:

(i) mumi telah pilih rumah yang siap sepenuhnya dengan rege RM380k kebawah
(ii) lokasi bukan di WPKL, Selangor  or Putrajaya tapi............. somewhere place... shhhh!!!! 
(iii) ada 4 bilik 3 bilik air
(iv) owner minta deposit 10% tp mumi minta dibayar 4% daripada harga rumah 
(v) lawyer fee dibayar sendiri iaitu 3-5% daripada harga rumah
(vi) 100% pinjaman kerajaan melalui LPPSA

dokumen yang diperlukan:

(i) salinan IC;
(ii) salinan 3 bulan penyata gaji;
(iii) salinan 3 bulan penyata akaun bank;
(iv) surat pengesahan jawatan

so setakat ini aje la.. sbb proses pembelian ini masih berjalan iaitu penyediaan S&P oleh lawyer yang dilantik. pe2 nati mumi akan update. moga permohonan pembelian ini akan dipermudahkan oleh Allahswt

Aamiin...

mampukah untuk berhijrah tempat

Salam 1 Malaysia,

Untuk pengetahuan semua, berhijrah adalah berpindah dari tempat lama ke tempat yang baru. Dalam erti yang lain pula, hijrah bermaksud  meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, emosi dengan menggantikannya kepada yang lebih baik. Seperti yang diketahui, berhijrah adalah suatu yang dituntut oleh agama. 

''Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 218) 

Apabila kita berniat untuk berhijrah seharusnya perlu tulus dari hati menuju ke jalan Allahswt, dengan cara meninggalkan segala perkara dan mengikhlaskan diri untuk beribadah terhadap Allahswt dan menetapkan hati hanya kepada-Nya tempat berlindung dan tempat memohon pertolongan. Selain itu, meniatkan hati untuk mencontohi sifat para Rasul dengan menunjukkan teladan yang terbaik dari segi akidah, akhlak, dakwah, politik, syariat dan muamalah. 
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Sesungguhnya hijrah itu bukan sahaja satu permulaan namun ia adalah satu pengorbanan buat kita sebagai umat islam terhadap Allah SWT. Ianya bukan sahaja berhijrah ke tempat baru tetapi penghijrahan iman itu juga perlu ada dalam diri kita.

Ya Allah, aku memohon diberi petunjuk dan jalan supaya keraguan ini tidak membelenggu dalam diriku. Berhijrah ke suatu tempat yang baru adalah sukar untuk kami sekeluarga dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Ya Allah permudahkan la segala urusan ku ini.. moga penghijrahan ke tempat yang baru adalah lebih baik daripada keadaan sekarang. Moga rezeki sentiasa mengiringi kami sekeluarga. aamiin