Wednesday, July 11, 2012

Masalah Suami Isteri... Siapa yang harus dipersalahkan??

Aku saje je nak bukak topik pasal "masalah SUAMI ISTERI siapa yang harus dipersalahkan..??" bukannya apa.. banyak yang aku dengar macam2 hal yang berkaitan dengan hubungan sesama suami/isteri.. sbb aku pon pernah melalui saat yang sukar untuk mendirikan keharmonian rumah tangga kami.. macam2 perkara terungkit.. dari kecil sampai la ke besar.. mmm... adakah korang berfikir.. masalah seumpama begini berpunca daripada siapa?? aku nak berkongsi cite nih disebabkan atas pengalaman sendiri serta terlibat dgn pengalaman kawan2..

bile masalah timbul, kita kene kaji or selidik dari mana datangnya punca sebegini.. adakah ianya berpunca dari si suami atau dari si isteri atau dari org disekeliling kita.. memang sukar untuk meneliti setiap sudut perkara ini tapi kita sebagai isteri mesti tahu masalah itu berpunca dari siapa. so baru lah kita boleh kaji de next step.

apabila punca masalah sudah diketahui (jika berpunca daripada suami), kita cuba untuk berbincang dengan pasangan kita. jika perbincangan pertama tidak dilayan.. maka, sebagai seorang isteri kita kene bersabar.. kita perlu dapatkan bukti-bukti yang sah yang boleh menunjukkan kesalahannya. bukan niat untuk mengaibkan dirinya tetapi bukti-bukti yang ada itu dapat menyelamatkan kita di kemudian hari.

bila bukti-bukti tersedia.. so perbincangan yang kedua kene gak lakukan.. so biar si suami terkejut apa yang kita perolehi.. biar si suami terkejut apabila kita dapat hadapi tekanan ini dengan tenang.. so kita sebagai isteri perlu tenang.. bertutur secara perlahan.. lemah lembut supaya kita bersedia untuk hadapi tentangan daripadanya..



setiap saat kita kene bersedia.. kita xboleh leka.. kita tak boleh berdiam diri jika sesuatu terjadi antara hubungan suami/isteri. kita mesti cari jalan penyelesaian.. jika ianya berpunca dari org ke-3.. maaf la, aku pon xboleh menerima kehadiran org ketiga nih dan tak sanggup utk berpoligami.. so kita mesti nekad! kita mesti berani! setiap keputusan yang dibuat perlu dengan tindakan dan bukan hanya setakat di mulut sahaja. tetapi jika sayang itu masih kukuh di hati kita, kita cuba bagi peluang kepada pasangan kita untuk membuktikan bahawa dia amat memerlukan kita ketika susah or senang..

"kadang kala, bila kita tak rasa sesuatu itu akan hilang.. kita xkan tahu bahawa sesuatu itu amat berharga bagi kita.. bila kita da terlepas.. baru kita tahu yang kita perlu hargai setiap detik bersama.."




No comments:

Post a Comment