Tuesday, August 8, 2017

mampukah untuk berhijrah tempat

Salam 1 Malaysia,

Untuk pengetahuan semua, berhijrah adalah berpindah dari tempat lama ke tempat yang baru. Dalam erti yang lain pula, hijrah bermaksud  meninggalkan satu-satu sikap, kepercayaan, emosi dengan menggantikannya kepada yang lebih baik. Seperti yang diketahui, berhijrah adalah suatu yang dituntut oleh agama. 

''Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan ingatlah, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'' 
(Surah Al-Baqarah: Ayat 218) 

Apabila kita berniat untuk berhijrah seharusnya perlu tulus dari hati menuju ke jalan Allahswt, dengan cara meninggalkan segala perkara dan mengikhlaskan diri untuk beribadah terhadap Allahswt dan menetapkan hati hanya kepada-Nya tempat berlindung dan tempat memohon pertolongan. Selain itu, meniatkan hati untuk mencontohi sifat para Rasul dengan menunjukkan teladan yang terbaik dari segi akidah, akhlak, dakwah, politik, syariat dan muamalah. 
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Sesungguhnya hijrah itu bukan sahaja satu permulaan namun ia adalah satu pengorbanan buat kita sebagai umat islam terhadap Allah SWT. Ianya bukan sahaja berhijrah ke tempat baru tetapi penghijrahan iman itu juga perlu ada dalam diri kita.

Ya Allah, aku memohon diberi petunjuk dan jalan supaya keraguan ini tidak membelenggu dalam diriku. Berhijrah ke suatu tempat yang baru adalah sukar untuk kami sekeluarga dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru. Ya Allah permudahkan la segala urusan ku ini.. moga penghijrahan ke tempat yang baru adalah lebih baik daripada keadaan sekarang. Moga rezeki sentiasa mengiringi kami sekeluarga. aamiin


No comments:

Post a Comment