Tuesday, December 10, 2013

Makanan ketika dalam pantang

Bila bercakap pasal makanan dalam pantang yang boleh Dan tidak boleh dimakan... kadang2 mumi belasah gak apa yg boleh.. apa yg tak boleh.. dulu2 time berpantang.. mumi mmg berpantang xboleh makan itu.. xboleh makan ini.. minum pon kawal2 gak... tp dis time.. berpantang anak ke3 nih.. mmg xboleh kawal.. ade yg mumi belasah makan sbb mungkin xde org jaga pemakanan kita kot... sbb itu la nafsu makan nih asyik terliur je tgk org makan.. hahahha... ce tgk Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang... yg mumi tandakan '*' adalah mumi pernah makan..

Boleh makan...
Burung puyuh
Burung merpati
ayam hitam
ayam didik
ayam selasih
ayam kampung
daging batang pinang

Tidak boleh....
*Ayam biasa (takut gatal)
(Ade gak mumi makan isi ayam rebus-kuantiti yg sikit)

IKAN
Penting: Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan. So mumi hanya makan ikan:
*Ikan jenahak
*Ikan merah
*Ikan tenggiri
*Ikan selar
*Ikan bilis

Tidak boleh...
Ikan kering
Ikan masin
Ikan keli
Ikan bawal hitam
Ikan terubuk
Ikan duri
Ikan pari
makanan laut udang/sotong/kerang

ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. Jantung pisang membanyakkan susu ibu. Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman..
*halia
*Serai
Lengkuas
pucuk pegaga
pucuk mengkudu
pucuk ulam raja
jantung pisang rebus
*kunyit hidup
(pucuk/ulam mumi xpernah lak terasa nak makan time dalam pantang..)

SAYUR-SAYURAN
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan. Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu.. selain itu mumi makan:
*Ubi kentang
*Sawi
*Lobak putih

tidak boleh....
Kangkung
Petola
Terung
Cili
Tomato
Brokoli
Kubis
petai/jering

BUAH-BUAHAN
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. Yg boleh dimakan:
Buah anggur
*Kurma
*Oren
*Epal
Strawberi
Peach
Prune
Kismis
Longan cina

Tidak boleh....
Nenas
Limau
buah lai
tembikai susu/tembikai merah/tembikai cina
epal hijau
kiwi
buah pear
pisang
jambu
belimbing
mangga
betik
ciku
langsat
nangka
cempedak
pisang
*manggis -mumi suda termakan sebiji then google2 baru tahu xboleh makan rupenya.. mmm.. en.dedi la beli wat mumi terliur jer.. adòoooi.. :p

LAIN-LAIN
*Biskut
Roti
Nestum
*Quaker Oat
Cornflakes
*Masakan panggang
*Masakan rebus
Masakan kukus
*Masakan bakar
Masakan salai
Asam jawa
Asam keping
Tempe

Tidak boleh....
*Burger -en.dedi siap order burger king lg.. mumi makan daging burger+ 1/2 rotinya.. yg sayur n sos buang ketepi...
Nugget
Sosej
*Bihun- rasa sesudu dua.. sbb tgk kakak masak cam sedap jer.. hehehe...
Mee
Kuey teow
Laksa
Telur
Semua jenis ubi
Semua jenis makanan laut
Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang

AIR
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang.. Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah. Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang barumelahirkan anak. Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Air jus halia n kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga...
*air suam
*air akar herbanika + madu
air pati kunyit
jus pegaga
air halia
air kopi
air manjakani
jus halia
kurma
air madu

Tidak boleh...
Air ais/air sejuk
*air bergas-ni gara2 beli 1 set burger king.. then airnya mumi ambik skit + tarok air panas.. dpt la minum 2 deguk.. (nak jugak merasa)
air tebu
air cincau
air kelapa muda
air jus buah-buahan yang dilarang

So far.. alhmdullah apa yg telah termakan makanan yg dilarang.. mumi baik2 sahaja skrg nih.. ya rmai yg kata mungkin skrg tidak merasa lagi.. tp dikemudian hari sape yg tahu kan.. so mumi harap2 sumenya baik2 sahaja.. elakkan kejadian yg xdiingini.. amin...

2 comments:

  1. tumpang tanya ayam KFC boleh makan ke untuk ibu berpantang

    ReplyDelete
    Replies
    1. apabila luka sume dah kering.. rasanya boleh je makan ayam cuma ambil yang isinya.. jgn la dgn kulit ayam tu makan sekali.. time ini la ibu2 dalam pantang nak jaga badan supaya tidak memudaratkan.

      Delete