Wednesday, August 29, 2012

How to care of LV handbag..

Salam 1 Malaysia, after meriki dan survey2 info.. baru mumi tahu bagaimana untuk menjaga  bag kanvas LV monogram jika terdapat sebarang kekotoran di atas permukaan handbag.. Yang sebenarnya handbag mumi da comot sedikit disebabkan oleh kelasakan my kiddos.. mana x nyer sumtimes dorang terpijak my bag la.. sumetimes terkene coklat/susu mereka la... kalu nak tahu details teruskan membaca yer...

1st of all, beg kanvas monogram daripada Louis Vuitton direka sebagai sebuah bag yang tahan lasak dimana bahagian luar kanvas adalah kalis calar/air. Jahitannya adalah sangat bagus dan amat kukuh. Oleh yang demikian, ia adalah penting untuk menjaga handbag anda dengan mengikuti beberapa tips penjagaan yang betul. Beberapa perkara yang perlu anda ketahui untuk memastikan bag LV mewah anda berada dalam keadaan sempurna dan kekal selama bertahun-tahun di antaranya ialah anda perlu tahu tentang penjagaan bag LV dengan cara yang betul semasa membersihkan bag tersebut.

Tipsnyer:
*gunakan baby wipes 
*Jika terdapat kekotoran atau tertumpah sesuatu di atasnya anda hanya perlu perlahan-lahan mengelap dengan baby wipes atau kain lembap.
*bag kanvas Louis Vuitton  direka kalis air so anda xperlu bimbang!! 
*YANG PENTING sekali, jangan gunakan SABUN atau PELARUT pada beg anda. Berbuat demikian boleh meninggalkan kesan kasar atau boleh merosakkan permukaan beg anda.

Selain daripada memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih, anda mesti menitik beratkan penjagaan harian ke atas beg LV anda . Elakkan mendedahkan handbag anda pada kelembapan berlebihan. Jangan simpan beg anda dalam suhu yang tinggi seperti meninggalkan ia di dalam kereta smasa panas terik matahari. Pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanvas dan lining bertukar warna. Walaupun permukaan beg kanvas yang direka adalah tahan lasak/lama, tetapi penjagaan yang sebaiknya mampu menampakkan handbag mewah anda dalam keadaan yang sgt baik. Dan ingat, sentiasa menyimpan beg LV anda di dalam dust bag yang disediakan. :)

No comments:

Post a Comment