Wednesday, July 13, 2016

Ibu, Bapa, Isteri/Suami, anak......

Dalam sebuah institusi keluarga, siapakah yang menjadi peranan penting dalam keluarga?? suda tentu la seorang yang bergelar LELAKI a.k.a BAPA / SUAMI.. tetapi setengah keluarga keadaannya berbeza.. mungkin ISTERI lebih memainkan peranan yang penting kepada keluarganya berbanding dengan sang suami.... kenapa terjadinya semua ini?? adakah tersilap memilih pasangan atau kurang ketegasan dalam diri seorang lelaki??

mumi xsuka jika anak yang dilahirkan akan menderhaka kepada kedua ibu bapanya.. bukan derhaka cam kisah si tanggang.. tapi segala perbuatan yang ditunjukkan oleh anak tadi boleh mengecilkan hati sang bapa/ibunya... mengapa semua ini boleh terjadi?? mungkin asuhan atau kasih sayang yang diberikan terlalu/terkurang sehingga mereka sanggup untuk mengenepikan ibu bapanya...

Hairan juga yer, anak2 zaman skrg sanggup memberontak/membunuh/menganiaya ibubapanya dan yg paling sedih sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah org2 tua.. then membiarkan ibu/bapa mereka ditempat lain dan mcm2 la.. bila ibu dan bapa kita da tua dan tidak bermaya.. kenapa sorang anak tidak sanggup menjaganya? jangan la begitu.. cuba la difikirkan kembali.. masa kita masih kecil.. kita dididik dengan kasih SAYANG dan agama secukupnya.. saat kita sakit mereka la yang menjaga kita dari siang hingga ke malam.. tapi bila kitaran manusia ini berpusing.. nape si anak tadi sukar menjaga ibu bapa mereka sendiri??

Ade juga setengah keluarga yang memperkecilkan kebolehan/keupayaan bapa tadi.. padahal mereka tidak tahu ke si bapa tadi ini lah yang susah penat untuk mencari rezeki dan sebahagian gajinya telah diberikan kepada keluarganya.. tapi ade juga yang menyalahgunakannya termasuk la si anak tadi.. :( jangan sesekali kita memperbodohkan bapa/ibu kita ya.. even kita marah sekali pon tetapi kita perlu ingat bahawa mereka la yg telah melahirkan & membesarkan kita di dunia ini.. muhasabah diri dulu!!

Apa yang semua ketahui, lelaki a.k.a suami bertindak sebagai ketua keluarga iaitu pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya (Keluarganya). Oleh itu, suami la yang akan membuat keputusan dan pilihan yang membabitkan hal kekeluargaan. Suami hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan, kebajikan isteri & anak-anaknya.  Berikut adalah Firman Allahswt (An-Nisa:34)

"Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya."

Selain itu, nafkah zahir dan batin perlulah mengikut kemampuannya bagi menyediakan keperluan asas seperti makanan, tempat berlindung dan pakaian. Berikut juga adalah Firman Allahswt (Al-Baqarah:233) dimana menyatakan “Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.” Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

Kini, ada segelintir isteri adalah menjadi penghuluwati dalam institusi kekeluargaan kerana bagi mereka segala perancangan yang terbaik adalah datangnya daripada mereka sendiri. ketidakpercayaan dan ketidakkeyakinan terhadap keupayaan suami akan membuatkan isteri memainkan peranan tersebut bagi menentukan perancangan, pemilihan & membuat keputusan. Justeru itu, kepimpinan dan kekuatan dalam rumah tangga diletakkan atas bahgu suami agar keluarga dapat dipimpin ke arah mendapat keredhaan Allahswt.




No comments:

Post a Comment