Thursday, July 14, 2016

BUDGET raya aidilfitri 2016

Salam Aidilfitri..

Harini Syawal 9 means suda 9 hari kita beraya... sure u all semua tengah berpuasa 6 or sibuk buat persiapan rumah terbuka or menghadiri jemputan open house kan.... hehehe.. Alhamdulillah raya tahun ni, kami sekeluarga menyambut dengan kadar yang sederhana... almaklum la dengan keadaan ekonomi yang tidak menginzinkan.. dengan faktor kewangan yang amat terhad.. so persiapan raya amat sederhana tapi meriah.. kalu dulu baju raya mumi berharga rm300 tapi tahun ni mumi cuba carik yang terbaik dari segi kualiti dengan harga yang rendah kurang daripada RM300.... (alhamdulillah, kene syukur okay)..

Tahun ni, en.dedi cuma spend RM1k untuk baju-baju anak2 & mumi... memandang mumi tengah sarat mengandung.. xde la nafsu nak beli baju kurung or sebagainya... mumi cuba berbelanja dengan cara berhemah & try arrangekan setiap baju2 anak limit RM250 sahaja... Opps, baju raya anak2 & en.dedi kami recycle pakai yang lama je.. sbb masih elok & pakai baju2 tu time event weeding sahaja...so dengan apa yang boleh dapat dengan jumlah RM250 tuuuh...

(1) Qaira : 3 helai baju jalan + 2 seluar jeans + 3 pasang baju harian+ kasut & selipar raya
(2) Qaleef : 3 helai baju jalan + 2 helai jeans + 3 helai baju tidur+ kasut & selipar raya
(3) Qaireel : 4 helai baju jalan + 2 helai jeans + 3 pasang baju harian+ kasut & selipar raya



Anggaran Kos perbelanjaan:

3 helai baju jalan  =  RM50 (beli kat branded outlet/padini)
2 jeans (harga mengikut size) = RM49 & RM39 = RM88 (Beli kat branded outlet/padini)
3 helai baju harian/tidur = RM50
kasut raya = RM59 (captain america kedai BATA)
selipar raya = RM19 (captain america kedai BATA)

TOTAL:  > < RM266

Rm266 x 3 = RM798 + RM169 = RM967



Ini la tema colour untuk 1st raya mumi sekeluarga... maroon.. so baju raya mumi  jubah drp ZAWARA dengan harga RM169.. senyum lebar la mumi sbb kualitinya okay dengan harga yang berbaloi... baju2 anak2 tu sume yang tahun lepas punye.. almaklum la pakai sekali je then terus simpan dalam almari.. so tahunni langkah berjimat cermat mumi gunakan semula sementara keadaan baju tu masih baru... 

Ramadhan ke 28, mumi da start mengemas umah & packing baju anak2.. En.dedi kali ni terover excited mau pulang ke Kuala Kangsar.. katanya kita bergerak ke perak 2 hari sebelum raya.. dia nak rasa suasana puasa n malam raya di kampung... mumi okaykan ajer.. hahahha... Syukur juga kepada Allahswt, kerana diberi peluang & ruang kepada Family Pak Ya. Tahun ni 6 beradik mumi semua beraya di Perak.. cuma sorg kakak mumi je xdpt beraya bersama sbb mengikut suaminya beraya di Melaka.. itu pon da cukup bermakna pada kami semua.. Sebenarnya bukan senang nak kumpul ketujuh-tujuh orang adik beradik nih untuk beraya sekali... sebab masing-masing punya komitmen keluarga.. 



No comments:

Post a Comment