Thursday, September 5, 2013

kasihnya ibu dan bapa

Pengorbanan di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah hidup sebagai insan di dunia ini. pengorbanan seorg ibu &bapa merupakan pengorbanan yang paling tinggi yang tidak wajar kita lupakan hingga akhir hayat kita. mereka telah bersusah payah membesarkan kita sehingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..

apa2 pon, pengorbanan ibu adalah tidak boleh dinilai oleh kita. ibu telah mengandungkan kita bukannya sekejab tetapi memakan masa 9 bulan 10 hari di dalam kandungannya. bayi yang dikandung olehnya akan dibawa kemana-mana dan bersama2 menempuh kepayahan, keperitan, kesakitan dan kegembiraan yang ditanggung olehnya. selepas melahirkan  kita, dia pula menyusukan sehingga kita kenyang dan hilang dahaga.. itula amat tinggi pengorbanannya.. ketika kita masih kecil, kita djaga dan dibelai.. sakit kita tidak pernah ibu merunggut.. malah dijaganya sehingga kita sihat kembali. itu la yang dikatakan 'pintu syurga di bawah telapak kaki ibu'. bagi seorang lelaki yang bergelar 'bapa' pula mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik pengorbanan seorang ibu.. bapa telah membesarkan kita dengan memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anaknya, dia bersusah payah memberikan yang terbaik untuk kita walaupun dihimpit dengan pelbagai masalah dan cabaran hidup. kedua-dua ibu bapa nih, saling melengkapi untuk meneruskan kehidupan mereka demi mendidik, menyayangi serta membahagiakan anak-anaknya.

mumi memulakan coretan ini disebabkan mumi terlalu rindukan pada arwah mak mumi.. sampai termimpi2 dibuatnya.. pemergian arwah mak pada tahun April 2004 memberi impak yang besar dalam diri mumi.. banyak yang mumi janjikan padanya.. namun sumenya tidak kesampaian dan hanya tinggal satu memori dalam diri mumi.. hendak dimulakan cerita, arw. mak mumi menghidap penyakit buah pinggang..jika berkesempatan setiap minggu mumi akan menemani arw. mak untuk menjalani dialisis buah pinggang di Pusat Dialisis Aiman Kg. Baru.. mumi pernah memberitahunya bahawa mumi akan membawa dia menunaikan umrah/haji... membelikan dia sebuah rumah yang ada tanah so boleh la dia tanam bunga & sebagainya sebab arw. mak mmg suka dengan bunga2 terutamanya orkid..  selain itu, mumi kata nak beli kereta sbb nati dah ader kereta senang la mumi nak bawak dia ke klinik or berjalan2.. xpayah la nak naik kenderaan awam lg.. dan yang penting... arw mak kene tgk mumi ambil ambil sijil untuk konvokesyen di UPM...

tapi semua itu hanya kenangan mumi bersamanya.. belum sempat mumi habiskan pembelajaran mumi  dan belum sempat konvokesyen di adakan.. arw mak telah pergi meninggalkan kami semua.. terlalu berat nak dicoretkan..  time arw. mak koma di ICU, HUKM dan dokter mengesahkan bahawa 80% sarafnya tidak berfungi dan tiada harapan lagi.. mumi memohon maaf kepada arw. mak mumi sebab xdapat nak tunaikan segala permintaannya.. masa tuh mumi nampak arw. mumi menitiskan air mata.. dlm diri mumi.. agaknya arw. mak dengar apa yang dikatakan oleh mumi... auuch, sungguh sedih ketika itu..  (sambil mengesatkan air mata mumi skrg nih) mumi sampaikan fadilat al-fatihah kpd arw. mak mumi... Al-Fatihah.. kini, alhamdulillah kami adik beradik telah membuat upah haji kepada arw. mak.. kami semua mendoakan arwah mak berada dikalangan org2 yang beriman di sana.. kami tidak akan putus mendoakan dan menyampaikan fatihah kepadanya. insyallah...

kpd abah mumi juga, mumi selalu mendoakan beliau sihat sentiasa.. walau pon keadaannya tidak berapa sihat dan mengalami strok.. agak menyukarkan beliau untuk berjalan.. tapi mumi bersyukur sebab kakak mumi sanggup menjaganya sehingga kini.. bukan kami tidak mahu menjaganya tetapi abah tidak mahu dengan anak2nya yg lain dan serasi dengan kakak mumi sahaja.. so segala keperluan abah skrg alhamdulillah mumi tanggung.. itu je yg mampu mumi berikan.. walaupon abah tidak banyak berkata-kata.. tetapi dari air matanya, mumi dapat lihat kegembiraan apabila kami adik beradik semua berkumpul dirumah kakak.. mumi juga bersyukur kerana mpunyai kakak n abg2 yg mngambil berat hal keluarga dan akan menjaga abah bersama2 sehingga akhir hayatnya..
 
 Sebagai anak, kita wajib membalas akan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam kehidupan, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari anak-anak mereka. Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak pada redha ibu-bapa kita jua.. mumi berdoa, agar anak2 di luar sana sentiasala menghormati dan menyayangi ibu bapa kita walau bagaimana cara mereka membesarkan kita. bukan mudah untuk menjaga dan membesarkan anak sumenya adalah bergantung kepada kesungguhan kita sendiri..

-mode: mendung-

No comments:

Post a Comment