Monday, March 25, 2013

kepadaMu aku berserah...



Ya Allah.. 
hatiku ini memanggil2 namaMu.. 
hatiku ini merindu saat untuk berhadapan denganMu..
kepadaMu aku bersujud..
kepadaMu aku berserah segalanya..
kepadaMu untuk aku bertakwa..
kepadaMu untuk aku berlindung..

Ya Allah..
Aku ingin menemuiMu di sana..
terima la kunjunganku bila tiba waktunya..
hatiku sayu untuk mengungkapkan..
hatiku sebak bila mengenangkan..
hatiku tunduk kepadaMu, Ya Allah..

tiada yang lebih membahagiakan
melainkan mendapat keampunan dariMu..
tiada yang lebih sempurna jika
amal dan ibadatku diterima olehMu..
berila aku kekuatan untuk berhadapan dengan Mu..
berilah ku hidayah dengan cahaya nurMu 
berila ku kesempatan untuk menjadi tetamu Mu Ya Allah..


gemoook.. debab.. bam3x.. chubby...???

yang mana satu pilihan anda.. dengan title gemok..?? debab?? bam2x?? or chubby?? hehhee.. mmm xsuker... lately nih my weight gained ke tahap maxsimum.. warghhh xmo la... camne nih.. sebenarnya mumi lately nih suda xambil any supplement utk mentenkan body.. any vitamin pon mumi xmakan.. memandangkan my kids kini suda membesar dan sibok nak baby2.. so mumi batalkan niat utk berdiet or else.. just mantainkan badan dengan cara neutral.. sometimes effective and sometimes not .. :( sebab nafsu makan makin memuncak2... kikiki.. my cheek pon makin tembam n membulat + double chin lagi... sedeh giles!!

kalu gemok sebab pegnen okay la kan.. best la gak.. nih gemok coz banyak sangat lemak.. hahahhaha... half of my baju kurung moden da sendat and rasa rimas bila pakai.. so rite now im preparing find a new clothes like baju kurung, tshirt n jeans.. baju kurung yang suda kecik tu (hehhe) mumi da asingkan kat others wardrobe... itu ler degil sangat sbb mumi sume tempah baju mmg ikot cutting body mumi.. then bila da tergemok nih.. abis la da xboleh nak melaram lagi.. huhuhu... nak ambil pix pon mesti kena angle yg betol.. kalu nampak gemok tu xtergamak rasanya nak upload pix tu dalam FB or else.. hehhee...

so i make my wish come true... i need xtra equipment for my fitness.. :)  las friday, mumi n my bos tecik g la jejalan kat alamanda.. g singgah kat concept fitness n takasima fitness.. ada one of equipment tu mumi suda tergoda.. so mumi decide mau memilikinya.. tapi berjaya ke dapat menguruskan badan.. tapi nak sedapkan hati sekurang2nya muminya caloriesnya boleh reduce n boleh check body fat sekali... bila mumi ckap dgn mr.dedi.. dia gelakkan mumi.. ceess!! bengang jer.. bak kata dia.. ala.. mumi tu hangat2 tahi ayam jer.. kang dua minggu je pakai benda alah tu.. then selebihnya tlg lapkan habuk jer.. huhuhu... wargghh!!! terasa panas je telinga mumi.. hehhehe.. tapi sume tu cabaran dari mr.dedi.. so mumi kene buktikan la.. xpe2.. mumi nak order gak equipment tu.. yang penting en.dedi half2 dengan mumi pon okay gak... hehehhe...


A Thousand Years Lyrics Christina Perri

.... love this song.. sometimes it really means in my life.. 


Heart beats fastColors and promisesHow to be braveHow can I love when I'm afraidTo fallwatching you stand aloneAll of my doubtSuddenly goes away somehow
One step closer

(Chorus)I have died everydaywaiting for youDarlin' don't be afraidI have loved you for aThousand yearsI'll love you for aThousand more

(Verse 2)Time stands stillbeauty in all she isI will be braveI will not let anythingTake awayWhat's standing in front of meEvery breath,Every hour has come to this

One step closer

(Chorus)I have died everydayWaiting for youDarlin' don't be afraidI have loved you for aThousand yearsI'll love you for aThousand more

And all along I believedI would find youTime has broughtYour heart to meI have loved you for aThousand yearsI'll love you for aThousand more

One step closerOne step closer

(Chorus)I have died everydayWaiting for youDarlin' don't be afraid,I have loved you for aThousand yearsI'll love you for aThousand more

And all along I believedI would find youTime has broughtYour heart to meI have loved you for aThousand yearsi'll love you for athousand more


Penghujung bulan MAC

sebelum final exaam bulan april nih so mumi merajinkan diri untuk membaca novel.. nih pon gara2 menghabiskan baucer buku 1 Malaysia bernilai rm250.. byk gak la mumi beli bacaan ilmiah... suka ssgt.. harap2 akan datang ader lagi baucer buku ni... sure student2 sume bertepuk tangan n tersenyum lebar time terima baucer buku nih.. hehehhe... termasuk la mumi... :)  so antara buku novel yang sempat mumi baca:

(i)  'DIA BUKAN SUAMIKU' - mmm... boleh bagi 7/10.. jalan cite menarik tapi susunan ayat tu agak membosankan.. banyak gak la mumi skip2 page so baca yang mana interesting ajer.. huhuhu jgn marah.. novel ini mengisahkan seorg remaja yang bertugas di jepun yang menjadi rebutan lelaki Jepun dan Malaysia...  mulanya perasaan benci pada jejaka jepun menguasai diri N tapi kelamaan perasaan benci bertukar cinta dan sayang.. banyak dugaan semasa perhubungan mereka sehingga ada jejaka melayu nih mengaku bahawa N adalah isterinya.. akhirnya sumanya terbongkar semasa hari pernikahan N.. tapi pada hari tersebut juga N dilarikan oleh jejaka Jepun nih... hahhaha... endingnya... N dan jejaka jepun ni disatukan juga walaupun mulanya mendapat tentangan daripada ibu bapanya...

(ii) "AKU DUDA KAU JANDA" - wahhh cite nih mumi bagi 10/10 sebab best n sedih... 1st stage rasa marah dan geram kerana masih ada lg ke perempuan yang sebaik H.. addoooii.. susunan ayat yang berbunga da senang difahami.. senang nak imagine.. sbb tu la sampai menitik air mata mumi hahahha... rasa diri kita ditempat H.. pengorbanan sebagai seorang kawan, seorg isteri dan kemudian bertukar kepada gelaran janda.. banyak peristiwa yang menyakitkan hati dan mengembirakan hati H... endingnya, disatukan dengan orang yang dia betul2 cintai setelah masing2 suda bergelar janda dan duda.. tapi hakikatnya mereka masih dara dan teruna.... :) best ending... alhamdulillah..

(iii) "ABAH ADIK NAK KAHWIN!" - mmm.. cite nih plak kelakar ssgt..gaya bahasa yang sempoi.. seronok la membaca asyik nak tersenyum jer.. hehehe.. mengisahkan sorg gadis yang mahu berkawin tanpa bercinta dengan bakal suaminya.. ikotkan si gadis F nih seorg yang sempoi mulut laser, anak bapak, xtahu memasak dan seorg yg lasak... after abis belajar di U dia dengan kawan2 baiknya telah deal sapa yang kahwin lambat sekali.. kwan2 yang lain xkan dtg time wedding tersebut.. so F seboleh2nye mahu berkawin memandangkan hanya tinggal dia dan S sahaja belum berkawin.. sebelum ni F telah jatuh cinta dengan pemuda online tapi tetiba pemuda tersebut telah pon berkawin so dia sikit keciwa la.. nak dijadikan cerita F telah bertemu dgn jejaka A dan akhirnya F sendiri mengofferkan dirinya untuk berkawin dgn A memandangkan sebelum ni jejaka A telah putus tunang. so ikatan telah terbina dan terus melangsungkan perkahwinan dalam tempoh yang singkat.. tetapi dlm tempoh  awal perkahwinan mereka masih belum tdo sekatil.. kata F dia takot nak lalui saat bersama... hehehe.. so terpaksala suaminya menelan air liur ajer.. huhu.. dugaan datang xterduga dengan kemunculan bekas tunang suaminya A.. so mcm2 la peristiwa.. dgn peristiwa tersebut hubungan dan syg F kepada suaminya makin mendalam... endingnya F tetap bersama dgn suaminya walupon ada ribut petir melanda dalam perhubungan mereka.. hahahhaha...

Tuesday, March 12, 2013

bread pudding.. yummy

1st time try wat puding roti..
alhamdulillah la menjadi.. hehhee
my kids pon suka makan puding roti ni + aiskrim..
sungguh yummy k..


so u all nak tahu ke resepinyer??? hahahha.. senang jer..
simple pudding.. tapi memberi makna yang mendalam.. ceees!!

roti gardenia (pastikan setiap kepingan roti disapukan mentega)
bahan A
1 tin susu cair
4-6 sudu besar susu pekat
2 biji telur
kismis
badam / almond
1 sudu kecil perisa vanila
bekas loyang disapukan mentega

vanilla sauce
1 tin susu cair
susu pekat as penambah perasa
perisa vanila
tepung jagung


cara: 
campurkan susu cair, telur, vanilla.. sebatikan kesemuanya.. 
tambahkan susu pekat n rasa kemanisannya.. 
roti di kerat 4 n letakkan di loyang 
masukkan bahan A secara berperingkat
taburkan kismis n almond di ikuti roti dan bahan A sehingga abis..
lenyek2 roti tersebut dengan garfu supaya roti tu serap bahan A tadi..
gunakan oven kepanasan 180'c selama 20 minute..

vanila sause tu panaskan di atas api perlahan.. 
masukkan susu cair n susu pekat.. masukkan tepung jagung (ikot kepekatan yg anda suka)

selamat mencuba... :)

Putrajaya-Penang-Putrajaya

end of Februari


mumi ditugaskan bekerja rasmi di Pulau Pinang...  las minute en.dedi kata dia terpaksa attend meeting on Friday n weekend tu dia ader bisness discussion.. so terpaksa la mumi cari kengkawan, niece, nephew untuk bantuan/temankan mumi g penang.. at last, my niece n nephew pon setuju nak ikot g penang memandangkan dorg tu xpernah lagi jejak kaki ke sana... hehhee.. so terpaksa la mumi kene DRIVE dari putrajaya ke penang... wargghhhh.. memula tuh mmg menakotkan.. cam2 la dalam kepala nih dok fikir yg bukan2.. huhuhu... lastly kene gak kuatkan semangat almaklum la hal kije.. terpaksa jua... layan je la pix nih..

nih da sampai ke jambatan pulau pinang.. alhamdulillah selamat gak sampai yer...

21 Februari 2013..

alhamdulillah... las february aritu..
my girl turns 4 dis year..
HAPPY BESDAY to QAIRA SOFEA DHAMIRA...
u grow sweeter with each passing years.. 
we always be by your side and love u more..

so we all celebrate @home.. en.dedi yang wat surprise 
sampai terkejut kakak time tgk cake besday dia..
so suuweet.. mumi terharu..








btw, mumi harap kakak jadi anak yang baik...dan 
insan yg berguna pada agama, bangsa dan negara..
amin...

DEMAM...

SORRY, coz da lama xupdate story mumi.. terus silent since januari till mac.. bukannya apa cuma mumi bz kene settlekan assignment.. so xsempat mumi nak log on blogger nih :(.. tapi pe2 pon... mumi tetap cam biasa jer... makin berseri2... makin happy... makin ceria... (iyeee kee?? hehhehe).. cuma nak update kat sini... sejak kebelakangan nih, my son la selalu kene demam selsema.. bila malam jer suhu badan naik mendadak.. panas yang amat... merengek2... bole dikatakan mumi pon xtido lena la dibuatnyer.. ada terbaca petua yang boleh digunakan untuk kanak-kanak termasuk orang dewasa juga di dalam ratuhati.com ... so mumi pon ade la cuba gak cara yang ditunjukkan so kat sini mumi nak cite la sikit cara2 nya okay...

 jika anak anda demam panas.. cara yang pertama perlu la menurunkan suhu badan anak kita tersebut dengan segera. kebanyakkan ramai  menggunakan kaedah menuam dengan air yang sejuk tapi kesannya memakan masa yang agak lama untuk menurunkan suhu kan.. oleh itu, mumi guna cara atau petua yang mumi baca.. mumi kalu boleh elakkan memberi anak mumi ubat antibiotik.. kalu leh biar anak kita  gunakan imunisasi badan sendiri untuk mentang penyakitnya.. jangan kerap guna bantuan ubat..

mumi ambik sehelai kain.. rendamkan kain di dalam putih telur sahaja.. (kalu leh tuala kecil kanak2).. pastu letakkan kain yang lembab dengan telur putih ke telapak kaki anak kemudian pakaikan stokin. di fahamkan telur putih akan menyedut bahang kepanasan terus dari dalam badan dan suhu badan anak kita akan menurun dalam masa 30 minit. jika suhu badan anak masih panas, cuba untuk kali kedua tapi pastikan kain tersebut dilembabkan dengan telur putih ya..  Insya Allah suhu badan anak kita tadi akan menurun dan yang pastinya ibu bapa menarik nafas lega kerana tidak perlu terkejar2 ke hospital.

bila anak2 mumi demam mumi apply apa yang diajar.. alhamdulillah suhu badan cepat menurun.. tapi keesokkan paginya mumi tetap akan bagi ubat demam takot anak kita akan demam berlarutan.. untuk penggunaan ke atas orang dewasa.. mumi lom cuba lagi.. hehhehe... :)