Thursday, September 5, 2013

persediaan kelengkapan bayi..

Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa. Perancangan rapi perlu dilakukan untuk merancang pembelian barangan secara berhemah.. jika tidak mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi. Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman, jika ada. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda sendiri dan jangan la beli diluar kemampuan anda ya..
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran so ibu bapa perlu berhati-hati. Sebagai permulaan, dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. boleh nak beli baju yang bersaiz newborn tetapi hanya dengan beberapa helai shaja ok.. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar so tersgt rugi kalu sudah terbeli size yang kecik dan pemakaian pon terlalu singkat. Pakaian asas yang dimaksudkan adalah seperti:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi
bagi mumi, lampin pakai buang adalah yang paling senang hendak digunakan ke atas bayi yang baru lahir.. tak payah la ibu2 hendak mencuci lampin lg.. so mumi sarankan ibu2 membeli pampes bersize newborn (dalam kuantiti yang sedikit) + bersize S... senang.. abis cerita.. hehhee.  Pe2 pun, tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin (jika perlu- kalu mumi rsa xperlu sgt kot..)
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar. Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu
Seterusnya, bagi memastikan bayi sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan seperti berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut
Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan di mana susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing.
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
dan akhir sekali, penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

-info: majalah pa&ma 

No comments:

Post a Comment