Friday, June 29, 2012

perkembangan kanak-kanak antara umur 1-3 tahun

memandangkan aboy da 1 tahun lebih dan kakak dah 3 tahun.. so nak cite la skit pasal perkembangan my kids sepanjang pemerhatian sehingga kini:

1 TAHUN
kanak-kanak yang normal sudah boleh berdiri ketika dipegang dan cuba bangun sendiri apabila ada tempat untuk berpegang atau dengan kata lain belajar bertatih. Kanak-kanak 1 tahun boleh menyebut ‘mama’, ‘dada’, ‘baba’... tapi untuk perkembangan my son... aboy boleh menyebut dada, baba, mama tapi bile suruh menyebut mumi or dedi... xboleh lagi... :P. selain itu, apabila menangis, memberi respon setelah dipujuk seperti memahami dan berminat untuk meneroka seperti memegang dan mahu mengambil benda yang dirasakan baru dilihat. Perkembangan setelah umur 1 tahun 6 bulan pula ialah boleh berjalan dengan baik tanpa sokongan. Boleh memegang botol susu sendiri dan memasukkan putting susu ke dalam mulut dengan sendiri. Begitu juga dengan makanan yang diberikan ditangan seperti biskut lembut dapat disuapkan ke mulut dengan sendiri dan sangat berminat dengan mainan yang boleh dikendalikan sendiri seperti basikal tayar tiga. Betul, semua pergerakan boleh dilakukan dengan sendiri tanpa bantuan.. tapi pada usia ini kadang kala pergerakan si kecil kurang stabil / fleksibel... so selalu kene perhatikan lebih2 lagi kalu si kecil sedang berlari-lari atau sedang bermain-main.. ketika ini, jika kurang perhatian daripada ibu bapa sikecil mungkin berada pada risiko yang tinggi untuk kecederaan.

2 TAHUN
Kanak-kanak normal akan dapat memanjat dan menuruni tangga dengan sendiri dan tidak suka dikawal. Dia mahu melakukannya sendiri, walau bagaimanapun dia perlu dikawal supaya tidak berlaku kecederaan. Boleh menconteng papan tulis dan kertas apabila diberikan pen. Biasanya, dapat bercakap dengan lebih daripada 3 makna perkataan seperti ‘anis sayang ummi dan abah’. Boleh menendang bola, menggigit dan menjerit dengan kuat walau pun dia tidak diusik. Setelah berumur 2 tahun, kanak-kanak dapat bertentang mata apabila bercakap atau berkomunikasi. Selain itu, dia juga pandai mengkelaskan sesuatu yang dilihatnya seperti haiwan berbulu, haiwan berenang, lelaki, perempuan dan sebagainya bergantung kepada proses pembelajarannya setiap hari dengan penjaga. Setuju dengan statement ini, pada ketika ini kanak-kanak mempunyai pergerakan yang stabil dan fleksibel.. berminat untuk bercerita serta berborak mengikut persekitaran sekelilingnya. pada usia ini ibu bapa perlu memberi sedikit penekanan kepada si kecil supaya perkembangan otaknya dapat berkembang dengan lancar. mungkin ibu bapa boleh bercerita/ mendidik / mengajar si kecil tetapi memerlukan kesabaran.. :)

3 TAHUN

Umur 3 tahun biasanya, kanak-kanak boleh melompat-lompat dengan kedua-dua kakinya, boleh berdiri dengan mengangkat sebelah kakinya. Jika diberikan buku, dia dapat menyelak helaian buku satu persatu dan melukis garisan lurus. Setelah berumur 3 tahun, percakapan atau pertuturan kanak-kanak normal sudah lancar dan tahu tentang namanya sendiri. Boleh menjawab apabila dipanggil. Macam my dotter, pada usia ini mulut da macam murai... hehhehe.. pook peeek.. pook peek.. hehhehe... tapi gaya bahasa masih lagi pelat dan kadang-kala menggunakan ayat yang aku pon xfaham.. adoooi... so bila kakak tahu yang kita xfaham apa yang dia cakap.. so si kakak da mula malu2 dan gelak sendiri.. hehehhe... so cute.. tapi sebagai ibu bapa, kita perlu mengajar si kecil bertutur dengan betul dan jangan pula kita terikut2 dengan percakapan si kecil.. so si kecil boleh la belajar dari kesilapan.. :)

informasi daripada myinpirasi.com












1 comment: