Tuesday, May 28, 2013

....ke makam wali songo di Indonesia

alhamdulillah..
dikesempatan ini mumi berpeluang menyertai pakej ziarah
ke makam wali songo di indonesia..
jika anda tidak mengetahui apa yang dimaksudkan dengan wali songo..
disini mumi simpulkan skit latar belakang wali songo ya..

Walisongo (Sembilan Wali) yang dikenal sebagai penyebar agama Islam di tanah Jawa pada abad ke-17. Mereka tinggal di tiga wilayah penting pantai utara Pulau Jawa, yaitu Surabaya-Gresik-Lamongan di Jawa Timur, Demak-Kudus-Muria di Jawa Tengah, dan Cirebon di Jawa Barat. Kawasan ini adalah laluan perjalanan dari Surabaya ke Pati-Demak-Kudus-Malang-Surabaya. Walisongo adalah simbol penyebaran Islam di Indonesia, khususnya di Pulau Jawa. Peranan mereka sangat besar dalam mendirikan Kerajaan Islam di Jawa, juga mempengaruhi kebudayaan masyarakat serta dakwah. Walisongo berarti sembilan orang wali. Mereka adalah:

1. Maulana Malik Ibrahim
2. Sunan Ampel
3. Sunan Giri
4. Sunan Bonang
5. Sunan Dradjad
6. Sunan Kalijaga
7. Sunan Kudus
8. Sunan Muria
9. Sunan Gunung Jati

Kesemua wali ini tidak hidup dalam waktu yang sama tetapi mereka mempunyai kaitan rapat seperti hubungan darah dan juga diantaranya adalah mempunyai hubungan guru dan murid.


sumber utama: WALISONGO PENYEBAR ISLAM DI NUSANTARA / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com


so percutian mumi mengambil masa dalam 7 hari iaitu di surabaya-jawa tengah-jawa barat- bandung-jakarta
flight ke surabaya jam 10.45malam dan tiba di sana jam 12.45malam.. pengangkutan di sediakan daripada Bandara International Juanda Surabaya, singgah minum/makan dan terus melanjutkan perjalanan Ke makam, (1) Sunan Ampel yang terletak di Ampeldelta-Surabaya pada jam 3pagi waktu sana. setiba di sana disambut dengan hujan rahmat dan bagaikan berpesta dengan keriuhan ramai orang yang berkunjung.. bayangkan seawal pagi itu masih ada yang menziarahi dan tidak putus2 orang berkunjung di sana.. sempat juga kami bersolat subuh berjemaah di masjid sunan ampel.. alhamdulillah..

Kunjungan seterusnya ke (2) Makam Syekh Maulana Malik Ibrahim (Sunan Gresik). (3)Sunan Giri Setelah itu perjalanan menuju ke kota Lamongan untuk ziarah ke makam (4) Sunan Drajat, yang kemudian dilanjutkan perjalanan menuju kota Tuban untuk ziarah ke makam (5) Sunan Bonang. hotel persinggahan untuk 1 malam dan makanan yang disediakan adalah nasi padang...

hari ke-2, kami check out hotel jam 8pagi dan terus melanjutkan perjalanan menuju ke makam (6) Sunan Muria, kami dikehendaki menaiki bukit yang bertangga lebih kurang dalam 1.5km ke atas. bayangkan orang2 tua, kanak2 kecil bersemangat sekali menaiki bukit tersebut.. mumi bagaikan mahu pengsan dan sesak nafas kerana tidak larat nak meneruskan pendakian tersebut.. baru la mumi terfikir bagaimana org2 melayu dahulu menyebarkan agama islam dengan semangat yang wajar dan sanggup bersusah payah untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang beragama Islam... Setelah itu perjalanan dilanjutkan menuju Kota Demak untuk ziarah ke makam (7) Sunan Kalijaga di Kadilangu malam kami menginap di hotel tempatan, walaupun hotelnya agak kurang memuaskan tapi boleh la sekadar untuk berehat n tidur..

hari ke-3, kami check out hotel jam 9pagi.. masing2 suda kepenatan dan sakit kesemua badan.. dilanjutkan perjalanan ke makam (8) Sunan Kudus dan Masjid Agung Demak.. alhamdulillah sampai jua mumi di masjid agung demak.. sungguh kagum dengan hasil seni masjid tersebut.. walaupun tidak seindah seperti di mekah tapi hasil bina dan kraftangan masih dikekalkan.. mumi bersyukur dapat bersolat di masjid tersebut.. sempat juga melakukan solat sunat, solat zohur dan solat hajat... terharu n sayu apabila memohon kepada Allah swt supaya dipermudahkan segalanya... terus melanjutkan perjalanan menuju Cirebon yang mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk ziarah ke makam (9) Sunan Gunung Jati, kami sampai di makam sunan gunung jati lebih kurang jam 12.15malam.. suasana di sana agak sunyi berbanding 8 makam yang lain.. peninggalan seperti seramik pinggang mangkuk diperbuat daripada china penuhi keindahan makam tersebut. diceritakan sunan gunung jati telah berkahwin dengan seorang puteri dari china sebab itu lah banyak peningalan barang china. alhamdulillah... selesai hajat untuk ke makam wali songo... so perjalanan kami diteruskan lagi ke bandung yang mengambil masa dalam 10 jam.. so kene la tido dalam van.. sakit pinggang mumi dibuatnye.. wargghh... rasa nak nangis..

hari ke-4, awal2 pagi kami terus ke tengkuban perahu.. menikmati keindahan yang maha Esa.. kagum dengan ciptaanNya.. syukur kerana masih diberi harapan untuk meneruskan kehidupan ini.. sempat la kami membeli belah sedikit sebagai cenderahati untuk kaum keluarga di malaysia.. harganya juga agak berpatutan dan hasil seni kraf nya juga agak bermutu.. mengambil masa dalam 1 jam...yeaaah... kami da sampai ke bandar bandung... check in dulu di hotel sukajadi.. jam 3 petang baru bergerak untuk bershopping... hahhahaha... petang ni kami pergi ke factory outlet sampai jam 8malam singgah makan malam di restaurant nasi padang... waduuuh.. mmg da xlarat nak makan nasi padang lagi... dah xlalu, mual sumenyer ader...

hari ke-5, check out dari hotel terus bershopping di Pasar Baru... dari pagi sampai ke petang.. sempat la sambar bag luggage yang besar dengan harga rm140 dan beberapa pasang kasut en.dedi dan pakaian kanak2+ kain2 ela... singgah sebentar di toko tiga tgk seluar2 jeans then terus ke rumah mode.. en.dedi sambar beberapa helai tshirt.. mak aiii mmg dia tgh borong sakan.. perjalanan kami terus ke jakarta.. selamat tinggal bandung.... warghhhh...

hari ke-6, check in di hotel mangga dua, jakarta jam 2pagi... berehat di hotel then check out dari bilik jam 11pagi.. terus ke mangga dua, pasar pagi... jalan2 ronda2.. sangkut dengan pakaian baby plak.. borong la baju baby hampir rm400.. beberapa helai kemeja yg sungguh stylish.. kasut mumi yang agak comel.. hahhaha... alhamdulillah.. kata dedi rezeki untuk berjalan bersama.. insyallah mahu kumpol lebih banyak duit nati boleh bawak kakak n aboy g jejalan sekali... mumi kata xmo g indonesia... kita g tempat len lak.. xpon g europe... wahhh... besttt!!.. 


No comments:

Post a Comment

Post a Comment