Tuesday, March 12, 2013

DEMAM...

SORRY, coz da lama xupdate story mumi.. terus silent since januari till mac.. bukannya apa cuma mumi bz kene settlekan assignment.. so xsempat mumi nak log on blogger nih :(.. tapi pe2 pon... mumi tetap cam biasa jer... makin berseri2... makin happy... makin ceria... (iyeee kee?? hehhehe).. cuma nak update kat sini... sejak kebelakangan nih, my son la selalu kene demam selsema.. bila malam jer suhu badan naik mendadak.. panas yang amat... merengek2... bole dikatakan mumi pon xtido lena la dibuatnyer.. ada terbaca petua yang boleh digunakan untuk kanak-kanak termasuk orang dewasa juga di dalam ratuhati.com ... so mumi pon ade la cuba gak cara yang ditunjukkan so kat sini mumi nak cite la sikit cara2 nya okay...

 jika anak anda demam panas.. cara yang pertama perlu la menurunkan suhu badan anak kita tersebut dengan segera. kebanyakkan ramai  menggunakan kaedah menuam dengan air yang sejuk tapi kesannya memakan masa yang agak lama untuk menurunkan suhu kan.. oleh itu, mumi guna cara atau petua yang mumi baca.. mumi kalu boleh elakkan memberi anak mumi ubat antibiotik.. kalu leh biar anak kita  gunakan imunisasi badan sendiri untuk mentang penyakitnya.. jangan kerap guna bantuan ubat..

mumi ambik sehelai kain.. rendamkan kain di dalam putih telur sahaja.. (kalu leh tuala kecil kanak2).. pastu letakkan kain yang lembab dengan telur putih ke telapak kaki anak kemudian pakaikan stokin. di fahamkan telur putih akan menyedut bahang kepanasan terus dari dalam badan dan suhu badan anak kita akan menurun dalam masa 30 minit. jika suhu badan anak masih panas, cuba untuk kali kedua tapi pastikan kain tersebut dilembabkan dengan telur putih ya..  Insya Allah suhu badan anak kita tadi akan menurun dan yang pastinya ibu bapa menarik nafas lega kerana tidak perlu terkejar2 ke hospital.

bila anak2 mumi demam mumi apply apa yang diajar.. alhamdulillah suhu badan cepat menurun.. tapi keesokkan paginya mumi tetap akan bagi ubat demam takot anak kita akan demam berlarutan.. untuk penggunaan ke atas orang dewasa.. mumi lom cuba lagi.. hehhehe... :)



No comments:

Post a Comment