Monday, July 30, 2012

SERASI ATAU TIDAK???

JOOM intai.. adakah anda serasi dengan pasangan anda...?? Kemudian lihat pula pengertian pada nombor tersebut bagi mengetahui sejauh mana keserasian anda dan si dia. sila la cuba..
Contoh : Virgo + Taurus = 1 = Sehati Sejiwa


NOMBOR 1 - SEHATI SEJIWA
nampaknya anda dan si dia memang sehati sejiwa… Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, anda memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. anda berdua bersependapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada anda berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan anda berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan anda tension dan bergolakkan. Namun kematangan anda berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat anda tangkis dengan mudah.

NOMBOR 2 – SALING MEMAHAMI
Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun anda mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk anda mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai diri anda. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang anda lakukan tidak melukakan hati si dia.


NO 3 - SALING MEMBANTU
Baguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya anda sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan anda hingga boleh menjejaskan diri anda sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta anda menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan anda tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri anda mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka anda saja. Jadi, tak salah kalau anda meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.


NOMBOR 4 ? TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.
Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap anda berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, anda masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan anda, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan anda. Susah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, anda perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk anda boleh memberi kesan pada diri anda sendiri.


NOMBOR 5 - SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT EGO
Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan anda berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan anda berdua sanggup berjauhan dari berlagak seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin anda boleh menipu orang lain yang anda tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan anda yang terlalu kuat mengatakan yang anda sayangkannya.

Ermm… jika anda benar-benar sayangkannya tak salah kalau anda tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana anda sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan anda sendiri dan terimalah hakikat yang anda berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.


NOMBOR 6 ? KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.
Walaupun anda masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan ?perang mulut? kerap terjadi kerana anda berdua saling tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi anda kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan anda berjalan lancar kenalah anda bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa… anda tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun anda sentiasa bersikap ?panas hati? bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar.

NOMBOR 7 ? TIDAK SERASI LANGSUNG
Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila anda berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Ishh… sekurang-kurangnya anda masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh anda kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan! Jika anda benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta anda itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu. Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiran anda. Mungkin anda berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup anda. Bukankah anda mahu si dia menemani anda sepanjang hayat anda?

kredit pada : http://www.zilhan.com/tips-melihat-keserasian-anda-dan-pasangan/#ixzz224jOA0fy


No comments:

Post a Comment