Wednesday, July 13, 2016

Boleh ke DOKTOR LELAKI sambut kelahiran??

Assalamualaikum,

harini mumi terpanggil untuk wat coretan mengenai doktor lelaki sambut kelahiran... Boleh ke?? itu la persoalannya.. so mumi ada riki2 dalam blog.. ada yang menyatakan layanan doktor perempuan tidak seberapa baik berbanding doktor lelaki.. tambahan pula bersikap kasar, ganas dan tidak mesra.. mmm... its truth!! sebab mumi pernah berpengalaman begitu.. cara dan perlakuan doktor perempuan lebih kasar sedikit (mungkin mereka2 tu berasa.. ala.. sakit sikit je.. aku pon rasa beranak jugak!! huhuhu...) .. so sikap perihatin tu ada terkurang sikit disitu.. tetapi bagi doktor lelaki.. mereka lebih memahami.. lebih hormat dan mesra dengan setiap pesakitnya.. kata-kata yang digunakan oleh doktor lelaki lebih sopan okay.. yups, mumi setuju sebab ketiga2 anak mumi sume disambut oleh doktor lelaki.. mumi pernah cuba nak ambil doktor perempuan.. tetapi sekali dah terkena.. mmg rasa serik.. better lelaki la!! En.dedi pon setuju.. xgemar cara doktor perempuan periksa pesakitnya.. itu based on pengalaman mumi.. tetapi jika ada doktor perempuan yang baik, ok dari segi perilakunya dengan pesakit.. mumi pon nak juga doktor perempuan sambut kelahiran anak mumi oleh mereka.. setakat ini bila ditanya, pasti doktor perempuan akan fully booked!! so redha je la dapat doktor lelaki as long anak & ibu selamat.. kan2x... hasil carian dalam blogger, mumi terbaca soal/jawap mengenai isu ini:

Asal hukumnya, pesakit wanita hanya boleh berjumpa dengan doktor wanita, melainkan :-

  • Jika kurangnya kepakaran yang terdapat pada doktor wanita tersebut, maka dibenarkan memilih doktor  lelaki. Mahramnya dikehendaki berada disampingnya semasa berjumpa dengan doktor tersebut.
  • Jika tiba-tiba sahaja ingin bersalin dan hanya doktor lelaki sahaja yang berada di hospital pada masa itu, maka dibenarkan doktor lelaki merawatnya atas dasar kecemasan
 Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh pernah berkata:

“Doktor wanita hanyalah merawat wanita sahaja dan doktor lelaki hanyalah merawat lelaki sahaja, melainkan didalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghadapi penyakit dimana pada masa itu tidak kedapatan doktor lelaki, dalam kes ini adalah dibenarkan. 

Firman Allah :
‘Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa’ “.[Fataawa ‘Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, ms 29].

Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera.. mana yang anda mahu.. jika mmg kekurangan kepakaran doktor perempuan di sebuah hospital berkenaan.. boleh la anda memilih doktor lelaki, itu pon mendapat keizinan suami kita.. better berbincang terlebih dahulu.. ada sesetengah suami tidak suka aurat isterinya dilihat oleh doktor lelaki.. Secara rasionalnya, kita lihat semua ini atas sebab perubatan tetapi perlu pastikan setiap appointment perlu la ditemani oleh mahram kita okay..



boleh rujuk disini:
https://soaljawab.wordpress.com/2007/07/06/doktor-lelaki-sambut-kelahiran/


No comments:

Post a Comment