Tuesday, August 8, 2017

*perancangan & pencarian RUMAH pertamaku*

#rumahpertamaku

Mesti semua akan mengidam untuk memiliki rumah sendiri terutamanya yang telah mempunyai pekerjaan tetap. Masa mumi muda2 dulu tak teringin untuk membeli rumah.. asyik nak upgade kereta aje tapi bila dah meningkat usia nih baru terfikir tempat perlindungan untuk kami sekeluarga masih belum lagi.. arrghh!! agak stress juga sebab harga pasaran hartanah di Malaysia ini naik melambung terutamanya untuk kawasan yang membangun khususnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Selangor... 

Dengan harga RM300k ke bawah di kawasan WPKL & Selangor hanya mampu memiliki sebuah rumah apartment/pangsapuri yang berkos rendah... wooow tersangat la mahal.. mumi try survey2 kawasan situ termasuk Selangor tetapi masih tidak memuaskan hati. Rata2 harga hartanah bagi kediaman yang masih dalam pembinaan pula starting RM400k itu pon hanya boleh memiliki rumah teres 1 tingkat dengan keluasan 18x65 / 20x60... kalu kondo/apartmen dengan harga sebegitu mmg tak worth it... mumi mahu landed property!!! So pencarian rumah pertamuku telah bermula, apa yang mumi buat seperti berikut:

(i) cari advertisement di dalam mana2 website mengenai hartanah di Malaysia. Contohnya mudah.my / propertyguru.com.my / homes. trovit.my etc.... kalu click search kawasan yang berkenan akan auto kuar semua maklumat yang dikehendaki.

(ii) buat penelitian dengan mengira area yang hendak duduki / value market/ keluasan rumah/ design rumah / fasiliti  etc

(iii) buat perbandingan dengan beberapa buah rumah yang kita pick up daripada iklan tersebut.

(iv) try communicate dengan agent or owner rumah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rumah yang kita berkenan [ kalu mumi, thru whatsap je utk dapatkan beberapa maklumat sebelum kita reject or pertimbangkan]

(v) jika ada rumah yang kita dah berkenan, so try la berbincang dengan en.suami hajat kita untuk memiliki rumah sendiri. Jika en.suami tu wat xreti je.. try pendekatan lain dengan memberikan beberapa maklumat yang en.suami ini rasa mmg patut kene beli rumah tersebut. yang penting jangan putus asa. Bila dah berbincang pasti akan diajukan soalan yang bertubi2 [kene fire kalu xcukup maklumat].. so make sure kita kene standby  dengan semua maklumat yang ada okay. jangan tahi2 ayam je.. niat & nekad tu perlu ada.. hahahahha... [ lama juga mumi nak dapatkan green light drp en.dedi berkenaan dgn rumah yang diidamkan.. ]

(vi) ajak en.suami g view beberapa buah rumah (bagi rumah dah siap sepenuhnya)/ gallery house yang kita dah decide untuk pertimbangan. Masa ini lah dia akan tgk semua angle yang kadang2 kita pon xperasan.. ada je dimata dia ada benda yang xkene... adoooi laa...

so mumi akan jot down beberapa rumah yang masing2 berasa berbaloi utk miliki. so mumi akan contact balik agent/ owner rumah untuk  price nego. time ni kita akan nego dgn harga yang paling rendah. jika deal dgn rege tersebut.. baru kita akan prepare document yang dikehendaki untuk S&P dan buat pinjaman. so keadaan skrg:

(i) mumi telah pilih rumah yang siap sepenuhnya dengan rege RM380k kebawah
(ii) lokasi bukan di WPKL, Selangor  or Putrajaya tapi............. somewhere place... shhhh!!!! 
(iii) ada 4 bilik 3 bilik air
(iv) owner minta deposit 10% tp mumi minta dibayar 4% daripada harga rumah 
(v) lawyer fee dibayar sendiri iaitu 3-5% daripada harga rumah
(vi) 100% pinjaman kerajaan melalui LPPSA

dokumen yang diperlukan:

(i) salinan IC;
(ii) salinan 3 bulan penyata gaji;
(iii) salinan 3 bulan penyata akaun bank;
(iv) surat pengesahan jawatan

so setakat ini aje la.. sbb proses pembelian ini masih berjalan iaitu penyediaan S&P oleh lawyer yang dilantik. pe2 nati mumi akan update. moga permohonan pembelian ini akan dipermudahkan oleh Allahswt

Aamiin...

mampukah untuk berhijrah tempat

Salam 1 Malaysia,

Untuk pengetahuan semua, berhijrah adalah berpindah dari tempat lama ke tempat yang baru. Dalam erti yang lain pula, hijrah bermaksud  meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, emosi dengan menggantikannya kepada yang lebih baik. Seperti yang diketahui, berhijrah adalah suatu yang dituntut oleh agama. 

''Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 218) 

Apabila kita berniat untuk berhijrah seharusnya perlu tulus dari hati menuju ke jalan Allahswt, dengan cara meninggalkan segala perkara dan mengikhlaskan diri untuk beribadah terhadap Allahswt dan menetapkan hati hanya kepada-Nya tempat berlindung dan tempat memohon pertolongan. Selain itu, meniatkan hati untuk mencontohi sifat para Rasul dengan menunjukkan teladan yang terbaik dari segi akidah, akhlak, dakwah, politik, syariat dan muamalah. 
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Sesungguhnya hijrah itu bukan sahaja satu permulaan namun ia adalah satu pengorbanan buat kita sebagai umat islam terhadap Allah SWT. Ianya bukan sahaja berhijrah ke tempat baru tetapi penghijrahan iman itu juga perlu ada dalam diri kita.

Ya Allah, aku memohon diberi petunjuk dan jalan supaya keraguan ini tidak membelenggu dalam diriku. Berhijrah ke suatu tempat yang baru adalah sukar untuk kami sekeluarga dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Ya Allah permudahkan la segala urusan ku ini.. moga penghijrahan ke tempat yang baru adalah lebih baik daripada keadaan sekarang. Moga rezeki sentiasa mengiringi kami sekeluarga. aamiin


10 years married!!

alhamdulillah
21/07/2007 - 21/07/2017
10th years anniversary

pejam celik dah 10 tahun perhubungan suami isteri ini
banyak dugaan dan halangan dapat ditempuh dengan setenangnya
tipu la kalu kata tidak pernah bergaduh.. 
tp itu adalah asam garam berumah tangga kan..

syukur kerana dikurniakan 4 orang cahaya mata yang mencuit hatiku
syukur kerana Allahswt berikan kasih sayang ini kepada  keluarga kecilku ini
syukur kerana diberi kegembiraan sepanjang 10 tahun ini
syukur kerana Allahswt menguji kami berdua dengan pelbagai dugaan
syukur juga daripada dugaan ini dapat kami muhasabah diri, pertimbangan yang wajar dan 
berubah untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya
alhamdulillah..

syukur kerana kami sentiasa menjadi yang lebih baik 
untuk menjaga perhubungan keluarga kecil ini
syukur kerana kami dapat berbakti kepada mertua dan keluargaku sendiri
syukur kerana kami menjadi lebih cekal dan tabah dalam menghadapi situasi xterjangka
syukur kerana setiap kata2 yang baik merupakan doa sepanjang hayat
syukur kerana diberi kepercayaan dalam mendidik anak2
syukur kerana diamanahkan untuk menjadi isteri/ibu kepada suami & anak2
syukur juga menjadi sebahagian daripada meniti kehidupan ini
alhamdulillah...

syukur kerana sentiasa menyayangi diri ini dan anak2
syukur kerana kami saling menghargai antara satu sama lain
syukur kerana masih berpijak dibumi yang nyata
syukur kerana tidak membiarkan urusan lain mengganggu kehidupan ini
syukur kerana kami dapat berbakti kepada pembangunan negara
syukur kerana kami masih boleh menerima pendapat dan nasihat 
alhamdulillah...
 
syukur kerana Allahswt memudahkan urusan kami berdua
syukur kerana disalurkan rezeki yang tidak putus
syukur kerana kekayaan bukan la penghalang kasih syg ini
syukur kerana kemiskinan jua bukan sebagai pemusnah perhubungan kami

syukur alhamdulillah Ya Allah kerana masih diberi kesempatan kepada kami berdua untuk meneruskan kehidupan kami dengan kasih syg yang berpanjangan, rezeki yang halal dan ilmu yang bermanfaat. Moga hari-hari yang mendatang dikurniakan dengan lebih mudah jalannya...