Friday, October 18, 2013

Tanggungjawab isteri kepada Suami ~ mengikut Islam

Maaf, di pagi yang indah ini.. mari lah kita sama2 merenung dan muhasabah diri apa yang kita telah lakukan pada diri sendiri, suami, anak2, keluarga dan masyarakat... apa yang cuba mumi cungkilkan ini adalah menyentuh soal tanggungjawab kita sebagai seorang isteri kepada suami.. ini adalah untuk meningatkan sang wanita akan tanggungjawabnya mengikut panduan Islam.. kadang-kala kita pon akan terlupa apa yang sepatutnya kita lakukan pada orang yang kita sayang.. sesuatu yang melalaikan akan melekakan kita untuk berbuat baik..

TAAT
tanggung utama seorang isteri adalah perlu taat dan patuh kepada suaminya. kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekat sendiri. ini berdasarkan kepada sabda Rasullullah saw:
sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang suoaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Isteri hendaklah mematuhi perintah suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andai suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. Sabda Rasulullah saw:
Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allahswt. (Riwayat Ahmad)

Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. oleh sebab itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suaminya.. Sabda Rasulullah saw:
Tidak halal bagi seorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa sedangkan suaminya ada disampingnya kecuali dengan keizinan suaminya iti (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad Ibn Hanbal)

MELAYAN SUAMI
Isteri juga hendaklah melayan kehendak suami dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya. Sabda Rasulullah saw:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

MENGURUS RUMAHTANGGA
tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ianya kelihatan damai dan arasa senang hati untuk tinggal di situ.

apabila suami memberi wang perbelanjaan kepada isteri, maka isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazirkan wang pemberian suaminya. Isteri hendaklah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. oleh sebab itu, isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. suami pula diharapkan dapat membantu isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak. maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila keuarga dari rumah. Apabila isteri keluar dari rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar membeli belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang baik dan tidak menarik perhatian ramai serta berkelakukan baik. Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya keseluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab:59)

Seperti juga tanggungjawab suami terhadap isterinya, segala kecacatan yang ada pada si suami/ isteri hendaklah dirahsiakan. ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

MENYENANG HATI SUAMI
Apabila suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Iteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik bentuk hadiah tersebut.

Untuk menyenangkan hati suami melihat isterinya.. maka isteri perlu menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika berada di dalam rumah, isteri perlulah mengenakan solekan yang sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Isteri juga hendaklah memakai wang-wangian yang boleh menarik perhatian suami.

Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he should become indifferent to you. If he approaches you, come running to him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance; and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)


PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang baik seharusnya menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya maka berilah motivasi kepada suami disamping menghiburkan hatinya.

Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja. Selain itu, apabila seorang daripada mereka melakukan perkara yang ditegah adalah menjadi tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan. Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan masing-masing daripada melakukan kemungkaran sebaliknya melakukan lebih banyak hal-hal kebajikan. Kedua-dua perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu unstitusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai antara satu sama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Maka suami isteri perlu bersikap terbuka dan berterus terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.

Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur maka suami isteri akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan kesilapan tanpa ada orang lain yang ingin menegurnya. Dapatlah kita lihat bahawa perkahwinan ini adalah penting dalam sebuah masyarakat. Untuk melahirkan ahli0ahli yang berkualiti kita perlulah menjalankan tanggungjawab masing-masing contohnya sebagai seorang isteri/suami mahupun anak-anak.. kita perlulah menjaga nama baik dalam sebuah keluarga. Jangan sesekali melakukan kacau bilau dengan ahli keluarga sendiri.. bak kata pepatah ' air yang dicincang tidak akan putus'.. keluarga adalah tempat kita berlindung jika itu hanya jalan yang terakhir..

moga kalian semua mendapat keberkatan dunia & akhirat, pelajari la menghargai sesuatu yang masih ada di depan mata kita.. jika ia hilang.. tentu kita akan mencari-cari dan tiada penganti sebaiknya.. jika itu yang telah dtentukan oleh Allahswt kepada kita, terima la dengan segala dugaan dan cabaran selagi masih boleh bertahan.. jika tidak, berserah kepada Nya.. mungkin ada jalan lain sebaiknya kelak.. insyallah..

No comments:

Post a Comment