Monday, March 25, 2013

Penghujung bulan MAC

sebelum final exaam bulan april nih so mumi merajinkan diri untuk membaca novel.. nih pon gara2 menghabiskan baucer buku 1 Malaysia bernilai rm250.. byk gak la mumi beli bacaan ilmiah... suka ssgt.. harap2 akan datang ader lagi baucer buku ni... sure student2 sume bertepuk tangan n tersenyum lebar time terima baucer buku nih.. hehehhe... termasuk la mumi... :)  so antara buku novel yang sempat mumi baca:

(i)  'DIA BUKAN SUAMIKU' - mmm... boleh bagi 7/10.. jalan cite menarik tapi susunan ayat tu agak membosankan.. banyak gak la mumi skip2 page so baca yang mana interesting ajer.. huhuhu jgn marah.. novel ini mengisahkan seorg remaja yang bertugas di jepun yang menjadi rebutan lelaki Jepun dan Malaysia...  mulanya perasaan benci pada jejaka jepun menguasai diri N tapi kelamaan perasaan benci bertukar cinta dan sayang.. banyak dugaan semasa perhubungan mereka sehingga ada jejaka melayu nih mengaku bahawa N adalah isterinya.. akhirnya sumanya terbongkar semasa hari pernikahan N.. tapi pada hari tersebut juga N dilarikan oleh jejaka Jepun nih... hahhaha... endingnya... N dan jejaka jepun ni disatukan juga walaupun mulanya mendapat tentangan daripada ibu bapanya...

(ii) "AKU DUDA KAU JANDA" - wahhh cite nih mumi bagi 10/10 sebab best n sedih... 1st stage rasa marah dan geram kerana masih ada lg ke perempuan yang sebaik H.. addoooii.. susunan ayat yang berbunga da senang difahami.. senang nak imagine.. sbb tu la sampai menitik air mata mumi hahahha... rasa diri kita ditempat H.. pengorbanan sebagai seorang kawan, seorg isteri dan kemudian bertukar kepada gelaran janda.. banyak peristiwa yang menyakitkan hati dan mengembirakan hati H... endingnya, disatukan dengan orang yang dia betul2 cintai setelah masing2 suda bergelar janda dan duda.. tapi hakikatnya mereka masih dara dan teruna.... :) best ending... alhamdulillah..

(iii) "ABAH ADIK NAK KAHWIN!" - mmm.. cite nih plak kelakar ssgt..gaya bahasa yang sempoi.. seronok la membaca asyik nak tersenyum jer.. hehehe.. mengisahkan sorg gadis yang mahu berkawin tanpa bercinta dengan bakal suaminya.. ikotkan si gadis F nih seorg yang sempoi mulut laser, anak bapak, xtahu memasak dan seorg yg lasak... after abis belajar di U dia dengan kawan2 baiknya telah deal sapa yang kahwin lambat sekali.. kwan2 yang lain xkan dtg time wedding tersebut.. so F seboleh2nye mahu berkawin memandangkan hanya tinggal dia dan S sahaja belum berkawin.. sebelum ni F telah jatuh cinta dengan pemuda online tapi tetiba pemuda tersebut telah pon berkawin so dia sikit keciwa la.. nak dijadikan cerita F telah bertemu dgn jejaka A dan akhirnya F sendiri mengofferkan dirinya untuk berkawin dgn A memandangkan sebelum ni jejaka A telah putus tunang. so ikatan telah terbina dan terus melangsungkan perkahwinan dalam tempoh yang singkat.. tetapi dlm tempoh  awal perkahwinan mereka masih belum tdo sekatil.. kata F dia takot nak lalui saat bersama... hehehe.. so terpaksala suaminya menelan air liur ajer.. huhu.. dugaan datang xterduga dengan kemunculan bekas tunang suaminya A.. so mcm2 la peristiwa.. dgn peristiwa tersebut hubungan dan syg F kepada suaminya makin mendalam... endingnya F tetap bersama dgn suaminya walupon ada ribut petir melanda dalam perhubungan mereka.. hahahhaha...

No comments:

Post a Comment