Tuesday, April 30, 2013

perkembangan kanak-kanak umur 3 hingga 5 tahun

memandangkan kakak suda 4 tahun dan aboy suda 3 tahun... so kat sini mumi nak kupas skit tentang perkembangan anak2 yang telah mencapai usia 3 hingga 5 tahun... setahu mumi pada usia ini, anak mula melakukan aktiviti yang bersesuaian dengan sifatnya.. ia mempunyai keinginan besar untuk bergerak, bermain dan mendalami pelbagai perkara.. kepercayaan diri anak mula timbul apabila dia berjaya menghasilkan sesuatu dengan sendiri.. anak juga belajar untuk mengekspreskan dirinya dengan lebih jelas dan mula belajar untuk berimaginasi.. seperti kakak, kadang kala kelakuannya menimbulkan keraguan pada mumi sebab imaginasinya tinggi hingga tak terfikir oleh mumi.. kdg2 lucu pon ada tapi sebagai seorang ibu kita kena menggalakan imaginasinya supaya ianya terus berkembang..

ketika ini juga mumi dapat mengajar anak meluahkan perasaan.. secara perlahan dia akan mula memahami nilai dan norma yang berlaku dalam keluarga.. dengan ini juga, anak2 akan mula mengerti tentang konsep BENAR dan SALAH yang mana boleh atau yang mana tidak boleh dilakukan.. anak juga mula mengenal kata hati dan rasa bersalah.. selain memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa, anak dalam usia ini juga memerlukan rakan-rakan sebaya untuk bermain bersama. di samping itu, anak seusia ini memerlukan alat dan tempat bermain yang dapat mengembangkan kemampuan motor, emosi, sosial dan kecerdasan minda.. jadik para ibu bapa jangan sesekali sekat kemampuan anak2 anda.. berilah mainan yang mampu untuk menguji kebolehan dan kemahiran seperti permainan lego.. 



No comments:

Post a Comment