Tuesday, July 19, 2016

throwback Family Day Pak Ya 2015


Oops.. mumi luper nak updated story pasai Pak Ya Family Day iaitu gathering adik beradik mumi.. On November 2015 mumi sebagai event coordinator telah diamanahkan utk menjayakan program family day utk adik beradik mumi.. rasanya lebih kurang setahun gak mumi try arrangekan tempat, tarikh & aktiviti utk semua.. almaklum la susah nak bersatu.. masing-masing punya komitmen yang tak dijangka.. then akhirnya kami semua bersatu utk berkumpul pada 07- 09 November 2015 di Homestay D'Pantai, Kuala Sg Baru, Melaka..

Ia melibatkan 7 orang adik beradik dari keluarga Zakariya & Ramlah.. tp abah & mak dah tiada (al-fatihah).. cuma adik beradik & anak2 buah berkumpul setelah sekian lama tidak berjumpa... mumi try arrangekan aktiviti yang dapat mengeratkan siratulrahim antara kami semua.. tiada kata MALU atau SEGAN.. semuanya sporting belaka.. syukur alhamdulillah..

Day 1:

kami semua rancang utk berportluck dengan membawa bekalan makanan daripada rumah.. so makan tengah hari bermacam2 juadah seperti: nasi lemak/ sambal ikan bilis/ sayur campur/ kari daging/ sambal belacan/ masak lemak ayam etc... untuk aktiviti malam mumi dah arrangekan supaya wat pertandingan karaoke mengikut kategori PAKCIK/ MAKCIK/ ANAK BUAH PEREMPUAN/ ANAK BUAH LELAKI... masing2 memilih lagu yang bersesuaian dengan suara masing2... tidak ketinggalan juga mumi & en.dedi turut join.. walaupon ada yang sumbang2 sikit.. tapi kami semua tetap memberikan sokongan & sorakan... aaarrgghh memang seronok!!! mumi suka semangat & kemesraan antara kami semua.. masing2 saling bekerjasama mengikut tugasan masing-masing... terbaik woook!!!


malam day1: pertandingan karaoke... dessert sponser by pn.maria... TQVM
birthday cake sponser by nurul frm SR
 
malam pertandingan karaoke.. hadiah2 pemenang & hadiah cabutan bertuah..








Day2: after bersarapan, kita semua mulakan dengan acara sukaneka.. walaupon berpanasan tapi kami semua tetap menten untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancang.. so acara sukaneka ini di ketuai oleh kakak ipar (along) & anak buah (angah).. masing2 memainkan peranan.. syabas.. byk juga acara yang dipertandingkan.. so setiap kumpulan masing2 ada memenangi.. so adil & saksamakan.. hehehhe...seterusnya utk aktiviti malam, dinner kami wat BBQ seafood/ikan/daging/ayam etc... yela.. masing2 da kelaparan.. nak menunggu siap tuh punya la lama.. bikin tertido dulu.. hahhaha...

malam BBQ... mai2 masing2 berebut

lepak2 makan before berangkat ke melaka..

No comments:

Post a Comment