Wednesday, September 11, 2013

wanita itu hebat sebenarnya...

Seorang wanita menunjukkan kegembiraannya ketika mereka mendapat tahu bahawa dirinya sedang hamil sehingga boleh menitiskan air matanya.. dia tidak pernah terlintas bahawa proses kehamilan ini kemungkinan membawa risiko yang boleh meragut nyawanya sendiri.. apa yang dia tahu bahawa dia berjaya menyambungkan zuriat dan melahirkan bayi yang comel akan melihat dunia ini.. Seorang wanita itu hebat kerana tidak pernah mengeluh sakit, penat ketika sedang mengandung. dia hanya tersenyum mengenangkan zuriatnya yang sedang membesar di dalam rahimnya sendiri.. bayangkan rahim yang sebesar buah pear mampu menampung bayi yang bakal mencecah lebih kurang 3kg..

Seorang wanita itu hebat ketika saat dia bertarung nyawa, menahan kesakitan ketika hendak bersalin.. hatinya tetap tabah, sabar dan tidak sedikit gentar untuk hadapinya. sedangkan nyawanya mungkin boleh menjadi pengganti kepada bayinya... tapi dia sentiasa berdoa mahukan zuriat dan dirinya keadaan yang selamat dan sihat. Wanita itu lagi hebat apabila mampu menahan kesakitan 57 Del ketika hendak melahirkan anak yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak... subanallah, kuatnya wanita itu... sedangkan sekuat mana pun manusia hanya mampu menahan sehingga 45  Del sahaja.. selain itu, apa yang kita selalu dengar wanita itu tercipta dari susuk lelaki... wanita itu sayap kiri lelaki.. wanita itu berhati lembut dan kuat emosinya dan wanita itu kaum yang lemah... TETAPI

sedarkah kita bahawa disebalik apa yang dikatakan oleh semua orang... wanita itu tercipta menjadi seorang ibu dimana ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan dan kesungguhannya.. ibu yang berjuang dan bertarung nyawa untuk menyambungkan zuriatnya.. ibu yang mengasuh, menyusukan anaknya selama 2 tahun lamanya.. membesar dan mendidik dengan kesabaran.. IBU yang DOAnya adalah lebih makbul dari seorang BAPA..  oleh itu, kita yang diciptakan menjadi seorang wanita perlu menghargai dan rasa bertuah kerana Allah telah menetapkan untuk kita.. wanita juga adalah tulang belakang bagi seorang lelaki dimana kejayaan lelaki adalah terletak pada keredhaan seorang isterinya.. insyallah...

jangan la kita sentiasa memandang rendah akan kelemahan dan kekuatan seorang wanita.. wanita kini makin berjaya dan berilmu.. maka kita tidak lagi boleh di diskriminasikan lagi... wanita boleh bangkit untuk meneruskan kehidupannya tanpa seorang lelaki.. percaya la, Allah menduga setiap umatnya.. setiap yang diduga pasti ada ganjarannya kelak.. insyallah..





No comments:

Post a Comment