Showing posts with label Penjagaan wanita. Show all posts
Showing posts with label Penjagaan wanita. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Makanan ketika dalam pantang

Bila bercakap pasal makanan dalam pantang yang boleh Dan tidak boleh dimakan... kadang2 mumi belasah gak apa yg boleh.. apa yg tak boleh.. dulu2 time berpantang.. mumi mmg berpantang xboleh makan itu.. xboleh makan ini.. minum pon kawal2 gak... tp dis time.. berpantang anak ke3 nih.. mmg xboleh kawal.. ade yg mumi belasah makan sbb mungkin xde org jaga pemakanan kita kot... sbb itu la nafsu makan nih asyik terliur je tgk org makan.. hahahha... ce tgk Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang... yg mumi tandakan '*' adalah mumi pernah makan..

Boleh makan...
Burung puyuh
Burung merpati
ayam hitam
ayam didik
ayam selasih
ayam kampung
daging batang pinang

Tidak boleh....
*Ayam biasa (takut gatal)
(Ade gak mumi makan isi ayam rebus-kuantiti yg sikit)

IKAN
Penting: Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan. So mumi hanya makan ikan:
*Ikan jenahak
*Ikan merah
*Ikan tenggiri
*Ikan selar
*Ikan bilis

Tidak boleh...
Ikan kering
Ikan masin
Ikan keli
Ikan bawal hitam
Ikan terubuk
Ikan duri
Ikan pari
makanan laut udang/sotong/kerang

ULAM ULAMAN
Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. Jantung pisang membanyakkan susu ibu. Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman..
*halia
*Serai
Lengkuas
pucuk pegaga
pucuk mengkudu
pucuk ulam raja
jantung pisang rebus
*kunyit hidup
(pucuk/ulam mumi xpernah lak terasa nak makan time dalam pantang..)

SAYUR-SAYURAN
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan. Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu.. selain itu mumi makan:
*Ubi kentang
*Sawi
*Lobak putih

tidak boleh....
Kangkung
Petola
Terung
Cili
Tomato
Brokoli
Kubis
petai/jering

BUAH-BUAHAN
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. Yg boleh dimakan:
Buah anggur
*Kurma
*Oren
*Epal
Strawberi
Peach
Prune
Kismis
Longan cina

Tidak boleh....
Nenas
Limau
buah lai
tembikai susu/tembikai merah/tembikai cina
epal hijau
kiwi
buah pear
pisang
jambu
belimbing
mangga
betik
ciku
langsat
nangka
cempedak
pisang
*manggis -mumi suda termakan sebiji then google2 baru tahu xboleh makan rupenya.. mmm.. en.dedi la beli wat mumi terliur jer.. adòoooi.. :p

LAIN-LAIN
*Biskut
Roti
Nestum
*Quaker Oat
Cornflakes
*Masakan panggang
*Masakan rebus
Masakan kukus
*Masakan bakar
Masakan salai
Asam jawa
Asam keping
Tempe

Tidak boleh....
*Burger -en.dedi siap order burger king lg.. mumi makan daging burger+ 1/2 rotinya.. yg sayur n sos buang ketepi...
Nugget
Sosej
*Bihun- rasa sesudu dua.. sbb tgk kakak masak cam sedap jer.. hehehe...
Mee
Kuey teow
Laksa
Telur
Semua jenis ubi
Semua jenis makanan laut
Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang

AIR
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang.. Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah. Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang barumelahirkan anak. Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Air jus halia n kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga...
*air suam
*air akar herbanika + madu
air pati kunyit
jus pegaga
air halia
air kopi
air manjakani
jus halia
kurma
air madu

Tidak boleh...
Air ais/air sejuk
*air bergas-ni gara2 beli 1 set burger king.. then airnya mumi ambik skit + tarok air panas.. dpt la minum 2 deguk.. (nak jugak merasa)
air tebu
air cincau
air kelapa muda
air jus buah-buahan yang dilarang

So far.. alhmdullah apa yg telah termakan makanan yg dilarang.. mumi baik2 sahaja skrg nih.. ya rmai yg kata mungkin skrg tidak merasa lagi.. tp dikemudian hari sape yg tahu kan.. so mumi harap2 sumenya baik2 sahaja.. elakkan kejadian yg xdiingini.. amin...

Wednesday, November 27, 2013

Proses berpantang

Arinih dapatla mumi bertungku dan mandi daun2 herba serta berlulur herba.. lega rasanya bila mandi berwap/air panas.. pagi td mumi timbang berat mumi suda turun 10kg.. alhmdullah.. ringgan la skit bdan nih..

Before bsalin : 84.4kg
After 3dys bersalin : 74.3kg.

So proses pantang mumi berjadual begini:

7.30pagi : bangun utk bertungku
8.00pagi : sarapan n makan ubat
8.30pagi : mandi herba
12.30 tghri : makan tghri
5.30 ptg : mandi herba
6.00 ptg : makan malam
8.00 mlm : supper n makan ubat
9.00 mlm : rehat n tido...

Ikotkan target mumi mahu kembali bentuk badan asal.. dulu berat mumi 58kg.. so mumi kene usaha lebih utk capai target mumi.. harap2 berjaya la.. insyallah.. pe2 nati mumi update lagi yer..

Doakan mumi sihat.. love u all...

Friday, October 18, 2013

Tanggungjawab isteri kepada Suami ~ mengikut Islam

Maaf, di pagi yang indah ini.. mari lah kita sama2 merenung dan muhasabah diri apa yang kita telah lakukan pada diri sendiri, suami, anak2, keluarga dan masyarakat... apa yang cuba mumi cungkilkan ini adalah menyentuh soal tanggungjawab kita sebagai seorang isteri kepada suami.. ini adalah untuk meningatkan sang wanita akan tanggungjawabnya mengikut panduan Islam.. kadang-kala kita pon akan terlupa apa yang sepatutnya kita lakukan pada orang yang kita sayang.. sesuatu yang melalaikan akan melekakan kita untuk berbuat baik..

TAAT
tanggung utama seorang isteri adalah perlu taat dan patuh kepada suaminya. kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekat sendiri. ini berdasarkan kepada sabda Rasullullah saw:
sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang suoaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andai suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah saw:
Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allahswt. (Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suaminya.. Sabda Rasulullah saw:
Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa sedangkan suaminya ada disampingnya kecuali dengan keizinan suaminya iti (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad Ibn Hanbal)

MELAYAN SUAMI
Isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah saw:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA
tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ianya kelihatan damai dan arasa senang hati untuk tinggal di situ.

apabila suami memberi wang perbelanjaan kepada isteri, maka isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazirkan wang pemberian suaminya. Isteri hendaklah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. oleh sebab itu, isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. suami pula diharapkan dapat membantu isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak. maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keuarga dari rumah. Apabila isteri keluar dari rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang baik dan tidak menarik perhatian ramai serta berkelakukan baik. Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya keseluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab:59)

Seperti juga tanggungjawab suami terhadap isterinya, segala kecacatan yang ada pada si suami/ isteri hendaklah dirahsiakan. ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANG HATI SUAMI
Apabila suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Iteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik bentuk hadiah tersebut.

Untuk menyenangkan hati suami melihat isterinya.. maka isteri perlu menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Isteri juga hendaklah memakai wang-wangian yang boleh menarik perhatian suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)


PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang baik seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Selain itu, apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan. Kedua-dua perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu unstitusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu sama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Maka suami isteri perlu bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur maka suami isteri akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang lain yang ingin menegurnya. Dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sebuah masyarakat. Untuk melahirkan ahli0ahli yang berkualiti kita perlulah menjalankan tanggungjawab masing-masing contohnya sebagai seorang isteri/suami mahupun anak-anak.. kita perlulah menjaga nama baik dalam sebuah keluarga. Jangan sesekali melakukan kacau bilau dengan ahli keluarga sendiri.. bak kata pepatah ' air yang dicincang tidak akan putus'.. keluarga adalah tempat kita berlindung jika itu hanya jalan yang terakhir..

moga kalian semua mendapat keberkatan dunia & akhirat, pelajari la menghargai sesuatu yang masih ada di depan mata kita.. jika ia hilang.. tentu kita akan mencari-cari dan tiada penganti sebaiknya.. jika itu yang telah dtentukan oleh Allahswt kepada kita, terima la dengan segala dugaan dan cabaran selagi masih boleh bertahan.. jika tidak, berserah kepada Nya.. mungkin ada jalan lain sebaiknya kelak.. insyallah..

Wednesday, October 16, 2013

Jamu nona roguy utk wanita selepas bersalin...

taaadaaa.. 
mumi suda terima jamu set bersalin dari nuyunbiz house yang mumi order thru online..
mana2 barang baby or barang2 mumi mmg mumi selesa untuk berurusan secara online..
jarang sekali mumi nak g shooping mall semata2 nak cari benda yang mumi kehendaki..
bukannya apa xde masa & sukar nak keluar carik barang2 tersebut
lebih2 lagi nak mengendong my kids yang semakin lasak tuuh..
arrghh, stress mumi dibuatnya nati.. hahaha

alhamdulillah servise yang diberikan pon cukup memuaskan
dan xde ragu2.. semuanya telus dan mulus.. hehhehe
so mumi planning after give birth, mumi memang selesa dengan produk nona roguy nih
so xde pilihan lain yang dicarik cuma setia dengan nona roguy set bersalin
sejak anak pertama lagi.. produknya bagus dan memberi kesan 
pada si pemakai (tolong promosi)


Thursday, June 27, 2013

GDM ketika mengandung...

aduuii... 
sedih rasa hati bila paras gula ketika mengandung naik tinggi..
so dokter sahkan mumi kene GDM ketika mengandung... 
GDM tu secara umumnya kencing manis ketika mengandung.. 
so agak letih sebenarnya kerana check up akan dibuat setiap 2 minggu after di sahkan GDM.. 
 BSP juga akan di ambil 4x dalam sehari.. jika result BSP (bawah 5.0) ok so akan dilakukan BSP hanya sebulan sekali.. bila kandungan suda mencecah 28 minggu.. 
BSP tetap diteruskan dan dipantau 2 minggu sekali.. so skrg nih..
 kerja mumi naik turun ke klinik yang berdekatan dengan umah n ofce mumi..

ikotkan hati mmg mumi xsuka ke klinik.. sbb mengambil masa yang agak lama lebih2 lagi time kene jumpa dokter.. kalu check up biasa je.. cepat la skit tp bergantung kepada pesakit yang dtg..
pe2 pon mumi berserah kepada Allahswt.. mumi harap moga mumi n kandungan akan terpelihara dan sihat..
walaupon ade komplikasi yang kurang memuaskan tapi mumi berharap mumi akan menjadi seorang ibu yang tabah dalam menghadapi pelbagai situasi..
so pesanan dokter, bila dah ade GDM nih kene la kontrol makan.. kene kurangkan karbohidrat n gula..
berat badan akan bertambah dengan cepat bagi yang mengidap GDM.. huhuhu...
walaupon da kontrol makan tapi kalu berat badan tu nak naik juga.. biarkan la.. xleh nak wat ape pon.. 
hehehe... 

Tuesday, January 4, 2011

Dalam Pantang....

aduuuiii seksanya dalam pantang... sume benda kene berjaga2.. xleh wat tuh.. xleh wat ini.. xleh nak makan itu.. xleh nak makan ini... mmmm... sumenyer kene berpantang... terliur gak tgk masakan yg sedap2... tapi apakan daya kene la kawal nafsu makan nih... hehehhe....
ini dah 21 hari aku dalam pantang... untuk 2 minggu pertama.. mertuaku yg jaga di rumah.. sumenyer under control... kerja2 rumah sumenye mertuaku yg lakukan.. aku hanya dok jaga baby tecik.. :D beban pon terasa la ringan skit... alhamdulillah...

pagi2 aku da bangun siapkan diri.. pastu bekfas makan ubat/jamu... dah siapkan diri sendiri baru la aku tgu baby tecik yg ku gelar 'aboy' bangun dari tdo... b4 mandi of course la kene bagi aboy minum susu... after that baru la boleh mandikan dia... dah siap2 sume seperti biasa aboy akan tdo... zzzzzzzzz untuk beberapa jam... lega skit time nih la aku ambik peluang nak online ke.. nak layan TV ker.. or yg bestnyer ikot aboy tdo sama..... ;) hihhihi... kali ini aku bagi breastfeed (BF) pada aboy.. walaupon xbanyak tapi sekurangnyer dia dapat gak BF dalam pantang.. bila dah bagi BF nih mmg terasa dahaga memanjang.. rasa nak minum je.. addeehh... tapi kata org dedulu kene kurangkan minum time dalam pantang.. mmm.. entah la.. pe2 pon aku minum je ikot kedahagaan.. :P

tapikan yg xbestnyer aboy nih time siang dia tdo memanjang... tapi bila je malam menjelma da start kol 12malam mula la aboy nih bangun.. mata segar jer... tapi yang xsyoknyer dia mula nangis.. adduuii.. itu yg tensen.. nak kata kembong perot... xjugak..!! dia nak berdokong jer.. nih yg wat aku betol2 letih.. xcukup tdo.. :# mmmm.... agaknyer dia ikot perangai dedi dia la nih yg suka berjaga malam...

payah betol la!!

Tuesday, August 11, 2009

pemakanan berpantang selepas bersalin

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu.