Wednesday, September 4, 2013

kebahagiaan dtgnya dari kesabaran..

mumi bersyukur kerana makin hari kehidupan mumi makin ceria dengan keriangan anak2 dan en.dedi yang sentiasa menyayangi diri mumi & anak2.. alhmdulillah, dugaan ketika awal perkahwinan, pertengahan perkahwinan dapat mumi harunginya dengan ketabahan dan kesabaran sebagai seorang wanita.. kesabaran yang Allah ujikan ini akhirnya mendatangkan satu hikmah yg besar buat mumi... pengorbanan ketika dulu akhirnya mendatangkan hasil yang diluar jangka... ALHAMDULILLAH YA ALLAH.. aku bersyukur dengan apa yg Engkau berikan pada keluarga kami..liku2 kehidupan yang pahit akan mumi cuba untuk menjadikan ianya satu sempadan dan kenangan yang manis akan sentiasa terpahat dihati mumi..

walaupon dugaan yang datang itu bukan kehendak mumi.. tapi mumi sedar mungkin suma ini menjadi panduan dan pengajaran untuk mumi memahami dan mengerti apa itu kehidupan suami isteri..  betul kata org2 tua.. asam garam rumah tangga tentu adanya tergigit lidah antara suami & isteri.. tidak ada rumah tangga yang sentiasa kekal bahagia dan tidak ada rumah tangga yang sentiasa tidak bahagia.. cuma yang menentukan sume ini adalah usaha kita sendiri untuk memperbaiki baik atau buruk apa jua hal yang datang.. insyallah, Allah itu maha adil dan menyayangi umatnya.. setakat mana ketahanan kita diuji.. kita harus bersyukur dan redha apa yang telah ditentukan olehNya.. selagi kita masih boleh bertahan.. selagi masih ada kasih sayang.. selagi masih ada harapan.. teruskan la demi untuk memperbaiki kehidupan kita hari ini dan akan datang...

jika dulu, en.dedi sibuk dengn kerjayanya.. jika dulu en.dedi xda kesempatan nak meluangkan masa dgn anak2.. tapi kini en.dedi lebih berusaha untuk menempatkan hati kami kepadanya... dengan pelbagai kejutan dan percutian untuk kami anak beranak sangat2 mumi hargainya.. bila anak2 makin membesar, macam2 hal dirancangkan untuk kami.. ini sume berkat kesungguhan dan pengorbanan mumi & anak2... mumi harap apa yang mumi rasakan sekarang ini.. mudah2an berpanjangan hingga ke akhir hayat mumi & en.dedi.. moga kehidupan akan bertambah baik dan saling melengkapi antara satu sama lain.. insyallah.. (doakan sekali utk mumi yang wahai blogger)..

di kesempatan ini juga, kerana masih di bulan Syawal... mumi memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terguris hati kepada pembaca sekalian.. bukan niat untuk mencari publisiti, memuji atau memburukkan sesiapa.. tapi mumi hanya ingin berkongsi pengalaman mumi pada semua.. apa yang mumi miliki sekarang membuatkan mumi terus untuk berusaha mendapatkannya..  Ya Allahswt, hambamu ini memohon supaya jauhi segala musibah pada hubungan dan keluarga kami. berila kami kekuatan, kesabaran, ketabahan dan kebahagiaan seiring dengan kejayaan kami.. Ya Allah, hanya Engkau tempat kami mengadu, tempat kami berlindung dan tempat kami bermohon.. kurniakan la kesihatan yang berpanjangan mudah2an kami dapat beramal dan beribadat kepadaMu..  Ampunkan la segala kesilapan dan kekilafan kami sebagai umatMu.. ampunkan la dosa umat Muhamad Mu jua.. AMIN



No comments:

Post a Comment