Sunday, October 27, 2013

Called it 'minie'

Pepagi nih.. masing2 bangun dok terkam minie... hahhaha... mumi pon cam xcited jer dok main2 dgn minie... betol kata org.. sugar glider nih waktu siang tido je tahu... tp kalu malam baru aktif.. tp yg mumi kelakarnya.. time dok pegang2+belai2.. boleh minie teros tdo... nampak gayanyer cam style aboy jer.. senang nak tdo... hahahha... en.dedi pon kata 'aikkk... td nampak ellok je main2.. la ni dah tdo cam perangai aboy la...'

So far wat masa nih minie makan buah epal ajer.. lom kasik mknan yg len.. sat2 lagi kalu lajin mumi nak crik buah2 yg manis... en.dedi lak xbape sihat asyik selsema.. biar la dia rest.. harap2 en.dedi leh recover cepat.. insyallah..

Sugar glider as a pets...

Kol 1am tadi.. en.dedi ajak g downtown, mines.. katanya leh tgk sugar glider sekali.. mumi n anak2 pon menyiapkan diri... tp mumi xsyak pon yg en.dedi really nak beli sugar glider tuu.. huhuhu... gerak dr umah pon da kol 1am.. sampai sana.. byk lg kedai yg buka.. byk gak la gerai2 baju+tudung+ kasot dll... 1st gerai we all terus g tempat yg jual haiwan exotic tmasok sglider.. byk gak la haiwan yg dorg jual like ular sawa+ burung+rokun + landak dll..

Rege sugar glider skrg range dalam rm180-rm250 bergantung pada bakanya.. so bila tanya2 ada sglider yg usianya 2 bulan tp kesemuanya betina.. dedi dok tnya kakak... kakak nak x?? So kakak anggok malu.. huhu.. so mumi kata beli je la.. en.dedi pon kata OK!! Kalu ambik full package regenya mahal skit dalam rm3++.. so mumi suggest ambik sglider+cage+supplement.. suka kakak dpt sugar glider.. tp pe2 pon mumi la yg kene jaga baik makan or belai sglider tiap2 hari... arrrgghh...

Awal2 lg kakak dah bagi nama... katanya nak panggil 'minie' sbb dia suka minie mouse dlm cite disney junior.. ok la kakak as long kakak happy.. mumi n dedi pon hapi gak.. tgelak2 dia tgk gelagat minie... tgolek sana.. tgolek sini.. lompat sana.. lompat sini... hopefully minie boleh serasi dgn suasana rumah mumi...

Friday, October 25, 2013

Friday...

Arinih.. mumi kuar lunch sama dgn bos mumi berdua ajer.. apelagi kalu bukan ke alamanda.. so bos mumi decide nak makan kat the manhattan fish... padahal mmg mumi nak makan kat situ.. so cam tahu2 jer boss mumi nih.. kikiki... so kitaorg pilih set lunch:

Dori fish n chip (regular)
Ice lemon tea
Soup of the day (tomato soup)
Dessert (icecream frizzy)

Alhamdulillah bos mumi yg belanja our lunch today... yehooo...  best2... so we all jejalan singgah la beberapa shop.. tp yg plg best masok dorothy perkins sbb ade sale up to 50%.. ramai gak la customer yg menyinggah.. ade yg cuci2 mata.. ade yg membeli... ikotkan hati mumi.. nak je borong baju2 tuh... wooow... cantek gak + rege yg bpatutan la... sempat gak mumi sambar maxi skirt... hahahha... kalu xleh pakai skrg gamaknyer pakai la after pegnen nati.. huhu...

Balik je ofce... terus wat kije.. melambak gak la fail atas meja.. kne masokkan dlm system lg then kena draf jawapan... mcm2 la... lgpon bos mumi next week da bercuti.. alaaa... bosan la dia xder then sure kije sume direct ke mumi... xsuka nyer.. pe2 pon mumi ttap bersyukur sbb ade bos yg memahami.. baik ati.. open minded.. & sedia menerima pandangan/cadangan mumi... in future sure mumi windukan sume nih..

Warggghh....

Thursday, October 24, 2013

sujud syukur kepadaMu Ya Allah..

ring...ring... ring...

mumi: hello..
kwan mumi: ma, tahniah dapat naik pangkat...
mumi: oopss... mana tahu nih...?? lom dapat berita lg la..
kwan mumi: try call JPA, 03-xxxxxxxx
mumi: okay nati aku roger ko after dpt result...

-----------------------------
mumi: selamat petang En.D
Mr.x: saya bukan En.D..
mumi: boleh x saya nak check samada ada saya berjaya untuk pemangkuan Nxx
Mrx: nama, ic puan...
mumi: xxxxxxx , i/c xxxxxxx
Mr.x: Puan, tahniah puan berjaya untuk pemangkuan Nxx.. surat telah dihantar ke Kementerian puan 2 hari yang lepas.. dan taklimat penempatan 6.11.2013
mumi: alhamdulillah... tapi due date bersalin saya november nih..
Mr.x: xper, jgn risau.. puan pergi taklimat dan lepas tuh boleh berbincang dengan En.D..
mumi: ok la camtu... rezeki anak saya la nih..
Mr.x: alhamdulillah puan.. ye, rezeki anak dikandungkan... :)

---------------------------------------------------------------

alhamdulillah, hari ni mumi dapat berita yang mengembirakan.. sedih pon ada.. terkejut pon ada sampai menitik air mata mumi... 1st of all, mumi bagitahu en.dedi dulu..dia sambut dengan rasa syukur.. alhamdulillahirabbil alamin 21x katanya suh mumi ucap kata syukur kepada yang maha esa.... bergenang air mata nih mengenangkan suda sekian lama berkhidmat di tempat lama.. akhirnya nama mumi berjaya untuk pemangkuan Nxx.... ade juga batch mumi yang xdapat... atas alasan aper mumi pn xpasti.. sedih gak coz xdapat sesama lagi untuk kenaikan pangkat ini bersama mereka..

pe2 pon, mumi doakan moga rakan2 seperjuangan mumi akan sama2 naik pangkat.. cuma kna tgu masa dan ketika aje.. insyallah...

mode: blessed



Monday, October 21, 2013

Diarrhea pegi la jauh2...

Morning..  today.. mumi masih saket perot .. :( awal pagi td masih lom selesa nak tdo.. perot terlalu kembong.. byk angin.. asyik ke tandas... ahad mlm mumi n en.dedi dah g klinik annur, bangi.. banyak gak la dokter bg ubat.. lg pon check suhu badan.. dokter kata mumi demam skit 37.8°.. after dinner smalam terus makan ubat.. tapi nape masih saket lg... diarrhea pon masih lom ilang..  Ya Allah, kuatkan la smngatku nih..tdk terdaya rasanya bila sakit dtg ketika mengandung.. so today.. dokter bg m.c for 1 day only.. harap2 mumi boleh recovery smula..

Ýa Allah.. ssguhnya aku redha dengan sgala ujian yg Engkau berikan pdku.. pulihkan la kesihatanku smula agar aku dapat menjalankan segala aktiviti harianku.. amin2 ya rabbal allamin...

Saturday, October 19, 2013

Konvokesyen + persembahan cendekiawan educare

Actually perot masih bergelodak dgn angin... mmg betol2 xselesa.. kat sini mumi just nak update pasal majlis konvoksyen kanak2 cendekiawan educare.. tghri tadi dah melepek atas katil.. la nih.. gagahkan diri tinjau2 fb.. instagram + blog nih..

Majlis konvo td pon agak lewat gak dr jadual asal.. tadi pon en.dedi xdpt nak join mumi n kakak.. sbbnya pepagi lg en.dedi dah kuar umah kna handle perwakilan umno negeri selangor.. so mumi tpaksa hantar aboy kat umah pengasuh jab sbb mumi pon xlarat nk handle aboy yg makin lasak.. sian aboy xdpt tengok kakak menari.. :(

Majlis start dlm kol 9 lebih.. then disusuli dgn penyampaian sijil pd pelajar tahun 6.. pastu baru la ade persembahan drp kanak2 tahun 2 hingga 6... ade yg menarik.. ade yg kelako.. dan ade yg biasa2 jer psembahannya.. tp yg plg best persembahan tahun 4.. kakaknyer persembahan.. well done kakak.. mumi ngat kakak malu2 time persembahan.. tp dia lak yg over.. hahaha... joom layan pix nih..

Dugaan...

Ya allah.. mlm tadi sampai muntah2 +diarrhea.. senaknyer perot.. tdo pon xselesa..  mumi xtau la.. ape yg mumi tsalah makan... warghh.. seingat mumi.. lunchnya makanan mumi beli nasi kerabu di pasar tani.. minum petang lak makan cempedak goreng+keropok... after balik kije.. mumi mkn 1 karipap.. then just suapkan kakak nasi goreng cendawan.. ade la mumi rasa skit nasi tuh.. after isyak.. perot mumi da rsa memulas2.. then perot kembong.. mumi tahan lagi... smpai jam 3 pagi.. tetiba rasa nk muntah.. angin kuar byk.. (inila moment yg mumi xsuka... muntah nih mmg memeningkan kpala mumi) tdo pon xckop.. dok berulang ke tandas je..

Pagi tadi dok siapkan kakak pon.. mumi masih berulang alik ke tandas.. aduuuii mmg xtahan la.. sblum gerak ke konvokesyen kakak.. badan da terasa lemah.. mumi makan jugak ubat phil chi kit teck on.. tp xde la byk cuma abik dlm 10biji yg kecila.. alhmdullah.. xde la kerap mumi ke tandas lg.. Ya Allah.. permudahkan la urusan ku pada arini.. elakkan la sebarang kemudaratan kpdku.. amiin...

Friday, October 18, 2013

Tanggungjawab isteri kepada Suami ~ mengikut Islam

Maaf, di pagi yang indah ini.. mari lah kita sama2 merenung dan muhasabah diri apa yang kita telah lakukan pada diri sendiri, suami, anak2, keluarga dan masyarakat... apa yang cuba mumi cungkilkan ini adalah menyentuh soal tanggungjawab kita sebagai seorang isteri kepada suami.. ini adalah untuk meningatkan sang wanita akan tanggungjawabnya mengikut panduan Islam.. kadang-kala kita pon akan terlupa apa yang sepatutnya kita lakukan pada orang yang kita sayang.. sesuatu yang melalaikan akan melekakan kita untuk berbuat baik..

TAAT
tanggung utama seorang isteri adalah perlu taat dan patuh kepada suaminya. kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekat sendiri. ini berdasarkan kepada sabda Rasullullah saw:
sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang suoaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andai suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah saw:
Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allahswt. (Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suaminya.. Sabda Rasulullah saw:
Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa sedangkan suaminya ada disampingnya kecuali dengan keizinan suaminya iti (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad Ibn Hanbal)

MELAYAN SUAMI
Isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah saw:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA
tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ianya kelihatan damai dan arasa senang hati untuk tinggal di situ.

apabila suami memberi wang perbelanjaan kepada isteri, maka isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazirkan wang pemberian suaminya. Isteri hendaklah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. oleh sebab itu, isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. suami pula diharapkan dapat membantu isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak. maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keuarga dari rumah. Apabila isteri keluar dari rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang baik dan tidak menarik perhatian ramai serta berkelakukan baik. Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya keseluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab:59)

Seperti juga tanggungjawab suami terhadap isterinya, segala kecacatan yang ada pada si suami/ isteri hendaklah dirahsiakan. ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANG HATI SUAMI
Apabila suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Iteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik bentuk hadiah tersebut.

Untuk menyenangkan hati suami melihat isterinya.. maka isteri perlu menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Isteri juga hendaklah memakai wang-wangian yang boleh menarik perhatian suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)


PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang baik seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Selain itu, apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan. Kedua-dua perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu unstitusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu sama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Maka suami isteri perlu bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur maka suami isteri akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang lain yang ingin menegurnya. Dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sebuah masyarakat. Untuk melahirkan ahli0ahli yang berkualiti kita perlulah menjalankan tanggungjawab masing-masing contohnya sebagai seorang isteri/suami mahupun anak-anak.. kita perlulah menjaga nama baik dalam sebuah keluarga. Jangan sesekali melakukan kacau bilau dengan ahli keluarga sendiri.. bak kata pepatah ' air yang dicincang tidak akan putus'.. keluarga adalah tempat kita berlindung jika itu hanya jalan yang terakhir..

moga kalian semua mendapat keberkatan dunia & akhirat, pelajari la menghargai sesuatu yang masih ada di depan mata kita.. jika ia hilang.. tentu kita akan mencari-cari dan tiada penganti sebaiknya.. jika itu yang telah dtentukan oleh Allahswt kepada kita, terima la dengan segala dugaan dan cabaran selagi masih boleh bertahan.. jika tidak, berserah kepada Nya.. mungkin ada jalan lain sebaiknya kelak.. insyallah..

Thursday, October 17, 2013

i'm 34 weeks pregnent now... :)

alhamdulillah.. sekarang suda 34 minggu mengandung.. rasa xsabar pon ader.. arinih ader checkup di klinik.. so far sumenya ok cuma berat mumi makin bertambah.. mgkin disebabkan kaki, tangan, badan yang semakin sembab... after raya nih, patient pon xramai.. huhuhu... ceronok mumi sbb leh balik awal.. xyah la nak tgu berjam2... lagipon arinih xyah jumpa dokter.. hoooree...

HB: 10.0
tekanan darah: 117/82
jantung janin : 138bp

so next appoinment check up di klinik on 30/10/2013, so misi tu suh ambik darah FBC dan FB a/c sekali.. FBC tuh untuk tgk hemoglobin darah merah masih rendah or tahap normal.. aritu Dr.Azmi pernah kata, kalu HB kurang dari 8.0 so docter suggest untuk masuk/tambahkan darah pada mumi.. so harap2 test FBC sumenya ok.. insyallah... FB a/c lak untuk test tahap gula dalam darah adalah tinggi or rendah.. sbb mumi kan ade GDM so test FB a/c nih kene repeat 2 or 3x sepanjang mengandung.. so dorang boleh memantau paras gula dalam darah ibu mengandung.. mmm... 1 more thing, BSP lak kene wat lagi pada 23/10/2013 nih.. adduuii... malas betul la mumi.. bosan jer.. hahahha...

joom kita tinjau, ape perkembangan janin yang berusia 34 minggu... ikotkan berat bayi adalah dalam 2.2kg dan panjang ialah 45cm dari kepala ke jari kaki.. bayi semakin gempal dan bulat serta memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengatur suhu badannya. ini adalah masa yang baik untuk memulakan percakapan antara bayi dan anda. pendengaran bayi telah terbentuk dengan sempurna. terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi.. ramai wanita mula merasakan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang sebagai persediaan untuk kelabiran. jika anda merasakan betul2 tidak selesa hendaklah rujuk kepada klinik or dokter.. 

info dari:
http://www.babycenter.com.my/a1044633/perkembangan-fetus---hamil-34-minggu#ixzz2hxS011bC




Wednesday, October 16, 2013

Kaki suda bengkak...

Omg! Tetiba je kaki mumi naik bengkak.. buku lali kaki da xnampak.. aahhahha.. bila bengkak nih.. rasa nak jalan pon da sengal2.. kaki nih berat semacam.. xsukanyer.. tp dulu lg la terokkk... bengkak kaki da sama dgn betis n peha.. kikiki.. alhmdulillah la kali nih xde la terok sgt.. kejang kaki pon rsanya baru 2 kali terkena.. harap hari2 seterusnya akan bertambah baik.. insyallah...

So malam nih kakak tlg urut kaki mumi.. tq kakak sbb kakak sgt prihatin+rajin... love u much...

Jamu nona roguy utk wanita selepas bersalin...

taaadaaa.. 
mumi suda terima jamu set bersalin dari nuyunbiz house yang mumi order thru online..
mana2 barang baby or barang2 mumi mmg mumi selesa untuk berurusan secara online..
jarang sekali mumi nak g shooping mall semata2 nak cari benda yang mumi kehendaki..
bukannya apa xde masa & sukar nak keluar carik barang2 tersebut
lebih2 lagi nak mengendong my kids yang semakin lasak tuuh..
arrghh, stress mumi dibuatnya nati.. hahaha

alhamdulillah servise yang diberikan pon cukup memuaskan
dan xde ragu2.. semuanya telus dan mulus.. hehhehe
so mumi planning after give birth, mumi memang selesa dengan produk nona roguy nih
so xde pilihan lain yang dicarik cuma setia dengan nona roguy set bersalin
sejak anak pertama lagi.. produknya bagus dan memberi kesan 
pada si pemakai (tolong promosi)


throwback ~~ salam aidiladha 10 Zulhijjah 1434 (15 Oktober 2013)

alhamdulillah, kerana diberi  kesempatan untuk menyambut aidiladha pada tahun ini.. aidiladha kali ini mumi beraya bersama keluarga mumi di kg pandan.. bersama kakak2, anak sedara, abg ipar sungguh meriuhkan keadaan di sana.. bukannya selalu dapat bertemu dan bersama... tapi hanya untuk 2 kali dlm setahun ajer or ade majlis tertentu.. sure banyak benda yang dibualkan.. ade saje cerita yang berbangkit.. ada yang mengembirakan.. ade yang menyakitkan dan ade yang menyedihkan.. ape2 pon perbincangan adalah jalan yang terbaik buat kami sekeluarga.. pasti ada jalan penyelesaian jika masing2 memberikan pandangan dan pendapat untuk membuat keputusan yang terbaik.. insyallah..

menu pada aidiladha ni dimasak oleh ceff Anna, kakak mumi yang ke 4... 
nasi arab
ayam masak merah
rendang ayam
kari kambing
jelatah

tembikai
moist chocolate cake
air kordial

hal masak memasak nih kakak mumi yang settlekan.. mumi hanya tolong tengok n makan ajer.. hahah... bukannyer ape mumi xpandai la nak masak banyak2.. kalu setakat masak utk fmily mumi ajer boleh la.. kikiki.. mumi yang request suh kakak mumi wat menu di atas.. so bahan2 masakan semua mumi kasik duit belanja pada kakak mumi utk raya haji ini.. moga keberkatan itu sentiasa berpanjangan... insyallah.. alhmdulillah la.. pepagi mumi tgk cam byk jer lauk2 yang dimasak.. tapi bila da penghujung raya.. after maghrib semuanya hampir clear.. hehhee.. syukur sebab kakak pandai budjet kuantiti lauk + tidak membazir..

after lunch, masing2 da makan.. kami semua 3 buah kete konvoi untuk menziarah kubur arwah mak mumi.. cuma abah mumi + 2 org anak buah mumi tinggal di rumah sbb abah dah xlarat nak berjalan lagi.. so petang tuh xramai pengunjung yang menziarahi.. kami semua sampaikan fadilat al-fatihah & bacaan yassin di pusara arwah mak.. menitik juga la air mata nih disebabkan terlalu rindukan arwah mak.. :( Moga Allahswt tempatkan arwah mak mumi di kalangan orang2 yang beriman, insyallah.. kami semua hanya mampu mendoakan yang selebihnya hanya Allahswt yang tahu kedudukannya.. 

after solat maghrib, kakak2 mumi suda beransur pulang ke destinasi masing2 termasuklah mumi juga.. syukur kerana masih dapat bertemu dengan kaum keluarga, syukur kerana segalanya dipermudahkan.. Ya Allah, hambamu ini memohon supaya eratkan la hubungan kami sekeluarga.. jauhi la sebarang kemudaratan pada ahli keluarga kami.. lindunginya kami dari sebarang penyakit, kejahatan, gangguan / perbuatan samada zahir ataupun batin.. tetapkan la pendirian kami kepadaMu ya Allah.. amin ya rabbal allamin...

Friday, October 11, 2013

Luncheon with my gegurl...

Salam.. dis week baru mumi bkesempatan utk lunch sesama dgn kengkawan mumi.. so we all suda set date iaitu todaynyer lunch.. :) we all decide makan di TGI Friday, alamanda..

So menu lunch arinih:
*lunch set rm29.90 - fish n chip+mushroom sup+ soft drink
* beef fajita + ice lemon tea +dessert
* lamb steak +ice lemon tea
*burger xxxx (xingat namanya) + ice lemon tea..

Total makan utk 4 org : rm 215 (msg2 bayar apa yg dorg makan.. hehhe)

Alhamdullilah.. xsinggah g memane just lepak2.. borak2 dgn kengkawan.. da lama xborak ssama.. hopefully akan ader next lunch lg.. insyallah..

Thursday, October 10, 2013

Louis vuitton palermo pm

Alhamdulillah.. mumi suda terima my humble handbag.. lv palermo pm yg mmg mumi minat n puas hati memilikinya.. actually dis bag mumi replace bag lv yg mumi jual dulu tuh.. masih ingat x lv delightfull pm?? so mumi recv barang on 9.10.2013.. dihantar ke ofce.. :) suka2...
Syukur sbb barang bnilai hampir rmxk telah slamat smpai pada mumi... alhamdulillah.. my fren juga kasik gift pada mumi iaitu macarons laduree.. lg la hapi mumi sbb mmg dr dulu cam terliur mahu makan macaron laduree fresh frm paris.. kata org macarons yg terbaik adalah dr paris..akhirnya hasrat mumi kesmpaian juga.. alhamdullilah.. tqvm yan... joom layan pix palermo mumi..



1st checkup under FPP putrajaya

Salam.. sperti yg mumi janjikan.. just nak update camne progress time checkup under fpp putrajaya..

1st checkup: 10.10.2013 thursday
Docter o&g: dr.azmi
Time appment: 10am

Sperti kebiasaan, 1st register kene byar rm110 then susulan baru rm60... so tadi mumi just bayar rm110 ajer.. after register terus ke kaunter A iaitu klinik O&G... letak buku dlm bakol then tgu nurse kat depan kaunter panggil utk check tekanan darah+berat+test urine... itupon lama la gak nak tgu Q...

Then after 2 hours + la... dlm kol 12.30pm baru nama mumi dipanggil.. en.dedi da xtahan tgu lama baru dia g nak isap rokok nama mumi dipanggil... kelam kabut mumi lak call en.dedi suh dia masok dalam bilik dokter..

Mumi: dr.azmi jab yer nak call hsband.. dia kat luar..
Dr.azmi: ok..
Mumi: sambil2 dial no.en.dedi.. mumi sempat usik dr.azmi.. dokter nampak makin kurus skrg.. dulu berisi skit..
Dr.azmi: oh ye ke... alhamdulillah... (sempat dia bertnyakan ksihatan aboy sbb dia yg sambut aboy)

En.dedi pon da masok bilik dokter.. then terus dr.azmi terus check buku merah mumi.. explain ape yg mumi rungsingkan.. so far katanya bsp kene continue gak.. checkup di klinik pn cam biasa.. ikotkan GDM mumi under control so xperlu risau.. cuma dia pesan suh kira gerak baby make sure ade 10x pergerakan dlm 1 ari.. kalu xcukop cepat2 kna g spital.. katanya lg.. kalu 24 nov nih xbersalin.. mumi kna admit so dorg akan induce.. :(.. insyallah katanya bole tgu for normal delivery if condition baby ok.. if not kene ade alternatif len.. so dia suh scan baby.. en.dedi pon follow tgk..

Time scan.. katanya bby mumi xde la besar sgt slalunya patient yg ade GDM babynyer besar.. so kali nih baby mumi nampak kecil so dont worry can go for normal deliver... if baby besar itu yg dorg suggest for ceaser.. berat baby skrg utk 34weeks: 2.1kg..  dokter tnya dah tahu ke baby aper.. so mumi kata scan aritu nampak cam laki tp xcnfrm lg... then dia kata yups baby boy.. en.dedi pon mencelah ' doc, camne nak tahu itu baby boy?'.. dr.azmi pon explain la satu2.. suh tgk tu.. tgk nih.. c ade nampak batu n burung nya skit... hehehhe.. tgelak mumi...

Alhmdulillah katanya baby pon normal.. xde nampak ade sbarng masalah.. so set new appment on 12 nov 2013 sbb ikotkan 7hb tu kna 2nd checkup tp en.dedi lak xmo cz dia baru balik dr china.. so ok la proceed 12.11.2013..  syukur kpd mu Ya Allah krna mpermudahkan sgala urusanku pada hari ini.. moga kesihatan mumi dan baby yg dikandungkan ini sihat shingga dilahirkan.. dan permudahkan la sgala kmudahanku pd hari berikut.. amin...

Monday, October 7, 2013

Doa & amalan ketika mengandung..

surah al-imran 38:
Ya tuhanku, berilah aku daripada sisi Engkau seorang anak yang baik. 
sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.

Surah Ibrahim 40:
Ya Tuhanku, jadilah aku dan anak cucuku orang yang tetap mendirikan solat, 
ya Tuhan kami, perkenankan la doaku.

Surah Al-saffat 100:
Ya Tuhanku, anugerahkan lah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.


Amalan ketika mengandung

mengamalkan bacaan al-Quran sangat baik bagi wanita mengandung terutamanya surah-surah seperti tersebut:

*surah Yassin
*surah Yusof
*surah Luqman
*surah Mariam
*surah al-Taubah
*surah al-Ikhlas

dan membaca amalan berikut:

  rabbi yassir wilaadati taisiran. rabbi sallimni ma fi batni.
YA TUHAN, MUDAHKAN LAH AKU UNTUK BERSALIN. YA TUHANKU, SELAMATKAN LAH AKU DAN SELAMATKAN APA YANG ADA DALAM PERUTKU...

Full Paying Patient, PUTRAJAYA

this is 3rd time mumi  n en.dedi consider mahu ambik sheme Full Paying Patient (FPP) di Putrajaya.. FPP nih ialah pakej bersalin yang ditawarkan oleh hospital kerajaan (cth: hospital putrajaya, HUKM & selayang) yang bekonsepkan perkhidmatan swasta.. di mana pakej adalah berpandukan kepada jenis rawatan dll dalam lindungan rm1200-rm4000... lebih kurang la..

my 1st baby ~ mumi start register FPP masa kandungan mumi mencecah 8 bulan means 1 month before deliver.. time nih FPP xramai orang yang tahu.. so under FPP xramai patient... so mumi n en.dedi pilih Dr. Jamil as a docter pakar mumi.. orgnya baik & sopan.. hehhehe.. (lembut la cara dia melayan patient)... so that time, mumi kene ceaser memandangkan baby dalam perot mumi dah xboleh tgu lagi sbb denyutan jantungnya makin lemah... 

kos rawatan (checkup) : rm60 / rm110 (pendaftaran)
cara bersalin: pembedahan (ceaser)
bermalam : 3 hari 2 malam
cost: RM3+++ less than RM3500
scar ceaser: cantek.. xde la timbul2... mgkin sbb penjagaan makanan juga...
baby: sihat 3.48kg
epidural : NO

2nd baby ~ mumi start register under FPP masa kandungan sudah cecah 8 bulan gak... so that time Dr. Jamil dalam proses pertukaran ke hospital len (katanya naik pangkat).. so nama dia xdisenarai dalam senarai dokter pakar FPP... so mumi n en.dedi decide pilih Dr. Azmi sebagai dokter perundng & pakar mumi.. alhamdulillah dr.azmi juga baik orangnya.. sangat bertimbang rasa.. time nih, patient FPP da mula ramai.. so lama gak la menunggu untuk checkup.. tapi FPP tetap mendapat perkhidmatan yang terbaik.. almaklum la berbayarkan... proses bersalin kali nih adalah normal deliver.. walupun memakan masa yang agak lama.. dokter pon sanggup menunggu.. syukur..

kos rawatan (checkup): Rm60 / RM110 (pendaftaran)
kaedah bersalin : normal + forcep
bermalam: 2 hari 1 malam
cost: rm19++ less than RM2k
baby : jaundis (admit NICU 1 week) 3.2kg
epidural : NO

3rd baby ~ time mumi 6 month pregnent, mumi da call hospital untuk booked dokter.. katanya dr.azmi da xmo ambik patient lg memandangkan da ramai patient dia.. kelam kabut gak la mumi.. then mumi direct call dr.azmi sendiri.. alhmdulillah, dr.azmi kata ok, boleh coz 2nd baby pon mumi dgn dia.. so dr.azmi sms n watsapp mumi bagi 1st appointment checkup pada 10 OKTOBER 2013... syukur, sbb dah xyah nak pikir2 carik dokter yg ok... so nati tgu je la apa yg mumi nak update ttg servicenya...

las preview mumi dgr my frenz pon ambik FPP di putrajaya.. tp syang katanya perkhidmatan di ward kurang memuaskan dengan mcm2 kerenah nurse di ward eksekutif, tingkat 5....OMG!! mumi cam xpercaya... so kerisauan tuh dah mula berkata2... based on her true story, dia terpaksa ceaser kerana ada komplikasi pada anak.. then after ceaser, of coz la dokter xbagi gerak/angkat kepala selama 6jam after operation.. during that time mana la dia larat nak jaga anak time memalam.. so kalu anak nangis, dia cepat2 la call nurse suh checkkan.. tapi ade segelintir nurse tuh cam haram.. xmo layan, cakap pon kasar.. then bila nurse tu check either baby tu berak ke x.. dia tnggalkan camtuh je xttup balik pampes tuh.. nape mesti berlaku camnih?? my frenz kata, dis is the last dia pilih FPP, putrajaya.. katanya dokter ok tapi nurse kurang ajar.. better pilih hospital private yg lain ajer... aduuuii... mumi da wisau nih... :( 

time mumi stay kat spital dulu, alhamdulillah layanan sume memuaskan.. memalam time mumi ceaser tuh dorg siap bwak baby tuh jaga kat nursery care.. xde la menggangu kita yg baru lepas operation kan.. so pregnen utk dis time.. xtahu la condition mumi camner.. sbb mumi nih banyak komplikasi.. GDM la, mild ANEMIA.. so mumi really berharap agar segalanya dipermudahkan untuk mumi.. biarlah semasa kandungan nih dah terlalu berat merasa pelbagai ujian.. harap2 semasa bersalin nati.. segalanya dipermudahkan...

sape ader info mengenai FPP untuk dis year 2013, let me know & leave a comment la kat post mumi nih.. atleast boleh share cerita... & menenteramkan jiwa mumi... :) 








SEA RIVER RESTAURANT, KUALA SELANGOR

alhamdulillah..
utk las time before deliver, en.dedi bwak makan ke kuala selangor
actually family en.dedi terutamanya 'father' en.dedi suka sgt makan kat restauran nih
best menu.. ikan siakap masak 3 rasa.. (msakan style china la)
masakan 3 rasa nih xsama cam masakan melayu..
kuahnya cair rasa masam, pedas & manis...
mmg best + yummy..

that time kitaorg g 1 kete je tmasuk mertuaku..
so memandangkan da lama xg makan kat sini.. so nak xnak en.dedi bawak gak kami semua..
hahahha.. so ape lagi en. dedi la kene belanja kitaorg... alhamdulillah, 
terima kasih yer.. muga dimurahkan rezeki en.dedi hendaknya..

so menu lunch yg kami pilih:
nasi putih
ikan masak 3 rasa
sotong goreng tepung
butter prawn
crab milk 
beancurd crabmeat
vegetables 

coconut drinks
fruit juice (watermelon)



Friday, October 4, 2013

Nasi ayam simple but yummy!!

Just nk share resepi pd u all.. today my kids request nasi ayam.. so layan la dorg nyer tekak...

Nasi~ halia+stok ayam+garam/perasa

Sos~ halia+cili masak + cili sos +bawang putih skit+garam+ gula...

Sos kicap~ mumi ambik air ayam yg mumi gril then +kan kicap+garam..

Ayam grill ~ mumi ambik resepi by hanis zalikha.. saje nak try cara msakan dia..
*rebus ayam (lebihan rebusan mumi wat sup ayam)
*ayam yg dah direbus perapkan dgn honey+sos tiram+buttercup + garam + perisa+ bawang putih..
*bakar dlm oven 50 mnit (shngga masak keperangan)

Taraaaa... suda siap... simple n senang... so rite now mumi n kids suda kenyang.. ubat pn da makan... so nak continue zzzzz.... babyee... catch u all later.. c ya..

Off day frm working... need xtra energy!!

Mlm td badan mumi suda xberapa ok.. +selsema +air mata yg mencurah2.. nak kata sakit mata... xde la merah sgt.. tp kemain gatal lg +bengkak... tdo pon xbape lena.. so las nite sambil xbole tdo.. mumi tonton pvr cite taken2... smpai dekat kol 5am gak la bertemankan en.dedi+kakak... huhu...

Start wakeup dis morning.. omg saket kepala cam satu umah berpusing.. so mumi pon sms pd cik boos mumi.. alhmdullah nasib baik dpt bos yg memahami keadaan ibu mengandung.. so dlm larat xlarat.. tpaksa la mumi gagahkan diri g klinik itupon btemankan aboy... at 1st, mumi g klinik krjaan then bila smpai... alamak rmainyer org... mmm :( xlarat la nk mnggu... terus mumi g klinik swasta yg bdekatan..

Mumi ngatkan mumi xdemam cuma saket kpala jer.. check nyer check.. 37.8'c demam rupenya mumi nih.. patut ler rsa len mcm je arini... dah setle ambik ubat bagai.. mumi gagahkan diri lg g singgah kedai jab.. beli la ape yg patut utk kami anak branak.. then trus balik umah.. time smapi kakak dah bangun.. dedi lak tgh bersiap nk g work.. kami sume bekfas dulu before dedi g work..
Kepala nih da trsa berat.. terus mumi landing kat depan tv.. tlelap gak la dlm 1 hour... lega skit.. mumi bangun jer.. terus kakak request 'kakak lapa lg la mumi'.. 'kakak nak nasi'... memandngkan my kids da lapar nasik.. so mumi kene la masak skit utk dorg.. kang kesian lak kalu msg2 xmakan... so tgk dlm peti ais... ade ayam.. so mumi pon plan nak masak nasi ayam yg simple jer.. wat sup+ayam grill+nasik +sayur +kuah kicap... budak2 bz layan cite cartoon.. so senang la mumi nak memasak.. kalu x si kecik nih asyik ngengada jer...

Ok.. mumi nk cntinue tgu ayam mumi masak.. nati free mumi update resepi yer.. tq all.. doakan kesihatan mumi yer.. insyallah..

Wednesday, October 2, 2013

Handmade burger + icecream

Ooops... mlm ni we all dinner burger special+cheese+blackpper.. sumenya wat sendiri.. best yummy!!

Then after makan... baru la mumi bkesempatan utk belek2 baju jovian yg mumi baru order thru online.. jovian is the one fav designer mumi.. sbb regenya murah dr retail price.. sbb tuh mumi cepat2 rembat... hahha... cantek bajunya tapi workmnship nya kurang memuaskan mgkin sbb jenis kain yg terlalu soft kot :(..  tp pe2 pon.. mumi suka...

Tuesday, October 1, 2013

Again bagaholic

Hehehe... cntinue pasal PRADA handbag.. yups, mumi ade minat dgn 1 design prada yg simple.. tapi ok la ... just nice gak.. rege pon not bad berbanding rege di malaysia.. 

Actually mumi suka jengok website online yg jual authentic handbag like i want bag, bag hauz cat, white daizy, invalise... rege yg dorg shoppingkan utk kita lebih murah dr butik malaysia... so kita juga boleh deal dgn owner samada kita mahu bayar full payment or leh wat installment utk miliki bag ksyangan kita... haa.. bukan shaja handbag tp brg2 len pon kita boleh order like earing/necklace/pandora/cosmetic etc... sumanya bergantung pada kemampuan kita la.. if $$$ masih lom ckop elok la kita wat installment.. so xde la beban nak bayar sekaligus... ;) Jom la layan pictures nih..

Aduhai... mcm2 laaa...

Mumi pelik la dgn segelintir org yg suka memperkecilkan kemampuan org len.. dan mumi xfaham salah ke kita pakai barangan yg branded/mahal2??.. kenapa mesti ada persepsi yg len terhadap kita dan pasangan kita... aduuuii.. pening la kepala mumi kalu nak layan benda2 cam gini..

Ini semuakan ikot kemampuan dan keinginan seseorang.. kalu kita mampu utk memilikinya so teruskan usaha utk mendapatkannya.. if not jangan la kita memaksa diri..  kan xelok diluar kemampuan kita... bagi mumi..  mmg mumi gemarkan barangan branded lebih2 lg handbag.. kalu dulu time mula2 kije.. handbag yg mumi selalu kendong guess, renoma, elle, bonia.... then bila ada duit lebih skit..  mumi upkan skit like coach, longchamp, fossil, dkny... dan yg latest, bila mumi ada rezeki lebih alhamdulillah mumi mampu memiliki handbag authentic gucci dan louis vuitton... sumanya berkat kesabaran dan kecekalan utk perolehinya..

Bukan senang nak kuarkan duit beribu2 utk memiliki apa yang kita impikan.. so kita kene pandai manage camne utk kita capaikan hajat tersebut.. alhamdulillah hasil dari bisness online + sumbangan en.dedi dapat la mumi miliki 3 jenis handbag LV...  itupon kene minta restu en.dedi... kalu dpt husband yg xsuka membazir.. payah jugak nati... so mumi bersyukur sbb en.dedi begitu memahami dgn kehendak mumi.. tiada larangan tetapi byk berikan sumbangan, dorongan dan sokongan utk mumi kejar apa yg mumi impikan...

Kdg2 bila mumi da xtahan dgn mcm2 mulot longkang... mumi start bercerita dgn en.dedi.. sbb kalu kije di swasta xde plak jadik cam gini.. tp bila involve dgn current working sume benda jadik xboleh.. apa yg kita pakai jadik perhatian org len.. then tlalu byk sgt bz bodynya... hahaha... kata itu la.. kata ini la.. masa mumi dok cite dgn en.dedi... dia tersenyum jer... sbb dia dah lali dgn org2 yg camtuh.. thts y en.dedi nasihatkan mumi... dgr telnga kanan.. kuar telinga kiri.. yg penting kita tahu hasil yg kita dapat nih dapat memenuhi kepuasan diri kita.. so kita boleh nampak hasil tuh dtg dari mana.. so start dari tu... mumi teruskan dgn cara mumi... malas nak ambik kisah dgn org2 camtuh...  tqvm dear...

Ye la.. mumi nih bukan jenis kaki tayang or menunjuk2 brangan kita pada kgkawan sume even dgn family pon mumi suka low profile.. yg mana tahu... mereka tahu la apa yg mumi pakai.. kalu hndak bercerita pon pada yg rapat dgn mumi or yg satu kepala.. satu minat... so senang berkongsi cerita... :) kalu dpt member yg gile handbg cam mumi.. lagi la tiap2 malam bergosip pasal handbag.. hahahha....

Dlm marah2 pon.. mumi simpan hajat nak miliki brand PRADA.. huhuhu... prada simple je designnyer.. agak mahal disini tp kalu beli di europe mmg berbaloi..  meh layan handbag prada yg mumi minat... opps tapi di next post ya... hehhee...

i'm 32 weeks pregnant... time flies

Ya Allah.. sekejab je masa berlalu..
skrg mumi suda 32 weeks.. means suda 8 bulan
checkup wat masa ini xde apa2 masalah.. cuma mumi kene cntinue lagi BSP

tekanan darah: 124/77
gerak janin:143bp
HB: 10.0 (masih low)

so arituh mumi suda wat ujian thalasemia.. so result pon suda kuar.. mumi ada BETA THALASEMIA TRAIT = mild anemia... so darah mumi ada pembawa thalasemia.. kata dokter, kalu leh minta partner/spouse & kids g buat thalasemia screening.. sbb takot if anak2 ada terkene penyakit major thalasemia.. so wat masa nih, en.dedi n kids lom ada kesempatan nak g wat screening thalasemia tuh.. jika mumi pembawa thalasemia.. kalu leh pasangan mumi kene la normal.. sbbnya, anak kemungkinan boleh dapat major thalasemia (penyakit yg bahaya)... so anak2 juga kene wat ujian tuh dari skrg atleast kita tahu samada kita nih adalah pembawa atau tidak.. jika salah seorang anak mumi terkena thalasemia, so nati bila anak da besar, pasangan dia pula kene la wat screening thalasemia juga sbb mereka yang mempunyai thalasemia xdigalakkan berkawin dan ingin mengurangkan penyakit yang berbahaya.. jika berkahwin juga... boleh.. tapi tidak boleh meneruskan zuriat... :( sayu je hati mumi bila dengar camtuh... 

Ya Allah, mumi berharap sangat supaya dikurniakan anak2 yang sihat dari segi kesihatan fizikal dan mentalnya.. jauhi la sebarang penyakit yang berbahaya dan lindungi lah kami dari segala kecelakaan samada dari zahir atau pun batin...


putrajaya-batu pahat,johor merangkap kije +holiday...

this month mumi kene outstation ke batu pahat, johor.. mulanya dedi xmo follow mumi memandangkan en.edi ada kije yg kene settlekan di office.. las minute baru en.dedi kata OK sebab nati dia boleh jumpa dengan member lama dia di sana.. so mumi happi la.. kalu tak memang sakit kepala dibuatnya.. almklum la kene carik member or else utk temankan mumi drive ke sana...

outstation kali ini agak meletihkan mumi coz mungkin tgh berbadan dua.. then nak lasak2 sgt pon dah cam xselesa sangat.. badan da kemain besar.. serba serbi da mula mengembang.. kalu ikotkan hati nak aje mumi ambik cuti tanpa gaji before deliver nih.. rasa dah xlarat nak ulang alik dr umah-office.. then fetch kids frm playschool lg... argghh... rasa nak dok relax kat umah ajer.. hahahah.. :) tapi memandangkan komitmen begitu banyak... so mumi tekad jua untuk bangun pagi g kije... heheh..  

khamis
bergerak ke bati pahat dalam 226 km dari putrajaya- pinetree hotel yang mengambil masa dalam 2 jam 30 minit...

jumaat
pagi~ dok relax dlm bilik... zzzz
petang ~ standby di lobi jam 3petang & terus gerak ke lokasi draw.. mumi hanya bawak qaira sbb time trial nih xde stress sgt mengadap borang draw tuh.. settle kije sume dalam kol 7.45 malam.. disebabkan line  & printer problem.. adduuii... saket pinggang dibuatnya...
malam~ en.dedi ajak makan sekali dgn member dia.. mari pekene mee racun ( mee nih cam mee bandung tapi + ade tulang gear box+telur dadar) terangkat la gak... en.dedi sampai pekene 2 pinggang... amboooi!!

sabtu
pagi~ da kene standby kol 10am.. terus ke lokasi draw dalam 2km..
tghari~ p pekene nasi beryani gam ayam... aduuii... mmg power.. best + sedap..
petang~ sambung balik kije sampai jam 5.30 petang.. then terus ke hotel n rehat..
malam~ bawak en.dedi makan kat kedai nasi beryani yang telah mumi g tghri tadi.. nasib baik la mumi ingat jalan.. hehhe... tapi bila da smpai hanya nasi beryani ayam merah aje yg tinggal... tapi xpe la.. asalkan boleh makan.. after makan terus bawak kids main2 kat soopa duppa @ submit mall, batu pahat.. tiket utk child rm20 & adult rm5... sempat la melayan budak2 nih main smpai 2 jam gak la... then mumi n en.dedi g urut kaki kat hotel.... alhamdulillah best!!

ahad
pagi~ gerak balik ke putrajaya... home sweet home... yeehooo