Tuesday, April 30, 2013

bencana yang sering terjadi pada anak-anak

di sini mumi nak bercerita tentang bencana yang mungkin berlaku jika ibu bapa cuai dalam penjagaan terhadap anak-anak mereka.. pernah terjadi kepada mumi n en.dedi juga bila keadaan begini berlaku sebagai ibu bapa kita perlu tenang menghadapi situasi ini.. jangan panik jika sesuatu berlaku sebaliknya bertindak pantas ke atas anak kita.. bencana yang dimaksudkan oleh mumi adalah seperti:

(i) keracunan
anak keracunan akibat termakan atau memakan benda-benda yang merbahaya seperti ubat-ubatan, pembunuh kuman atau serangga lain-lainnya. boleh juga anak-anak terminum meminuman yang berbahaya seperti minyak gas, minyak benzin, minyak cat atau lain-lain.. maka kesemua barangan yang merbahaya pada anak-anak kita perlula diletakkan di suatu tempat yang tinggi atau berkunci.. jangan sesekali dedahkan barangan yang boleh menyebabkan keracunan kepada anak-anak kita.

(ii) terkena kejutan elektrik
hampir kesemua keperluan rumah menggunakan elektrik.. maka kadang kala anak-anak cuba untuk meniru tingkah laku ibu bapanya.. oleh kerana mereka tertarik dengan suis elektrik, kebiasaanya anak cuba menyucuk suis elektrik dengan benda yang ada seperti besi, dawai, kayu.. oleh itu boleh mengakibatkan litar pintas atau sebagainya.. keadaan ini amat merbahaya kepada anak-anak dan juga seisi keluarga.. maka ibu bapa perlu berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghindari kejadian yang tidak diingini..

(iii) tertelan dan menelan benda asing/keras
tertelan benda-benda asing seperti guli, biji rambutan, gula-gula boleh menyebabkan anak tercekik sehingga tidak boleh bernafas. dan kalau pertolongan pertama lambat diberikan nyawa anak tidak mungkin dapat diselamatkan.. oleh itu, ibu bapa perlu mengetahui cara-cara untuk membantu anak-anak jika mereka tercekik benda asing.. kejadian ini pernah berlaku pada mumi.. ketika kakak berusia 2 atau 3 tahun xsilap mumi la dimana pernah tercekik gula-gula.. kebetulan mumi suda terbaca n mendapat info bagaimana menghadapi situasi ketika anak-anak tercekik benda asing.. alhamdulillah mumi berjaya mengeluarkan gula2 tersebut dengan menepuk di belakang badan anak dengan cara menonggengkan badan anak sedikit.. kecut perot juga la mumi tapi alhamdulillah semuanya selamat.. syukur kepadaMu ya Allah.

(iv) mengalami luka atau terhiris
luka dan terhiris benda yang tajam juga sering berlaku pada anak-anak kita jika tiada perhatian yang wajar daripada ibu bapa. anak-anak di bawah 3 tahun sering menganggap benda-benda ini adalah barang mainan tanpa menyedari kesannya. hal ini juga merbahaya kepada anak jika tertusuk benda yang tajam. kecuaian ibu bapa yang membiarkan anak-anak bermain benda yang tajam akan terjadinya kejadian yang tidak diingini.


1 comment:

  1. Excellent, what a blog it is! This blog provides valuable information to us, keep it up.


    My homepage - ralph lauren outlet

    ReplyDelete