Friday, July 1, 2016

Malam 7 Likur & Lailatul Qadar

Alhamdulillah...

Harini adalah Ramadhan ke 26.. maknanyer lagi 4 hari kita sebagai Umat Islam menyambut kedatangan Syawal : Hari Raya Aidilfitri. Kata orang-orang terdahulu....Malam 7 likur merupakan tradisi warisan lama orang Melayu iaitu dengan memasang lampu pelita semasa bulan Ramadhan terutama pada 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kebiasaannya malam 7likur biasanya diamalkan di kampung-kampung yang mana hampir keseluruhan rumah akan disinari dengan cahaya lampu/ pelita  terutama menjelang Syawal.

Biar apa pun orang nak berkata, tradisi menyambut Malam Tujuh Likur akan diteruskan oleh orang2 yang tahu menghargai adat resam Melayu supaya tidak hilang ditelan zaman... betul tak?? Yang hendak mencaci mengata tu takkan berhenti untuk mencari salah dan silap orang lain sebab dia merasakan perasan dirinya adalah cukup sempurna.


Lailatul Qadar adalah malam yang agung iaitu malam yang penuh kemuliaan. Ibadah di dalamnya lebih baik daripada ibadah selama seribu bulan. Sebab tu lah secara tidak langsung di suruh menghidupkan malam 7 likur ni dengan memperbanyakkan ibadat ikut cara sendiri. Tapi kalau konsep ibadat disempitkan hanya pada solat sunat, membaca al-Qur’an, beriktikaf dan sebagainya... kesian pula pada kaum-kaum wanita-wanita jika diberikan cuti uzur oleh Allahswt. Adakah mereka tak ada peluang untuk mendapatkan pahala seribu bulan tu?.. Oleh itu, kita xboleh membuat kesimpulan sendiri.. ada caranya bagi wanita-wanita yang uzur untuk mendapat/menikmati lailatul qadar. Insyallah.. Allahswt itu maha mengasihani dan maha mengerti serta adil saksama kepada semua.

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah menjelaskan tentang Lailatul Qadar tersebut:

 مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa yang menunaikan solat malam di Lailatul Qadar imanan wa ihtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)

 تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
 "Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari Ramadhan." (HR. Al-Bukhari)

Insyallah..moga dikalangan kalian semua.. memperolehi amal ibadat yang diterima oleh Allahswt. MemperingatiNya setiap saat adalah lebih baik dengan melafazkan zikir-zikir kebesaran Allahswt..

No comments:

Post a Comment