Tuesday, July 19, 2016

throwback Family Day Pak Ya 2015


Oops.. mumi luper nak updated story pasai Pak Ya Family Day iaitu gathering adik beradik mumi.. On November 2015 mumi sebagai event coordinator telah diamanahkan utk menjayakan program family day utk adik beradik mumi.. rasanya lebih kurang setahun gak mumi try arrangekan tempat, tarikh & aktiviti utk semua.. almaklum la susah nak bersatu.. masing-masing punya komitmen yang tak dijangka.. then akhirnya kami semua bersatu utk berkumpul pada 07- 09 November 2015 di Homestay D'Pantai, Kuala Sg Baru, Melaka..

Ia melibatkan 7 orang adik beradik dari keluarga Zakariya & Ramlah.. tp abah & mak dah tiada (al-fatihah).. cuma adik beradik & anak2 buah berkumpul setelah sekian lama tidak berjumpa... mumi try arrangekan aktiviti yang dapat mengeratkan siratulrahim antara kami semua.. tiada kata MALU atau SEGAN.. semuanya sporting belaka.. syukur alhamdulillah..

Day 1:

kami semua rancang utk berportluck dengan membawa bekalan makanan daripada rumah.. so makan tengah hari bermacam2 juadah seperti: nasi lemak/ sambal ikan bilis/ sayur campur/ kari daging/ sambal belacan/ masak lemak ayam etc... untuk aktiviti malam mumi dah arrangekan supaya wat pertandingan karaoke mengikut kategori PAKCIK/ MAKCIK/ ANAK BUAH PEREMPUAN/ ANAK BUAH LELAKI... masing2 memilih lagu yang bersesuaian dengan suara masing2... tidak ketinggalan juga mumi & en.dedi turut join.. walaupon ada yang sumbang2 sikit.. tapi kami semua tetap memberikan sokongan & sorakan... aaarrgghh memang seronok!!! mumi suka semangat & kemesraan antara kami semua.. masing2 saling bekerjasama mengikut tugasan masing-masing... terbaik woook!!!


malam day1: pertandingan karaoke... dessert sponser by pn.maria... TQVM
birthday cake sponser by nurul frm SR
 
malam pertandingan karaoke.. hadiah2 pemenang & hadiah cabutan bertuah..








Day2: after bersarapan, kita semua mulakan dengan acara sukaneka.. walaupon berpanasan tapi kami semua tetap menten untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancang.. so acara sukaneka ini di ketuai oleh kakak ipar (along) & anak buah (angah).. masing2 memainkan peranan.. syabas.. byk juga acara yang dipertandingkan.. so setiap kumpulan masing2 ada memenangi.. so adil & saksamakan.. hehehhe...seterusnya utk aktiviti malam, dinner kami wat BBQ seafood/ikan/daging/ayam etc... yela.. masing2 da kelaparan.. nak menunggu siap tuh punya la lama.. bikin tertido dulu.. hahhaha...

malam BBQ... mai2 masing2 berebut

lepak2 makan before berangkat ke melaka..

Thursday, July 14, 2016

Juadah / Menu Hari Raya Aidilfitri

cakap pasai menu... sure la macam2 rasa nak makan... nak itu la.. nak ini la... macam2 la request.. tapi yang pastinya... menu kami sekampung seperti di bawah... hehehhe -------------->>>>>

RAYA PERTAMA:
mee kari 
lemang jagung / biasa  
rendang ayam kampung
daging dendeng
kuih2 raya
air sarsi


RAYA KEDUA:
lemang & Rendang
mee goreng


 RAYA KETIGA:
dapur tutup... hahahha
makcu mumi cuma wat nasi berlauk utk kami semua makan tengahri. 
almaklum la raya ketiga masing-masing mau pulang ke destinasi asal...




BUDGET raya aidilfitri 2016

Salam Aidilfitri..

Harini Syawal 9 means suda 9 hari kita beraya... sure u all semua tengah berpuasa 6 or sibuk buat persiapan rumah terbuka or menghadiri jemputan open house kan.... hehehe.. Alhamdulillah raya tahun ni, kami sekeluarga menyambut dengan kadar yang sederhana... almaklum la dengan keadaan ekonomi yang tidak menginzinkan.. dengan faktor kewangan yang amat terhad.. so persiapan raya amat sederhana tapi meriah.. kalu dulu baju raya mumi berharga rm300 tapi tahun ni mumi cuba carik yang terbaik dari segi kualiti dengan harga yang rendah kurang daripada RM300.... (alhamdulillah, kene syukur okay)..

Tahun ni, en.dedi cuma spend RM1k untuk baju-baju anak2 & mumi... memandang mumi tengah sarat mengandung.. xde la nafsu nak beli baju kurung or sebagainya... mumi cuba berbelanja dengan cara berhemah & try arrangekan setiap baju2 anak limit RM250 sahaja... Opps, baju raya anak2 & en.dedi kami recycle pakai yang lama je.. sbb masih elok & pakai baju2 tu time event weeding sahaja...so dengan apa yang boleh dapat dengan jumlah RM250 tuuuh...

(1) Qaira : 3 helai baju jalan + 2 seluar jeans + 3 pasang baju harian+ kasut & selipar raya
(2) Qaleef : 3 helai baju jalan + 2 helai jeans + 3 helai baju tidur+ kasut & selipar raya
(3) Qaireel : 4 helai baju jalan + 2 helai jeans + 3 pasang baju harian+ kasut & selipar raya



Anggaran Kos perbelanjaan:

3 helai baju jalan  =  RM50 (beli kat branded outlet/padini)
2 jeans (harga mengikut size) = RM49 & RM39 = RM88 (Beli kat branded outlet/padini)
3 helai baju harian/tidur = RM50
kasut raya = RM59 (captain america kedai BATA)
selipar raya = RM19 (captain america kedai BATA)

TOTAL:  > < RM266

Rm266 x 3 = RM798 + RM169 = RM967



Ini la tema colour untuk 1st raya mumi sekeluarga... maroon.. so baju raya mumi  jubah drp ZAWARA dengan harga RM169.. senyum lebar la mumi sbb kualitinya okay dengan harga yang berbaloi... baju2 anak2 tu sume yang tahun lepas punye.. almaklum la pakai sekali je then terus simpan dalam almari.. so tahunni langkah berjimat cermat mumi gunakan semula sementara keadaan baju tu masih baru... 

Ramadhan ke 28, mumi da start mengemas umah & packing baju anak2.. En.dedi kali ni terover excited mau pulang ke Kuala Kangsar.. katanya kita bergerak ke perak 2 hari sebelum raya.. dia nak rasa suasana puasa n malam raya di kampung... mumi okaykan ajer.. hahahha... Syukur juga kepada Allahswt, kerana diberi peluang & ruang kepada Family Pak Ya. Tahun ni 6 beradik mumi semua beraya di Perak.. cuma sorg kakak mumi je xdpt beraya bersama sbb mengikut suaminya beraya di Melaka.. itu pon da cukup bermakna pada kami semua.. Sebenarnya bukan senang nak kumpul ketujuh-tujuh orang adik beradik nih untuk beraya sekali... sebab masing-masing punya komitmen keluarga.. 



Wednesday, July 13, 2016

Ibu, Bapa, Isteri/Suami, anak......

Dalam sebuah institusi keluarga, siapakah yang menjadi peranan penting dalam keluarga?? suda tentu la seorang yang bergelar LELAKI a.k.a BAPA / SUAMI.. tetapi setengah keluarga keadaannya berbeza.. mungkin ISTERI lebih memainkan peranan yang penting kepada keluarganya berbanding dengan sang suami.... kenapa terjadinya semua ini?? adakah tersilap memilih pasangan atau kurang ketegasan dalam diri seorang lelaki??

mumi xsuka jika anak yang dilahirkan akan menderhaka kepada kedua ibu bapanya.. bukan derhaka cam kisah si tanggang.. tapi segala perbuatan yang ditunjukkan oleh anak tadi boleh mengecilkan hati sang bapa/ibunya... mengapa semua ini boleh terjadi?? mungkin asuhan atau kasih sayang yang diberikan terlalu/terkurang sehingga mereka sanggup untuk mengenepikan ibu bapanya...

Hairan juga yer, anak2 zaman skrg sanggup memberontak/membunuh/menganiaya ibubapanya dan yg paling sedih sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah org2 tua.. then membiarkan ibu/bapa mereka ditempat lain dan mcm2 la.. bila ibu dan bapa kita da tua dan tidak bermaya.. kenapa sorang anak tidak sanggup menjaganya? jangan la begitu.. cuba la difikirkan kembali.. masa kita masih kecil.. kita dididik dengan kasih SAYANG dan agama secukupnya.. saat kita sakit mereka la yang menjaga kita dari siang hingga ke malam.. tapi bila kitaran manusia ini berpusing.. nape si anak tadi sukar menjaga ibu bapa mereka sendiri??

Ade juga setengah keluarga yang memperkecilkan kebolehan/keupayaan bapa tadi.. padahal mereka tidak tahu ke si bapa tadi ini lah yang susah penat untuk mencari rezeki dan sebahagian gajinya telah diberikan kepada keluarganya.. tapi ade juga yang menyalahgunakannya termasuk la si anak tadi.. :( jangan sesekali kita memperbodohkan bapa/ibu kita ya.. even kita marah sekali pon tetapi kita perlu ingat bahawa mereka la yg telah melahirkan & membesarkan kita di dunia ini.. muhasabah diri dulu!!

Apa yang semua ketahui, lelaki a.k.a suami bertindak sebagai ketua keluarga iaitu pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya (Keluarganya). Oleh itu, suami la yang akan membuat keputusan dan pilihan yang membabitkan hal kekeluargaan. Suami hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan, kebajikan isteri & anak-anaknya.  Berikut adalah Firman Allahswt (An-Nisa:34)

"Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya."

Selain itu, nafkah zahir dan batin perlulah mengikut kemampuannya bagi menyediakan keperluan asas seperti makanan, tempat berlindung dan pakaian. Berikut juga adalah Firman Allahswt (Al-Baqarah:233) dimana menyatakan “Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.” Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

Kini, ada segelintir isteri adalah menjadi penghuluwati dalam institusi kekeluargaan kerana bagi mereka segala perancangan yang terbaik adalah datangnya daripada mereka sendiri. ketidakpercayaan dan ketidakkeyakinan terhadap keupayaan suami akan membuatkan isteri memainkan peranan tersebut bagi menentukan perancangan, pemilihan & membuat keputusan. Justeru itu, kepimpinan dan kekuatan dalam rumah tangga diletakkan atas bahgu suami agar keluarga dapat dipimpin ke arah mendapat keredhaan Allahswt.




Boleh ke DOKTOR LELAKI sambut kelahiran??

Assalamualaikum,

harini mumi terpanggil untuk wat coretan mengenai doktor lelaki sambut kelahiran... Boleh ke?? itu la persoalannya.. so mumi ada riki2 dalam blog.. ada yang menyatakan layanan doktor perempuan tidak seberapa baik berbanding doktor lelaki.. tambahan pula bersikap kasar, ganas dan tidak mesra.. mmm... its truth!! sebab mumi pernah berpengalaman begitu.. cara dan perlakuan doktor perempuan lebih kasar sedikit (mungkin mereka2 tu berasa.. ala.. sakit sikit je.. aku pon rasa beranak jugak!! huhuhu...) .. so sikap perihatin tu ada terkurang sikit disitu.. tetapi bagi doktor lelaki.. mereka lebih memahami.. lebih hormat dan mesra dengan setiap pesakitnya.. kata-kata yang digunakan oleh doktor lelaki lebih sopan okay.. yups, mumi setuju sebab ketiga2 anak mumi sume disambut oleh doktor lelaki.. mumi pernah cuba nak ambil doktor perempuan.. tetapi sekali dah terkena.. mmg rasa serik.. better lelaki la!! En.dedi pon setuju.. xgemar cara doktor perempuan periksa pesakitnya.. itu based on pengalaman mumi.. tetapi jika ada doktor perempuan yang baik, ok dari segi perilakunya dengan pesakit.. mumi pon nak juga doktor perempuan sambut kelahiran anak mumi oleh mereka.. setakat ini bila ditanya, pasti doktor perempuan akan fully booked!! so redha je la dapat doktor lelaki as long anak & ibu selamat.. kan2x... hasil carian dalam blogger, mumi terbaca soal/jawap mengenai isu ini:

Asal hukumnya, pesakit wanita hanya boleh berjumpa dengan doktor wanita, melainkan :-

  • Jika kurangnya kepakaran yang terdapat pada doktor wanita tersebut, maka dibenarkan memilih doktor  lelaki. Mahramnya dikehendaki berada disampingnya semasa berjumpa dengan doktor tersebut.
  • Jika tiba-tiba sahaja ingin bersalin dan hanya doktor lelaki sahaja yang berada di hospital pada masa itu, maka dibenarkan doktor lelaki merawatnya atas dasar kecemasan
 Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh pernah berkata:

“Doktor wanita hanyalah merawat wanita sahaja dan doktor lelaki hanyalah merawat lelaki sahaja, melainkan didalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghadapi penyakit dimana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, dalam kes ini adalah dibenarkan. 

Firman Allah :
‘Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa’ “.[Fataawa ‘Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, ms 29].

Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera.. mana yang anda mahu.. jika mmg kekurangan kepakaran doktor perempuan di sebuah hospital berkenaan.. boleh la anda memilih doktor lelaki, itu pon mendapat keizinan suami kita.. better berbincang terlebih dahulu.. ada sesetengah suami tidak suka aurat isterinya dilihat oleh doktor lelaki.. Secara rasionalnya, kita lihat semua ini atas sebab perubatan tetapi perlu pastikan setiap appointment perlu la ditemani oleh mahram kita okay..



boleh rujuk disini:
https://soaljawab.wordpress.com/2007/07/06/doktor-lelaki-sambut-kelahiran/


Friday, July 1, 2016

Throwback menu iftar

Alhamdulillah.. Ramadhan tahun ni.. en.dedi banyak spend time beriftar bersama-sama dgn kami semua.. bila dapat makan bersama-sama mumi kene la rajin memasak.. hahahhaa... anak2 pon masing-masing kuat makan.. ade aje yg mereka request.. diantara menu2 yg mumi suka masak & senang penyediaannya seperti sambal ayam, sayur campur (mesti kene taruk lobak sbb fav anak teruna qaleef), sup ayam, kari ayam/daging/kambing, masak lemak cili api (ikan/ayam), mee/bihun goreng, spaghetti bolognese,mee kari (fav en.dedi) &sebagainya. haaaa.. pix bawah nih hasil2 masakan mumi.. kikiki... agak2 ade selera tak??

speggeti bolognese
sup ayam

steam fish
kari kambing
nasi ayam
mee goreng

sayur campur+ sambal sotong+kaki ayam goreng
sup telur&sayur


Pulut & Kuah Durian

Yummies!!!

Disebabkan teringin sgt nak makan so mumi decide nak wat dessert after beriftar... memandangkan ada saki baki buah durian.. so apa lagi kupas durian & ambil isinya.. capai periuk pengukus & periuk kecik memulakan operasi.. nih resepinya.. kang terliur plak u'oll.. hehhehe

Pulut:
Pulut (2 pot kecik utk 3/4 org makan) -sepatutnye kena rendam.. tp mumi xsempat nk rendam so basuh2 then terus masuk dalam periuk pengukus.. bila nak hampir masak.. mumi keluarkan pulut tersebut & masukkan sedikit santan& garam (kasik lemak2 skit).. then masukkan semula ke dalam periuk pengukus sehingga masak ya..




Kuah Durian:
6-8 ulas isi durian
1/4 gula kabung/merah
1@2 sudu gula pasir
1 kotak kecil santan
sedikit air (ikut kepekatan)
garam & daun pandan

cara-cara: mumi akan ramas dulu isi durian tp xperlu buang bijinya ok.. then masuk dalam periuk.. masukkan sekali sedikit air+gula+daun pandan.. tunggu mendidih.. masukkan gula kabung, garam & gula pasir.. agak2 da cair gula baru masukkan santan dengan api perlahan.. kene sentiasa kacau supaya santan tidak bergumpal okey.. then rasa la ckop manis or tidak... kalu dah okay.. tutup api !!

sedia dihidang bersama pulut seperti gambo di atas.. hehehhe...

Malam 7 Likur & Lailatul Qadar

Alhamdulillah...

Harini adalah Ramadhan ke 26.. maknanyer lagi 4 hari kita sebagai Umat Islam menyambut kedatangan Syawal : Hari Raya Aidilfitri. Kata orang-orang terdahulu....Malam 7 likur merupakan tradisi warisan lama orang Melayu iaitu dengan memasang lampu pelita semasa bulan Ramadhan terutama pada 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kebiasaannya malam 7likur biasanya diamalkan di kampung-kampung yang mana hampir keseluruhan rumah akan disinari dengan cahaya lampu/ pelita  terutama menjelang Syawal.

Biar apa pun orang nak berkata, tradisi menyambut Malam Tujuh Likur akan diteruskan oleh orang2 yang tahu menghargai adat resam Melayu supaya tidak hilang ditelan zaman... betul tak?? Yang hendak mencaci mengata tu takkan berhenti untuk mencari salah dan silap orang lain sebab dia merasakan perasan dirinya adalah cukup sempurna.


Lailatul Qadar adalah malam yang agung iaitu malam yang penuh kemuliaan. Ibadah di dalamnya lebih baik daripada ibadah selama seribu bulan. Sebab tu lah secara tidak langsung di suruh menghidupkan malam 7 likur ni dengan memperbanyakkan ibadat ikut cara sendiri. Tapi kalau konsep ibadat disempitkan hanya pada solat sunat, membaca al-Qur’an, beriktikaf dan sebagainya... kesian pula pada kaum-kaum wanita-wanita jika diberikan cuti uzur oleh Allahswt. Adakah mereka tak ada peluang untuk mendapatkan pahala seribu bulan tu?.. Oleh itu, kita xboleh membuat kesimpulan sendiri.. ada caranya bagi wanita-wanita yang uzur untuk mendapat/menikmati lailatul qadar. Insyallah.. Allahswt itu maha mengasihani dan maha mengerti serta adil saksama kepada semua.

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah menjelaskan tentang Lailatul Qadar tersebut:

 مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa yang menunaikan solat malam di Lailatul Qadar imanan wa ihtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)

 تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
 "Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari Ramadhan." (HR. Al-Bukhari)

Insyallah..moga dikalangan kalian semua.. memperolehi amal ibadat yang diterima oleh Allahswt. MemperingatiNya setiap saat adalah lebih baik dengan melafazkan zikir-zikir kebesaran Allahswt..

.....2015 vs 2016

Ya Allah... dah lama xupdate blog nih.. byk yang mumi terima comment dan baru harini mumi publishkan... maaf sesgt.. kesibukan menguruskan rumah tangga dan anak2 buatkan mumi xsempat nak mengadap komputer utk update semula blog mumi...

Alhamdulillah di dalam bulan Ramadhan tahun ini, tiba2 terlintas di hati mumi untuk log in semula blog mumi.. alangkah terkejutnya byk comment yang masuk dan ade yang mumi da reply... ada comment yang tahun 2014 la.. 2015 la.. hehehe.. maaf sesangat ok... i'll try my best untuk log in & update semula blog2 mumi dari masa ke semasa.. insyallah.. ada info yang baik.. or promosi yang best mumi akan publishkan di sini... harap2 kesibukan kerja di pejabat dan dirumah tidak memberi halangan kpd mumi untuk update yer.. dengan harapan ada la orang yang membaca blog ini.. :)