Thursday, July 12, 2018

perancangan Renovation rumah


Seperti yang kita ketahui, pengubahsuaian rumah memerlukan perancangan yang teliti dan peruntukan kewangan yang mencukupi. Jika kita mempunyai bajet yang terhad jangan la diidamkan bermacam2 plak.. focus utama adalah yakin apa yang kita hendak lakukan ke atas rumah kita sendiri. so perbincangan di antara suami/isteri perlu dilakukan supaya end up tidak ada pihak yang tidak berpuas hati. Maka, perancangan untuk pengubahsuaian rumah ini perlu ada sefahaman dan perbincangan yang terperinci apa yang hendak kita lakukan mengikut bajet yang diperuntukkan.

Firstly, kene tengok berapa bajet yang kita ada untuk menampung kos yang diperlukan. Jika bajet kita hanya RM10k dan kita demand macam2 mmg tidak dapat la... so uols, kene tahu berapa kos yang akan diperlukan untuk buat renovation rumah tersebut..

Apa yang sekarang mumi lakukan dengan faktor kewangan yang sedia ada ialah:

1. Bincang samada rumah tersebut akan diduduki sekarang atau akan datang
~mumi akan duduki rumah tersebut dalam tempoh 5 tahun lagi.. so dalam tempoh 5 tahun tersebut planning untuk buat renovation sikit2 mengikut kewangan yang ada.

~btw, kene cuci rumah tersebut terlebih dahulu


2. Plan samada keadaan rumah tersebut dibiarkan kosong atau sebaliknya
~mumi plan untuk memasang lampu, kipas di tingkat atas beserta railling langsir. So incase mumi ke sana so boleh la kami singgah rumah tersebut. kiranya rumah tu dijadikan sebagai rumah persinggahan kami.

~menukar pintu dapur kepada safety door itu yang penting bagi mumi.. rumah mumi mempunyai 3 sliding door dan 1 pintu dapur.. sliding door tersebut akan dilock dan dipasang safety lock drp dalam dan hanya mengunakan pintu dapur untuk memasuki rumah. 

~bila air & elektrik dah ada.. lampu n kipas dah dipasang... rasanya bila mumi ke sana bolehlah bawa tilam/toto/bantal untuk kami berehat... tapi TV xder!!! arrghhh!!!


3. Fully renovation atau berdikit-dikit
~apa yang mumi katakan, akan buat renovation secara beransur-ansur mengikut kewangan kami berdua. setakat ini planning nak buat plaster ceiling design yang simple dan tidak memerlukan kos yang banyak. (kiranya beli barang2 sendiri dan upah pembuat sahaja) di tingkat atas dan bawah.

~nak  ubah suai tangga dan wainscoting sepenuhnya

~nak buat kitchen cabinet

~nak buat custom wardrobe dalam master bedroom

~nak buat penambahan di dapur dijadikan laundry room (lambat lg)

~nak buat mini pool di tepi rumah (lambat lagi)

warghh.. ikotkan banyak benda teringin nak buat.. tapi kena tunggu kewangan yang mencukupi baru leh nak fikir panjang. pe2 pon setakat ini hanya planning nak buat wiying lampu dan kipas then pasang railing langsir... its done!!




Rumah Pertamaku

alhamdulillah,

baru kesempatan nak update pasal permohonan rumah pertamaku..

Urusan S&P dan pinjaman LPPSA telah dibuat oleh panel peguam yang dilantik. syukur kerana segala urusan dipermudahkan oleh panel peguam yang dilantik tersebut. kerjasama yg diberikan juga amat dihargai daripada pihak kami. Pada Februari 2018, penyerahan kunci rumah tersebut telah diberikan kepada kami dan kami sekali lagi turun ke kediaman tersebut untuk melihat defect jika ada. ikutkan rumah tersebut masih dibawah pengurusan maintenance yang dilantik so segala kerja baikpulih telah dilakukan oleh pihak maintenance. thanks pada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. rumah tersebut telah berjaya dimiliki oleh mumi... yeaah... alhamdulillah!!

after urusan rumah dah selesai, boleh la apply pemasangan air di SAMB dan TNB. kedua-duanya mumi lantik agen bagi pemasangan air n TNB.. senang, cepat dan pantas.. urusan pon dipermudahkan. lega.. bila air dan elektrik dah berjaya dipasang!!.. macam nak joget2 sbb satu kepuasan kan..

So rite now, planning mumi:

1. cari kontraktor untuk buat plaster ceiling di hall atas dan hall bawah
2. pasang wiring lampu/kipas
3. Beli kipas dan lcd lampu - done
4. cuci rumah
5. pemasangan rumput di laman rumah
6. carik safety door di pintu dapur
7. beli railing langsir untuk tingkat atas sahaja
8. kumpul duit untuk beli perabut or decoration
9. teringin nak wat wainscoating tapi tunggu duit jatuh ke riba... warghhh!!


so next progress... akan difikirkan lagi..