Monday, May 6, 2013

kesihatan yang tidak menentu...

sejak di sahkan mengandung.. kesihatan mumi kurang memuaskan.. demam+selsema+morning sickness.. tiap2 bulan rasanya badan terasa lemah+ malas+ mau tido ajer.. Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar kurniakan lah kesihatan yang baik kepadaku.. rasa terlalu berat nak menanggung dugaan kecilMu itu.. tapi insyallah mumi redha dan terima pelbagai dugaanMu ini kepada ku.. mumi harap moga kesihatan mumi akan pulih dan sihat sentiasa sehingga menanti saat kelahiran baby yg ke-3...

minggu ini adalah minggu pertama untuk mumi jalankan pemeriksaan bagi ibu2 mengandung.. bermakna kandungan mumi mencecah 12 minggu (3 bulan)... mumi juga berharap kali ini tiada komplikasi yang boleh mendatangkan masalah kepada mumi n baby.. kalu dulu masa mengandungkan kakak mumi kene Gestational diabetes mellitus (GDM). so dlm seminggu sekali pasti kene check darah secara berperingkat dari pagi/tengahri/petang/malam.. (ini adalah pengalaman yang memenatkan ketika mengandung)

mengandung untuk kali kedua pula, HB darah merah mumi kurang dari paras normal.. semuanya 10 kebawah.. so nurse yg check mumi asyik dok membebel suh makan ubat n tambahkan darah.. so kali ini, mumi berharap sgt agar kandungan nih sihat dan sempurna hendaknya.. agak tertekan dan stress jika ibu2 mengandung mengalami komplikasi kerana kita akan sentiasa risau akan baby yang dikandung... setiap bulan pasti kita akan tertanya2 adakah kandungan ini akan selamat.. apakah penjagaan seterusnya yang patut aku lakukan.. so setiap pergerakan dan penjagaan perlulah berwaspada sehingga ke trimester ketiga... insyallah, dgn pengambilan ubat dengan betul, penjagaan makanan yang sihat ibu2 mampu menangani masalah ini dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment