Tuesday, September 8, 2009

bulan pose nih...

as usually bulan pose nih.. camnih la rutin harian aku:

4.00am - 5.30am

bangun sahur.. masak lauk (if xder lauk lebih time berbuka).. tapi masak yg
simple2 la.. such as telur dadar.. ayam goreng.. sayur goreng.. sambal ikan..
dah settle makan.. kemas2 umh.. gosok baju.. pastu leh la smbung tdo
jab.. just nak relax.. ambik mood nak g keje..

6.00am-6.40am

mandi, solat jemaah (if hbby rajin la) siap2 nak g keje.. sambil myiapkan
diri.. hubby tolong tukarkan diapers baby.. lap dgn baby wipes.. pakaikan
losyen pakaikan sikit bau-bauan.. almaklum la.. kekadang baby ni bau
masyem sikit.. huhuhu...

6.40am - 7.00am

kalu sume dah ready.. so pe agi.. bye-bye daddy.. we've to go now..
yeaahh... ke tempat keja & hantar baby kat umh pengasuh..
(syok gak kuar awal2 camnih.. xder la jemm..
so bawak kete pon slow motion jer.. best xder la rushing sgt!!)

7.00am - 7.10am

hantar baby dulu kat presint 9.. ermm.. bye sayang.. mummy g work..

7.10am -7.15am

i'm ready at office.. insan yg terawal... hahahha!! almaklumlah nak
jadi pekerja yang bkualiti.. kuikuiiikuii..

------------------------------------
working hours..

7.30am - 1.00pm

sometimes xder keje.. sometimes ader gak.. so xmenentu bulan pose ni
btw, hapi gak.. xder la stress sgt di bulan pose nih.. kalu tak sakit jantung
dibuatnyer.. ;-P peace..

1.00pm - 2.00pm

hahaha.. time ni yg aku paling suka... leh la melelapkan mata jab.. zzzzzzz
for 1 hour.. cukup tuh!! hiihihi..

2.00pm - 4.30pm

time ni leh la melayan perasan.. menyibukkan diri.. xpon g tempat member
aku leh layan Facebook.. argghhh!!! boring sehhh..

---------------------------------------
after office hour..

4.30pm - 5.15pm

yeahhh.. balik.. balik.. balik.. so singgah dulu kat bazzar ramadhan kat
putrajaya nih.. beli la pe2 yg patut.. like nasi kerabu/beryani (if hbby bbuka
kat luar la).. xpon.. beli lauk2 & air sekali.. kuih?? kalu terasa nak makan la..

5.15pm - 5.30pm

ambik baby kat presint 9.. windu kat anak mummy nih!!

5.30pm - 6.15pm

on the way balik ke umah la.. tp xsyok.. sure jemm kat exit seri kembangan
tensen gak.. kalu kete2 yg xdikenali tuh memotong Q.. ni yg wat aku
bengang.. tapi nasib baik la baby adalah penyelamat!! kalu x.. sure aku dah
maki hamun dlm kete.. kurang pahala... ;-P

6.15pm - 7.00pm

dari basement ke lift.. dari lift ke pintu umah.. kuikuiukii.. finally we reach
@ home.. letak baby jab.. kalu mood baby ok (aku g mandi dulu..) kalu x
salin baju dulu pastu layan baby jab.. onces baby leka leh la mandi.. (tips
tu!!) kalu rajin... time ni lah terus ke dapur.. pe agi masak la!!

7.00pm - 7.30pm

siap2kan makanan.. yummy.. terasa lapar plak!!

7.30pm - 8.00pm

alhamdullilah.. masa untuk berbuka.. either dgn hubby or alone.. settle jer
bab makan.. kemas dapur.. kemas umh..
lepak jab dengan hubby tgk TV.. layanzzzz... (buat la ape2 yg patut/ yg wajib
untuk dibuat.. jgn fikir yg bukan2 k..)

8.00pm - 10.00pm

ermm.. selalunya kalu hubby berbuka pose kat umah.. dia akan kuar
semula dengan kengkawan dia or bapak dia (discussion).. kalu dia xkuar..
just lepak kt umah jer.. thats time la saat yg paling best!! coz we all jarang
spend time 2gether.. (selalu gak berdoa agar dia selalu ader kat umah..
so xder la boring sgt).. During tis time.. "baby,are u slepy??" hihihi..
tdokan baby la.. ape agi... smbil tdokan baby.. mummy pon tdo sekali..
huhuhu... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!!!

10.00pm -2 or 3am

kalu hubby kuar... around 2 or 3am la hubby balik umah smula.. bukannya
apa, hbby selalu singgah dulu umah mak dia.. almaklumlah umah kitaorg
ni dekat.. B)

Monday, August 24, 2009

Selamat menyambut Bulan Ramadhan

selamat menyambut bulan Ramadhan.. Moga di rahmati dan diredhai oleh Allah s.w.t..
Jalani ibadat berpuasa sebaik mungkin.. insyallh dilimpahi 1001 kenikmatan, ketakwaan
sepanjang bulan ini... -amin

Thursday, August 13, 2009

:-)

yeeeahhh... happy jab..
hubby dah balik dari outstion..
lama gak tuh hubby g outstion.. 4hri 3mlm..!!
so tinggal berdua je la dgn baby sofea..
cian kat aku ni..
nasib baik on monday ziera yg temankan
we all berdua.. so xder la boring sgt..
leh ziera tgk2kan sofea.. ;-P


ermm.. ;-) yg syoknyer
hubby bwak ole-ole untuk aku & sofea..
LOVE IN PARIS-NINA RICCI 80ml..

pastu


bermacam coklat... ader bounty,snickers, Daim, hershey's
------------------------------------------------------------------

ala.. notebook kat umah plak ader problem nih..
so segala aktiviti nak update status terpaksa
ditunda sehingga notebook okay.. uwwwaahh!!!
so yg boleh view kat ofis ni hanyalah gmail & blogger..
boring sehh..

Tuesday, August 11, 2009

pemakanan berpantang selepas bersalin

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu.



Info- Bayi tumbuh gigi

Simptom tumbuh gigi adalah berbeza antara bayi-bayi. Ada yang suka menggigit, mengalami susah tidur. Kebiasaannya bayi akan meragam dan menyukarkan kehidupan keluarga dalam sebulan dua.Namun ada juga yang tiada masalah. Biasanya bayi mula menunjukkan tanda-tanda ini pada usia 3 bulan ke 4 bulan apabila kelenjar liur menjadi aktif. Dahulu apabila bayi demam, cirit-birit atau batuk sering dikaitkan dengan tumbuh gigi. Sebenarnya ini adalah disebabkan kuman, jadi jika bayi demam jangan anggap ia disebabkan oleh tumbuh gigi dan anda biarkan sahaja. Bawa bayi anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Apabila gigi tumbuh, ini akan memberi tekanan kepada bayi, terutama apabila tumbuh 4 gigi awal iaitu di antara 12 ke 18 bulan. Jadi apa yang boleh anda lakukan?
Biarkan bayi anda menggigit. Sediakan objek yang lembut dan selamat untuk bayi jika ia masuk ke dalam mulutnya. Sebaiknya
cari jenis gelung menggigit getah dan elakkan mainan plastik yang kecil untuk elak tercekik. Pastikan bayi anda tidak mengunyah warna pada perabot atau objek lain, dikhuatiri warna itu mengandungi plumbum (lead. Pastikan perabot bayi tidak mengandungi warna ini.Ada bayi yang suka menghisap kain. Anda boleh ikatkan dengan ais atau sekeping buah dalam kain. Atau mungkin boleh letak buah yang disejukkan.
Bayi biasanya suka gusinya digosok tapi pastikan apa dibuat tidak berbahaya. Dan jangan biarkan kuman merebak pada kain atau gelung menggigit. Cuci apabila jatuh ke lantai atau kotor. Ada ubatan di luar yang dijual untuk masalah tumbuh gigi ini, namun anda perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Pasangan Suami Isteri

Jadikan pasangan sebagai rakan karib yang boleh berkongsi suka duka yang berlaku pada diri masing-masing. PERKAHWINAN adalah manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumahtangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.Ia menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran.Dalam usaha memberi kefahaman itu kepada pasangan suami isteri seharusnya sikap kerjasama dan tolak ansur adalah penting dalam melayari hubungan rumah tangga.

Selain aspek kasih sayang, tanggungjawab, kewangan dan hubungan seksual juga mempengaruhi kebahagiaan hidup rumah tangga"Setiap perhubungan mesti ada kerjasama, baru hidup berkekalan.''Malah sikap terbuka dalam hubungan termasuk seks amat penting untuk mengekalkan hubungan."Demikian menurut Perunding Psikologi dan Klinikal dan ahli fakulti Northwestern University Feinberg School of Medicine, Amerika Syarikat, Dr. Huang Wei Jen semasa memberi ceramah mengenai keintiman dan kebahagiaan pasangan dalam melayari rumahtangga.Katanya, masalah intim dapat dilihat menerusi pelbagai aspek. Ia mungkin di sebabkan oleh masalah psikologi, rohaniah dan kebatinan serta tindak balas fizikal yang membuatkan kita memerlukan hubungan intim dalam perhubungan.Jelasnya, intim di sini bukan bermaksud melakukan hubungan seksual, tetapi cara berinteraksi dan tindak balas dalam sesebuah perhubungan.''Yang paling utama kita sebagai pasangan perlulah berkongsi hidup sama ada dari segi intelektual, sosial, emosional, kerohanian dan kebatinan serta fizikal.
Begitu juga dalam memenuhi kehendak seksual, suami harus memainkan peranan dalam memastikan hubungan itu saling memberi kepuasan bagi kedua-dua pihak. "Jadi, dalam mendapatkan kenikmatan itu, suami isteri harus bersama-sama bertanggungjawab memberi kepuasan," katanya.Menurut Wei Jen, seks merupakan salah satu kehendak manusia yang perlu bagi tujuan murni iaitu meneruskan kesinambungan zuriat dan untuk pasangan menikmati hubungan manis dalam satu ikatan yang sah. ''Namun jangan jadikan seks segala-galanya dalam perkahwinan semata-mata tetapi suami harus memberi keutamaan dalam perkara yang lain dalam meneruskan bahtera tersebut.

Bercerita tentang tanggungjawab, suami sebenarnya mempunyai kuasa yang cukup besar, tidak semata-mata memberi nafkah batin, tetapi sebagai ketua atau pemimpin dalam sebuah keluarga.Tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah rumahtangga ada kaitan dengan pemberian nafkah batin dan zahir, sifat kekuatan jasmaniah, azam, keberanian, kesabaran dan berpandangan jauh dalam sebuah rumahtangga.Katanya yang berpengalaman lebih 15 tahun dalam bidang psikologi klinikal, dalam melayari sebuah rumah tangga, pasangan digalakkan supaya sentiasa menjalin hubungan mesra, saling faham memahami dan sentiasa berbincang antara satu sama lain.Lebih menarik, dalam meneruskan hubungan, sikap membelai-belai antara satu sama lain perlu diamalkan dalam hubungan suami isteri.Malah pasangan juga digalakkan untuk berterus terang mengenai semua perkara. ''Sememangnya kita tidak mahu badai besar merempuh rumah tangga kita, oleh itu hanya melalui sikap berterus terang dan bersemuka adalah cara yang paling tepat.''Berterus teranglah dengan pasangan kita, malah jadikan pasangan kita sebagai kawan karib kita yang boleh berkongsi suka dan duka yang berlaku pada diri kita.''Apa jua krisis yang dihadapi, harungilah sebagai satu unit dan bukan secara individu,'' katanya.Malah akuinya lagi, buatlah keputusan bersama dalam meneruskan bahtera perkahwinan.
Tambah Wei Jen, prinsip ini pernah memberi impak yang tinggi dalam rumahtangganya sendiri.
Komitmen yang mempersetujui sesuatu keputusan akan memaksa pasangan untuk bercerita secara mendalam dengan pasangan.Namun jelasnya, ketidakupayaan suami isteri berkomunikasi secara efektif adalah punca menyebabkan
timbul pelbagai masalah seperti buruk sangka di antara satu sama lain. ''Oleh itu, kurangkan sikap sering bergaduh, saling tidak mempercayai dan salah sangka antara pasangan,'' ujarnya."Sebenarnya komunikasi antara suami isteri merupakan satu proses yang bermula dari dalam diri individu itu sendiri.
"Melalui komunikasi, suami isteri boleh menyampaikan segala maklumat terpendam, impian, hasrat dan harapan. ''Malah dengan cara ini, ia akan mengurangkan perasaan salah sangka dan dendam yang boleh menghancurkan hati. "Komunikasi berkesan akan melahirkan rasa intim antara suami isteri dan perasaan ini boleh mencetuskan rasa bahagia,'' tambahnya.
Jelasnya, hanya melalui perkongsiaan bersama, ia mampu menyelesaikan permasalahan.
''Cuba amalkan sebelum tidur, bercerita dan berkongsi dengan pasangan mengenai kejadian yang berlaku pada diri anda hari ini.''Pastinya ada komen
dan juga pandangan antara satu sama lain, malah ia juga boleh menghangatkan lagi perhubungan tersebut,'' akhiri ceramahnya pada hari itu.


oleh zuhayati yazid-utusan online

Wednesday, August 5, 2009

Kenangan & kehidupan

Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....

Nape yek??

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup ini tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadir cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir dlm hidup kita kerana ianya amat sakit untuk dikenang.
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia ini sudah berakhir, malah
masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya...Tapi ia amat menyakitkan andai kita lupa tentangnya... moga ianya akan kembali ceria dengan kehidupannya nanti...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, August 4, 2009

Try Tis 4 Those yg perot Buncit..

Petua

(Limau Purut/Limau nipis + Kapur sirih)
*sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
* Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
* Amalkan setiap malam sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…
biarkan ia kering sehingga pagi.

(Limau Nipis + Teh O)
*Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (NO SUGAR PLS!)
* minum air tersebut setiap hari.
(Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.)




Wednesday, July 29, 2009

Baby: 5 Month, second week

5 month old, second week If she hasn't already, your baby will soon laugh at funny expressions and try to make you laugh, too. She's showing her emotional side in other areas, as well - a sharp contrast to when she was a newborn and didn't have all the physical and mental skills to let you know how she felt. At this age, she may demonstrate her strong attachment to you by raising her arms when she wants you to pick her up, crying when you leave the room, and giving you hugs and kisses. Although a true crawl before the age of six months is rare, many five-month-old babies spend time trying to get their chests and bottoms off the ground at the same time... with a wonderful see-saw effect!

Wednesday, July 15, 2009

suka duka bersama..

....annyvsary kita hampir tiba 21st Julai 09... so far, xder plan nak kuar kemane2..
nak g dinner ke.. clbrate memane ker.. last year we all stay kat Legend Hotel, KL..
lepak2 kat sana.. Tis yearr??? warghhh.. no idea la..!!

ader sesape yg leh bg idea or cdangkan tempat2 yg ok ker..??
ahhakkks..

p/s: azira, tlg la aku...

Tuesday, June 9, 2009

Baby games.. 3-6 months old

Game 1: Fly, Baby, Fly!

Sit on the floor with your baby facing you. Place your hands firmly under his arms and around his chest to support his body.
*
Ask your baby, "Are you ready to fly in the sky?" Then say, "Here we go. One, two, threeee!"
*
Roll back until you are lying down and holding your baby above you. Say "fly, baby, fly!"
*
Not only will your baby love the sensation of flying, you may love the workout it gives your arms and back muscles!

My baby is 15 weeks (Approximately 3.6 months) old now.

Week 15

If your baby reaches for a toy, don't expect him to make contact the first few times - he is still developing hand-eye coordination. Rattles and dangling toys on a bouncy seat will help develop this dexterity. Vary the choice of toys to stimulate your baby's curiosity - he is most intrigued by multi-textured toys, bright primary colors, and things that make sounds.

Your baby will still suck on his hands for comfort and to cope with stress until his motor skills improve and he can manipulate other items into his mouth. Just expect everything your baby picks up (and soon, those little feet) to go straight into his mouth for the next several months.
Although your baby's neck muscles have gained an impressive amount of strength in just a few short months, you may notice his neck still wobbles a bit, especially if you pull him from a lying position into a sitting position. Continue to support his neck whenever necessary and use smooth motions (never sharp or quick) when transitioning from one position to another.

sumbunk yer baby...

Munajat Cinta

Malam ini,
ku sendiri,
tak ada yang,
menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini,
selalu sepi,
tak ada yang,
menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

[Chorus:]
Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,apa adanya
Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,s
eperti, aku ini,semakin,
pupus

"kalu pepagi.. nak kurangkan strees... sure dgr lagu ni...
bukannyer aper.. nak naikkan mood pagi... hihihi"

Sunday, June 7, 2009

jun 09

3rd jun 09(wed):

last minute trip ke JB - Singapore.. 1day b4 g sana.. hubby suh standby wat pasport baby.. so kelam kabut la.. last minute planing.. pening kepala ni.. da settle wat pasport.. petang tu g collect kat sana bawak baby sekali.. picture baby that time cute ssgt.. MUMMY SUKA LA PIX ADIK!!

malam baru gerak ke JB.. sampai hotel puteri pacific kol 1-2am... zzzzzz....



4th jun 09(thr)/10am:

xsempat nak bekfast.. bangun pon da lambat.. penat sgt!! siap2 nak gerak ke singapore plak.. ambik 2 taxi dr JB ke spore.. nasib baik jalan xsesak.. so sampai cana dlm kol 12.00pm.. check in hotel & terus g singapore zoo.. jejalan kat sana.. penat sehh.. tapi best la.. seronok sgt.. zoo kt sana pon lain skit dgn zoo kat m'sia..

xsedar da 3 jam berjalan.. lapar la plak.. singgah makan kat 'pizza selection'.. yummy!! baby pon nak minum susu gak..!! huhuhu

g sentosa island... wooow!! very xpnsive lorrr.. ambik tour pakej included:-
1: entrance dolfin show
2: entrance 3D show
3: entrance underwater world

nasib baik baby x meragam!! so senang skit nak berjalan.. yaaahooo... gud gurl!!

6th jun 09:
da sampai umah... tapi penat la.. xlarat!! petang nak g weeding member.. baby plak dok meragam nak tdo.. so kene layan baby jab..!!

mei & Jun 09

ohh.. my besday on 25th mei 09.. mmm, 2 days b4 my besday hubby g outstion kat kedah.. so xder la bcerita nak kuar g makan memane ker.. nak belikan hadiah ker.. so masing2 wat xtahu jer.. bengang gak.. tapi pendam jer la perasaan ni..

24th mei 09/11.55pm:
hubby ajak g makan.. so ikot jer la.. bwak baby sekali.. pusing2.. byk kedai yg da tutup.. so singgah makan western kat serdang.. tu pon da xramai org.. pelik tgk hbby dok send sms.. gua cam tensen gak.. tapi still leh control.. malas nak tanya byk2..

bile da smpai umah dlm kol 1.30am, cam terkejut skit!! dalam hati "tadi sblom kuar xtutup lampu.. so pe hal gelap plak ni".. tetiba.... surprise "happi besday to u (3x)" ader org len yg nanyikan lagu utk kita.. terharu gak.. rupanyer2 hubby da planing dgn adik& the geng wat kejutan malam tu...
sedih tu mmg la sedih.. tapi cuba control cun.. huhuhu.. dorang sume siap belikan kek, mee goreng, air oren... warhhh.. sumenye da dirancang!! pandainyer hubby aku ni..
btw, kita really appreciated aper yg dah dia lakukan tht time.. THANKS DEAR!!

mac & april 09

mmmm... everythings ok.. dalam pantang kene jaga badan betol2.. xleh makan sebarangan.. cuma amalkan makan ikan haruan & ambik jamu set bersalin nona roguy.. alhmdullah la betol2 berkesan.. badan pon still menten agi.. hihihi.. cuma xtahu nak ilangkan strech mark.. geram gak tgk perot ni.. rasa cam buruk sgt!!

btw, april da start masuk keje.. so 1st day kat ofis.. moood keje xder agi.. rasa cam malas2 jer.. agi pon da kene tukar workstation.. berpindah dekat skit dgn bilik bos.. huhuu.. pe2 pon kita xkisah la.. asalkan selesa.. aman & bahagia..

Tuesday, June 2, 2009

update story..


...Februari 2009

saat yg dinanti-nantikan.. baby yg dah 9 bulan dok dlm perot ni akan melihat dunia yg nyata..
penantian yg penuh bererti.. berdebar2.. menghayati setiap detik yang dilalui.. last scan berat baby 2.8kg..

19 February 09 :
last check up before deliver..that time muka, kaki sume da sembab..pinggang terasa sakit sikit2..
but still bole makan.. still bole jejalan.. (hehehe)bukaan baru 1cm.. doctor suh admit tapi malas agi nak dok spital.. biar tgu sampai sakit betol2...malam tu tdo awal.. hubby dok main PS2...

20 February 09 :
in the morning, check tgk ader bledding skit..muka da cam cuak.. tapi still xbape sakit agi..
tu yg cam confused!! try col mother in law, col my friend dorang sume advise g check kat spital..

kita pon pe agi.. kejut kan hubby.. "abg, get up.. im bledding!!""ohh.. ye ker.. ader sakit2 x?"...
"sakit sikit2 jer"...dgn slumbernyer hubby kata.. "xper lambat agi..!!
....ahhh... ....abang!! bangun la kita g spital!! kelam kabut.. cepat2 hubby mandi
siap2.. packing barang2 skit.. tapi yg bestnyer muka dia tetap coooolll...pastu sempat agi dia ajak g makan dulu..dengan rasa yg xseberapa sakit..kita pon on jer la..

b4 g spital.. we all makan kat presint 9, putrajaya.. lepak2 jab.. pastu baru terus g kat dewan bersalin.. tgu lama gak coz tht time terlalu ramai yg nak bersalin.. so dgn kesabaran yg ader
tgu jer la..once again doctor check laluan baru buka 2cm..
but contraction dah ader..so doctor decide suh kita admit jer kat spital..
Dalam ati.. (baby cepat2 la kuar.. jgn dok lama2 sgt.. cian kat mummy..)

21 February 09 :
lepas jer mandi.. bekfast.. docter terus check .. bukaan da 4cm.. so doctor terus pecahkan air ketuban.. & terus hantar ke dewan bersalin.. muka hubby cam cemas skit.. "ye ke dah bole
nak bersalin".. dia terus pegang tangan & usap kepala kita.. warghh that time cam terharu & takot sesgt..

8.30am @ labour room:
sakit pinggang jer.. lom rasa sakit yg amat sgt..nurse masukkan air & induce sekali..
contraction da kerap (10mnit dlm 4 kali).. but kita still bole tahan.. cuma sometimes menitis gak air mata ni.. bukannya apa takot nak hadapinyer... time tu la teringat kat arwah mak..
camni la pengorbanan sorang ibu..

1.00pm @ labour room:
doctor check agi.. bukaan still 4cm.. doctor monitor jantung baby.. nurse suh bertenang.. bykkan baca doa/selawat... kita da mula rasa gelisah.. rasa takot.. anythings happend ke pada baby ni..
nape susah sgt baby ni nak kuar.. warghh.. abg, b takot la..!!

2.30pm @ labour room:
doctor advise suh ceaser coz xleh nak tgu lelama coz jantung baby da lemah ssgt.. kalu tgu lelama agi mungkin bole bagi implikasi pada baby.. mulanya hubby cam xsetuju!! suh tgu agi..
at last doctor discuss dgn hubby & hubby setuju utk ceaser..
b4 nak g dewan bedah..sempat ucapkan.. "abg, maafkan b ya.. doakan b & baby selamat"
"ya.. abg sntiasa doakan b & baby selamat"

3.00pm:
selamat melahirkan baby gurl.. 3.4kg.. warghh.. terharu sgt.. dgr suara baby nangis..
kuatnyer suara dia... arrgghh baby da muka mata.. stil kemerahanagi..
menitis agi air mata ni.. terharu..