Thursday, July 12, 2018

Rumah Pertamaku

alhamdulillah,

baru kesempatan nak update pasal permohonan rumah pertamaku..

Urusan S&P dan pinjaman LPPSA telah dibuat oleh panel peguam yang dilantik. syukur kerana segala urusan dipermudahkan oleh panel peguam yang dilantik tersebut. kerjasama yg diberikan juga amat dihargai daripada pihak kami. Pada Februari 2018, penyerahan kunci rumah tersebut telah diberikan kepada kami dan kami sekali lagi turun ke kediaman tersebut untuk melihat defect jika ada. ikutkan rumah tersebut masih dibawah pengurusan maintenance yang dilantik so segala kerja baikpulih telah dilakukan oleh pihak maintenance. thanks pada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. rumah tersebut telah berjaya dimiliki oleh mumi... yeaah... alhamdulillah!!

after urusan rumah dah selesai, boleh la apply pemasangan air di SAMB dan TNB. kedua-duanya mumi lantik agen bagi pemasangan air n TNB.. senang, cepat dan pantas.. urusan pon dipermudahkan. lega.. bila air dan elektrik dah berjaya dipasang!!.. macam nak joget2 sbb satu kepuasan kan..

So rite now, planning mumi:

1. cari kontraktor untuk buat plaster ceiling di hall atas dan hall bawah
2. pasang wiring lampu/kipas
3. Beli kipas dan lcd lampu - done
4. cuci rumah
5. pemasangan rumput di laman rumah
6. carik safety door di pintu dapur
7. beli railing langsir untuk tingkat atas sahaja
8. kumpul duit untuk beli perabut or decoration
9. teringin nak wat wainscoating tapi tunggu duit jatuh ke riba... warghhh!!


so next progress... akan difikirkan lagi..

No comments:

Post a Comment