Tuesday, August 11, 2009

Info- Bayi tumbuh gigi

Simptom tumbuh gigi adalah berbeza antara bayi-bayi. Ada yang suka menggigit, mengalami susah tidur. Kebiasaannya bayi akan meragam dan menyukarkan kehidupan keluarga dalam sebulan dua.Namun ada juga yang tiada masalah. Biasanya bayi mula menunjukkan tanda-tanda ini pada usia 3 bulan ke 4 bulan apabila kelenjar liur menjadi aktif. Dahulu apabila bayi demam, cirit-birit atau batuk sering dikaitkan dengan tumbuh gigi. Sebenarnya ini adalah disebabkan kuman, jadi jika bayi demam jangan anggap ia disebabkan oleh tumbuh gigi dan anda biarkan sahaja. Bawa bayi anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Apabila gigi tumbuh, ini akan memberi tekanan kepada bayi, terutama apabila tumbuh 4 gigi awal iaitu di antara 12 ke 18 bulan. Jadi apa yang boleh anda lakukan?
Biarkan bayi anda menggigit. Sediakan objek yang lembut dan selamat untuk bayi jika ia masuk ke dalam mulutnya. Sebaiknya
cari jenis gelung menggigit getah dan elakkan mainan plastik yang kecil untuk elak tercekik. Pastikan bayi anda tidak mengunyah warna pada perabot atau objek lain, dikhuatiri warna itu mengandungi plumbum (lead. Pastikan perabot bayi tidak mengandungi warna ini.Ada bayi yang suka menghisap kain. Anda boleh ikatkan dengan ais atau sekeping buah dalam kain. Atau mungkin boleh letak buah yang disejukkan.
Bayi biasanya suka gusinya digosok tapi pastikan apa dibuat tidak berbahaya. Dan jangan biarkan kuman merebak pada kain atau gelung menggigit. Cuci apabila jatuh ke lantai atau kotor. Ada ubatan di luar yang dijual untuk masalah tumbuh gigi ini, namun anda perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment