Tuesday, April 30, 2013

bencana yang sering terjadi pada anak-anak

di sini mumi nak bercerita tentang bencana yang mungkin berlaku jika ibu bapa cuai dalam penjagaan terhadap anak-anak mereka.. pernah terjadi kepada mumi n en.dedi juga bila keadaan begini berlaku sebagai ibu bapa kita perlu tenang menghadapi situasi ini.. jangan panik jika sesuatu berlaku sebaliknya bertindak pantas ke atas anak kita.. bencana yang dimaksudkan oleh mumi adalah seperti:

(i) keracunan
anak keracunan akibat termakan atau memakan benda-benda yang merbahaya seperti ubat-ubatan, pembunuh kuman atau serangga lain-lainnya. boleh juga anak-anak terminum meminuman yang berbahaya seperti minyak gas, minyak benzin, minyak cat atau lain-lain.. maka kesemua barangan yang merbahaya pada anak-anak kita perlula diletakkan di suatu tempat yang tinggi atau berkunci.. jangan sesekali dedahkan barangan yang boleh menyebabkan keracunan kepada anak-anak kita.

(ii) terkena kejutan elektrik
hampir kesemua keperluan rumah menggunakan elektrik.. maka kadang kala anak-anak cuba untuk meniru tingkah laku ibu bapanya.. oleh kerana mereka tertarik dengan suis elektrik, kebiasaanya anak cuba menyucuk suis elektrik dengan benda yang ada seperti besi, dawai, kayu.. oleh itu boleh mengakibatkan litar pintas atau sebagainya.. keadaan ini amat merbahaya kepada anak-anak dan juga seisi keluarga.. maka ibu bapa perlu berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghindari kejadian yang tidak diingini..

(iii) tertelan dan menelan benda asing/keras
tertelan benda-benda asing seperti guli, biji rambutan, gula-gula boleh menyebabkan anak tercekik sehingga tidak boleh bernafas. dan kalau pertolongan pertama lambat diberikan nyawa anak tidak mungkin dapat diselamatkan.. oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui cara-cara untuk membantu anak-anak jika mereka tercekik benda asing.. kejadian ini pernah berlaku pada mumi.. ketika kakak berusia 2 atau 3 tahun xsilap mumi la dimana pernah tercekik gula-gula.. kebetulan mumi suda terbaca n mendapat info bagaimana menghadapi situasi ketika anak-anak tercekik benda asing.. alhamdulillah mumi berjaya mengeluarkan gula2 tersebut dengan menepuk di belakang badan anak dengan cara menonggengkan badan anak sedikit.. kecut perot juga la mumi tapi alhamdulillah semuanya selamat.. syukur kepadaMu ya Allah.

(iv) mengalami luka atau terhiris
luka dan terhiris benda yang tajam juga sering berlaku pada anak-anak kita jika tiada perhatian yang wajar daripada ibu bapa. anak-anak di bawah 3 tahun sering menganggap benda-benda ini adalah barang mainan tanpa menyedari kesannya. hal ini juga merbahaya kepada anak jika tertusuk benda yang tajam. kecuaian ibu bapa yang membiarkan anak-anak bermain benda yang tajam akan terjadinya kejadian yang tidak diingini.


perkembangan kanak-kanak umur 3 hingga 5 tahun

memandangkan kakak suda 4 tahun dan aboy suda 3 tahun... so kat sini mumi nak kupas skit tentang perkembangan anak2 yang telah mencapai usia 3 hingga 5 tahun... setahu mumi pada usia ini, anak mula melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan sifatnya.. ia mempunyai keinginan besar untuk bergerak, bermain dan mendalami pelbagai perkara.. kepercayaan diri anak mula timbul apabila dia berjaya menghasilkan sesuatu dengan sendiri.. anak juga belajar untuk mengekspreskan dirinya dengan lebih jelas dan mula belajar untuk berimaginasi.. seperti kakak, kadang kala kelakuannya menimbulkan keraguan pada mumi sebab imaginasinya tinggi hingga tak terfikir oleh mumi.. kdg2 lucu pon ada tapi sebagai seorang ibu kita kena menggalakan imaginasinya supaya ianya terus berkembang..

ketika ini juga mumi dapat mengajar anak meluahkan perasaan.. secara perlahan dia akan mula memahami nilai dan norma yang berlaku dalam keluarga.. dengan ini juga, anak2 akan mula mengerti tentang konsep BENAR dan SALAH yang mana boleh atau yang mana tidak boleh dilakukan.. anak juga mula mengenal kata hati dan rasa bersalah.. selain memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa, anak dalam usia ini juga memerlukan rakan-rakan sebaya untuk bermain bersama. di samping itu, anak seusia ini memerlukan alat dan tempat bermain yang dapat mengembangkan kemampuan motor, emosi, sosial dan kecerdasan minda.. jadik para ibu bapa jangan sesekali sekat kemampuan anak2 anda.. berilah mainan yang mampu untuk menguji kebolehan dan kemahiran seperti permainan lego.. 



Monday, April 29, 2013

Alhamdulillah...

Sejak kakak da masok playschool.. semangatnyer lain mcm lak dis week.. harap2 berterusan sampai hujung tahun ye kakak..

Yg lebih tersentuh hati.. katanya nak sembahyang dengan mumi... Ya Allah..menetik air mata nih bila kakak mahu solat bsama mumi.. so sejak dia da bsemangat nak solat... so mumi slow2 ajar dia membaca n mgenal huruf.. alhamdulillah.. moga dipermudahkan segalanya...

Mumi doakan kakak jadik anak yg baik.. solehah.. dan boleh berbakti kpd agama bangsa dan negara.. amin..

Adduuuuhhh...

Itu yg dikatakan malang tak berbau...
Sian kat aboy... abis dahi dia bengkak dek kerna terhantuk kat kerusi umah ibu pengasuh... so nak salahkan sape??? Mmg budak2 tecik camnih kuat bermain n lasak.. so mumi xbole nak kata aper... cuma sian kat aboy... badan malam nih pon da mula rasa panas... mgkin akan demam terkejut koot... tp mumi harap imunisasi aboy kuat... kuat semangat yer syg!!

short vacation April 2013

after je final exam..
mumi terus berangkat ke bandung, indonesia..
ikotkan planning en.dedi g sekali tapi apakan daya
atas urusan kerja so mumi kna g sorg sbb xmo membazir 
tiket flight suda di bayar.. mertua mumi pon ikot sekali so kami bertiga la
jejalan di kota bandung.. atas tajaan en.dedi.. 
dapat la mumi shopping2 barang kakak n aboy 
dan keperluan mumi skit...

mmg penat la berjalan.. sampai saket tapak kaki mumi nih..
kami bertiga menginap di HOTEL ORANGE HOME..
harga 1 malam lebih kurang dlm rm50 termasuk bekfas untuk 2 org
tapi yang xbestnyer hotel nyer jauh ke dalam dari jalan besar..
so sesiapa yang plan untuk menginap di orange home kene la bwak bekalan makanan
skit.. coz malam2 susah dah nak berjalan keluar n kedai mknannyer pon jauh la sgt..
tempat2 yang sempat mumi n mertua tinjau2 di bandung:

*pasar baru (lebih kurang 30minute dari hotel kami).. sakan beli kain ela like chiffon/cotton/silk
*Toko 3 terkenal dgn jeans..(tapi mumi xberkenan sgt sbb harga jeans levi's lebih kurang harga msia je then kali nih harga nyer tinggi ssgt... :( xbest... )
*Rumah MODE byk baju branded like ZARA/GUESS/RL/POLO/GAP regenya pon berpatutan.. mumi sgt teruja dengan pakaian kanak2 yang sgt chantek... smpai rambang la mata mumi dok pilih2..
*herritage FO,the summit FO, Terminal Tas FO, The secret FO.. terpulang pada citarasa pengguna.. tapi mumi suka masok kat the secret sbb sungguh selesa.. regenyer pon berpatutan.. 
*Prima rasa.. sempat sambar brownies cake (mmg terbaek), brownies cheese cake, macaroon (best gak), durian ballen n pisang ballen (mmg terbaek lebih2 lagi time panas... terliur!!!)
*Chiempalas / CiWalk.. just ronda2 jer.. baju2 sume xbape best sgt... 
*Paris Van Java.. this place cam JPO (johore premium outlet) tempatnyer exclusive.. rege pon of coz normal price cam kat shopping mall malaysia.. tapi lanskap n view tu cantek la.. boleh je cuci2 mata jab.. tenangkan fikiran...

cam mumi n mertua jenis xkisah bab2 makanan nih..
asalkan tempat tu bersih n makanannyer menarik..
 tapi rege makanan di sana agak mahal la.. lebih2 lagi kalu makan nasi padang
mmg dorg akan charge kita mahal.. nasi ayam penyet pon jadik fav. org m'sia ke sana..
tapi mumi xsempat nak merasa ayam penyet sbb tak teringin pon..
tekak nih mahu makan benda len..

tapi yang xbestnyer bau masakan dorg... arrgghh damn!! 
sungguh memualkan.. alah mengandung mumi kali nih dah la terok skit
so bila terhidu.. aduhhh.. terus nak muntah.. xtahan..
pastu kalu da makan nasik sure nak kuar balik..
24hours kene pegang BALSEM LANG n hidu aroma bam tu jer..

alhamdulillah, segala perjalanan n urusan di sana semuanya selamat
terima kasih juga pada en.dedi kerana bayarkan tiket flight n bagi duit poket 
mumi ke sana.. mumi doakan en.dedi bertambah rezeki lagi.. insyallah..




pemberi rezeki...

alhamdulillah..
dikesempatan ini mumi masih diberi peluang untuk menambah zuriat
mmg target mumi utk dapatkan zuriat pada tahun ini..
umur pun makin meningkat.. jika ditunggu lama2
mungkin agak sukar untuk mendapatkannya dengan
 faktor umur meningkat n hormon yang makin menurun...

alhamdulillah..
khabar berita yang diterima baik oleh en.dedi & anak2..
kakak yang pandai mengomel sudah pandai mengatur kata2..
katanya.. nati kakak jaga baby yer mumi..
kakak watkan susu.. kakak mandikan baby.. 
taruk sabun.. taruk shampoo.. :)
mmm.. yg paling terharu... KAKAK SYG BABY!!

alhamdulillah...
bila ditanya kakak... kakak nak baby apa?
katanya... kakak nak baby gurl la.. cam kakak 
xmo cam aboy (adiknya) hehhehe... 
pandai sangat mahu memilih jantina baby nati ye..detik hati mumi
pe2 pon mumi berserah & xkisah jika baby yang bakal 
kuar nati baby gurl atau boy... asalkan ianya sihat & sempurna..
insyallah.. amin..